Home » , , » P019777- 1 dinar pertama milik Irdinaku Sayang

P019777- 1 dinar pertama milik Irdinaku Sayang

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semalam 7.7.2012...Tujuh haribulan tujuh...Akhirnya berjaya juga anakku Irdina (10yrs old) membeli 1 dinar pertamanya menggunakan wang saku hasil tabungannya.
No siri P109777...1 dinar ini dibeli daripada seorang rakan dengan harga RM680...alhamdulillah

Tabung & Duit ASB tinggal RM3.40 je...

Happy sungguh buah hati pengarang jantungku ini apabila mendapat emas pertama hasil titik peluhnya sendiri...Sampai nombor siri P019777 itupun dah dihafalnya! Hahaha! Saya pernah menulis artikel tentang betapa berazamnya Dina  untuk membeli emas pertamanya. Sila KLIK LINK INI. Memang she is very calculative...bukan sahaja dari segi duit tetapi juga dari segi pahala!

Teringat dulu time tadika, 5 tahun. Hari pertama dalam bulan Ramadhan. Seperti biasa, saya cuba melatihnya berpuasa setengah hari...'Puasa yang yok, tengahari bukak periuk' bah...kata urang Sarawak :) So  time menjemputnya balik dari kindy tengahari, saya pun suruh Dina minum air...dan dia pun minum...

Mama: Dah pecahlah posa adik ya...
Dina: Adek gik posalah Ma!
Mama: Adekkan dah minum...pecahlah posa adek ya...Sikhal aritok posa setengah hari, esok posa setengah hari lagik....setengah campur setengah jadilah sehari!
Dina terus menangis run run...menangis run run = menangis teresak-esak (dalam Bahasa Sarawak)
Mama: Aih...Kenak dek? Pahal adek nangis camya?
Dina: Adek bukan nak pecah posa...Mama yang suruh adek minum, adek minumlah...tapi adek masih posa!

MasyaAllah...keesokan hari dan seterusnya, Dina memang tak mahu dah nak pecah puasa tengahari. Maka lengkaplah puasanya sejak tahun tersebut. Bukan itu sahaja yang Dinaku berkira! Bab duit sedekah di tabung masjid pun dikiranya jugak. Biasanya on the way pergi-balik Sibu, kami akan solat jamak di Masjid Serian...kadang tu di surau dekat Simpang Sri Aman. Berapa yang saya sedekah, dia pun nak sedekah dengan nilai yang sama...saya yang selalu tawar-menawar dengan dia...of courselah untuk bersedekah itu, kenalah keluarkan duit dari dompet saya dulu...tapi bila balik rumah dia akan ganti dengan duit tabungnya! Memang kedekut dengan pahala puteriku the one and only ni...Sehingga ke hari ini Dina dah pernah gunakan wang sakunya untuk membelikan getah ikat rambut neneknya...sabun mandi neneknya...baju 'panas' atoknya...bahkan selipar saya sendiri pun dia yang hadiahkan menggunakan wang sakunya sendiri! Kenapa? Mungkin dulu saya pernah ceritakan padanya, jika kita hadiahkan barang kat orang lain...selagi mana barang tersebut masih digunakan oleh orang tersebut, selagi itulah pahala kita masih berjalan...Maka dengan sebab itulah tiap kali balik Sibu, pasti Dina akan bisik kat telinga saya, "Nenek masih pakeilah ikat rambut adek..." Boleh nampak sinaran di matanya yang menunjukkan dia sangat gembira...(I'm happy to see this) Kebetulan pulak, mak saya jenis yang sangat menghargai apa jua pemberian anak-anaknya...lebih-lebih lagi cucunya!
Selipar 'croc' specialku...tiap ari dipakei :)

Rakan-rakan sekalian, kisah ini saya kongsikan bukanlah untuk menunjukkan family saya sempurna...tiada kesempurnaan dalam diary seorang insan bernama manusia. Tiada yang lebih sempurna melainan Allah swt. Sebagai manusia biasa, pasti ada ketikanya kita berada di atas, ada ketikanya kita berada di bawah...Jika berada di bawah, kita perlu ada kekuatan untuk naik semula...

Kisah ini saya kongsikan tidak lain selain daripada agar boleh dicontohi dengan lebih baik oleh ibubapa muda. Saya akui saya masih lagi belajar cara mendidik anak. Sesungguhnya bukannya mudah mendidik anak di zaman dunia tanpa sempadan ini....Anak kita adalah aset kita di akhirat kelak...Berbeza dengan emas dan perak, emas dan perak adalah aset kita di dunia...tetapi boleh dimanipulasikan untuk generate pencen kubur kita nanti...
Emas 20g berharga RM3494 pada ketika dibeli ini belum cukup nisab untuk dikeluarkan zakat emas walaupun telah setahun disimpan. Kalau Zakat wang simpanan memang dah mesti keluarkan zakat sebab nisab zakat wang simpanan ialah RM3000.00

Emas & Perak Boleh Generate pencen kubur? Biar betul! Bagaimanakah caranya?

Dengan memiliki emas kita boleh:
1. membayar zakat emas bila cukup nisab (85g) dan cukup haul (1 tahun)
2. menggunakan keuntungan jualan emas untuk mengeluarkan wakaf dan sedekah

Bercakap tentang wakaf, awal tahun ini ada Siri Al-Kuliyyah TV3 membincangkan isu wakaf. Ustaz panel itu menyatakan bahawa satu-satu cara untuk kita menukarkan harta sementara di dunia ini sebagai hak milik kekal kita sehingga ke akhirat ialah dengan mewakafkan harta kita. Hari ini kita boleh memberi wakaf secara online dengan nilai serendah RM10. Sila KLIK DI SINI. Dina pernah bertanya kepada saya, "Mama, adek nak wakaf juak boleh sik?" Hahaha...Anakku anakku! "Adek belum cukup syarat utk berwakaflah dek...satu syaratnya ialah mesti dah baligh...!"

