Home » , , , , » Kelebihan Jadi Dealer PG & Beli Emas Yang Rendah Spreadnya

Kelebihan Jadi Dealer PG & Beli Emas Yang Rendah Spreadnya

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

10 minit lagi jam 11 malam. Esok pagi saya ada KETAM PAGI. Binatang apa tu? Hehe...Ketam Pagi stand for Kelas Tambahan Awal Pagi. Maka saya kena keluar awal untuk menghantar anak agar sampai di sekolah tepat pada masanya :) Kelas extra ini saya mulakan pada jam 6.45pagi dan berakhir jam 7.05pagi.  20 minit sahaja..Kelas ini saya adakan untuk membantu pelajar tingkatan 5 saya yang markahnya  di bawah 40% dalam peperiksaan semester 1 yang lalu. InsyaAllah, saya percaya prestasi mereka akan meningkat dalam Peperiksaan Percubaan 1 pada bulan Ogos nanti. To be a great champion, my students must know that they are the BEST. Pelajar saya yang dapat markah rendah ini bukan kerana mereka 'bodoh' (untuk rakan guru: NEVER use this word to your student! Perkataan yang keluar dari mulut kita ni keramat!)...Mereka pandai, cumanya mereka tidak sedar tujuan hidup. Oleh kerana saya mengajar di Bandaraya Kuching, kebanyakan pelajar saya berlatarbelakangkan keluarga yang senang dengan status ekonomi yang stabil. Sejak dari kecil lagi mereka sudah makan ayam KFC. Sedangkan saya, first time makan ayam KFC time belajar di universiti. Itupun selalu beli snack plate dan kongsi makan dengan kawan. Seketul sorang! Ingat lagi dialog saya dengan seorang cashier KFC time kat UM back in 1995. Time tu, saya ke kaunter bersama seorang kawan baik dari Kelantan...

Saya: Satu Snack Plate, tak mau wing tak mau drum stick!
Cashier: Ada lagi?
Saya: Takde
Cashier: Ok. Nanti saya bagi dua-dua breast untuk snack plate adek ok?
Baik sungguh Cashier tu. Dari air mukanya saya tahu dia faham kami kena jimat2 duit biasiswa, makan KFC pun bila dah teringin sangat!

Maka senang crita, boleh makan KFC bagi saya bolehlah dijadikan petunjuk bahawa ekonomi famili makin baik. Oleh kerana kebanyakan pelajar-pelajar saya dididik oleh ibubapanya dengan kesenangan sejak dari kecil lagi, maka sesetengah mereka takde 'inner voice' yang mampu memberi motivasi kepada mereka. Kalau dulu, mungkin ada antara kita nak belajar rajin2, sebab target hidup senang, ada kereta sendiri, ada rumah besar...Itulah antara inner voice yang bagi motivasi kat kita. Budak sekarang? Motivasi untuk target nak beli kereta sendiri oneday? Tak jalan...tiap hari mereka memang dah naik kereta sendiri! Oleh itu saya gesa, rakan ibu bapa muda supaya berhati-hati memanjakan anak-anak. Janganlah tersalah langkah...Nauzubillah...

Panjang intro saya. Now come back to our topic. Actually tadi saya terpandang satu data yang menarik oleh Tuan Wazir Tokey Emas di facebook. Saya dah mintak izin daripadanya untuk menggunakan gambar di bawah bagi artikel ini. Semoga Allah kurniakan beliau kekayaan harta, budi dan pahala kerana keikhlasannya berkongsi ilmu. Amin.
Ok, now jom kita mula.

Menggunakan data di bawah, pada 1 - 2 Jun2012,
Adakah anda PERCAYA:

Dalam masa 1 hari itu anda boleh untung sekitar 
RM6++ sehingga RM1+++????

Tak Percaya? Takpe...Teruskan bacaan anda..

Jika anda seorang DEALER Public Gold dan membeli emas 250 g pada 1Jun2012, dan menjual emas tersebut kepada Public Gold pada keesokan harinya, berapakah keuntungan anda?

Kiraan:

1/6/2012: Harga kita beli emas 250g ialah RM41917 (Nak beli, Rujuk harga PG SELL)
2/6/2012: Harga kita jual emas 250g ialah RM41925 (Nak jual, Rujuk harga PG BUY)

Now,
Situasi 1: Anda seorang NORMAL DEALER
1. Bila Normal Dealer beli, dia akan dapat 1% komisen daripada harga beliannya.
RM41917 x 1/100 = RM419.17

2. Bila Normal Dealer jual, dia akan dapat 0.5% komisen daripada harga jualannya.
RM41925 x 0.5/100 = RM209.63
Total Untung = RM419.17 + RM209.63 = RM628.80

Situasi 2: Anda seorang PRIORITY DEALER
1. Bila Priority Dealer beli, dia akan dapat 1.5% komisen daripada harga beliannya.
RM41917 x 1.5/100 = RM628.76

2. Bila Normal Dealer jual, dia akan dapat 0.5% komisen daripada harga jualannya.
RM41925 x 0.5/100 = RM209.63
Total Untung = RM628.76+ RM209.63 = RM838.40

Situasi 3: Anda seorang MASTER DEALER
1. Bila Master Dealer beli, dia akan dapat 2% komisen daripada harga beliannya.
RM41917 x 2/100 = RM838.34

2. Bila Normal Dealer jual, dia akan dapat 0.5% komisen daripada harga jualannya.
RM41925 x 0.5/100 = RM209.63
Total Untung = RM838.34+ RM209.63 = RM1047.97


KESIMPULAN:
Untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan emas anda, jika anda mempunyai simpanan yang tidak dirancang untuk dibelanjakan dalam masa 2 tahun, ikut 3 langkah mudah ini:
1. Call/Sms saya di 019-8899467
2. Daftar menjadi dealer dengan belian produk PG minimum RM20,000.00 dalam 1 resit
3. Utamakan membeli emas dengan spread yang rendah.
Menunjukkan produk dan nilai spreadnya.
Gambar, Sumber: Pn Azizah Hassan (TQ so much. Semoga mama terus berjaya)

Sila Klik di link ini untuk SYARAT MENJADI DEALER

Please feel free to contact me,
Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorised Priority Dealer (PG014952)
019-8899467
cgharyati@gmail.com
Facebook: "Haryati Mohd Sarkawi"

4 comments:

Muttallif said...

Makin hari baca blog Cikgu, nampak macam makin banyak untung dari hari ke hari. Semakin kmk yakin dengan pelaburan Emas. Memang ada padu tek.

Tapi kenak rame orang xtauk Cikgu?

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Alhamdulillah. Oneday kelak mun kitak dah confident dan ada extra simpanan yang memang sik plan pakei utk