Sesungguhnya apa yang baik dalam artikel saya kali ini datangnya daripada Allah swt. Apa yang buruk itu memanglah kelemahan saya sendiri. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kita dengan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan berkat serta kesihatan yang berpanjangan. Sesungguhnya tiada lain yang kita dambakan melainkan syurga firdausnya. Semoga pelaburan kita ini mendorong kita ke arah kebaikan agar kita tidak terbabas daripada landasannya. Amin.

Jika rakan-rakan ingin membeli dinar pertama atau jongkong emas/perak, sila hubungi saya segera. Untuk yang ingin menjadi dealer atau bertanya tentang pelaburan emas & perak, soalan-soalan anda amat dialu-alukan dan akan dilayan dengan segera (in 24 hours).

Ikhlas Berkongsi Ilmu,
Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer (PG014952)
019-8899467
cgharyati@gmail.com

8 comments:

Muttallif said...

Masih tengah memahami sebenarnya tuk. Tapi, mun kita bermula dengan RM100 dapat sik?

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Public Gold menjual emas & perak fizikal. Emas paling murah ialah 1 dinar. Rega kinek tok sekitar RM7++ dan perak paling murah ialah 10dirham, rm1++...rega berubah setiap 20 min ekot rega emas dunia pada hari bekerja. So kitak boleh monitor and kmk boleh tolong lock rega bila2 ktk NEKAD nak beli. Lepas lock rega, sik kira rega nait/turun, esok kitak byr ekot rega dah lock tek. Rega emas ada di column belah kanan blog tok. Rujuk kepada PG SELL. Please refresh before kitak sms kmk utk lock rega, takut ada perubahan rega. Then byrn perlu masuk transport charge. RM10 for 1 dinar n 10 dirham. RM20 for goldbar 10g & 20g.
Dengan RM1++, haritok kitak boleh beli 10dirham. Rega kinek tok RM114 +RM10 (transport) = RM124

Muttallif said...

Macam permainan Forex kah emas tuk?

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Sik sama. Forex melibatkan dagangan matawang dan haram dlm islam. Emas ada duak jenis: buku akaun n physical gold. Emas buku akaun sik menepati shariah. Emas fizikal halal. Ust zaharuddin dlm temubual radio ikim last month pun menggalakkan org menyimpan dlm bentuk physical gold tok. Adalah satu kerugian mun kita ada duit lebih dan hanya disimpan di akaun...insyaAllah oneday kmk akan kongsi my own experience making money with gold...now sedang mencipta pengalaman dirik mpun :)

Jocinta said...

Assalamualaikum cikgu.. kamek macam berminat jak beli emas tok.. niat kamek tok sebenarnya mok melangsai segala hutang piutang.. Macam ney cara nya mun kamek mok beli emas tok kak ya bayar hutang? Mun kata dalam tangan ada RM10k, apa yang patut kamek polah next? Bukan apa cikgu, hutang kamek tok banyak tegal kamek tok banyak kali ditipu orang.. Niat maok polah business, sik maok anak-anak hidup susah, maok pergi umrah/haji ngan family tapi jadi kedak tok.. Ilap kamek pun lah sebab percayak orang mantak-mantak.. Jadi tok kamek mok mintak advice dari kitak mun kitak sudi berik la.. :)

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Waalaikumsalam Jocinta,
Pengalaman akan mengajar kita lebih daripada apa yang kita setakat baca. Lepas tok iboh cayak gilak ngan urg k. Duit kita, kitalah yang berhak menguruskannya. Alhamdulillah,masih ada peluang dan masa untuk mengubahnya. Sebenarnya pelaburan emas tok adalah perlaburan yang jangka sederhana-panjang. Maksudnya mun kitak sikda plan nak pakei duit RM10k dalam masa 2 thn, nang digalakkan gilak kitak beli emas fizikal. Lepas 2 thn, bila reganya nait kitak dah boleh jual dan tunggu rega nya drop utk beli semula. Dengan RM10k, kmk akan galakkan kitak meli 10dinar & 5 dinar. Kenak? Spreadnya rendah. Mun kitak di Kuching, ada cara untuk dpt untung cepat... http://www.cikguemas.com/2012/07/kelebihan-jadi-dealer-pg-beli-emas-yang.html

Mun kita ada capital yang besar,jadi dealer bagus gik. RM20k dah cukup melayakkan kita jadi dealer. Dealer dapat komisen 0.5-2% untuk setiap beliannya. Maybe artikel di link tok boleh dijadikan panduan: http://www.cikguemas.com/search/label/Urus%20Wang Sms/email kmk untuk bimbingan yang lebih intensif :)

ahsfantasy24 said...

Alhamdulillah..
harga 6++ tu murah (:

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Syukur alhamdulillah, betul RM680 utk 1 dinar memang murah. Akak pernah beli 1 dinar dengan harga RM787 december 2011. Tapi takpe, tujuan akak membeli memang untuk jangka panjang..insyaAllah tidak merugikan. So, semetara harga masih rendah, boleh beli satu, dua, tiga dinar :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger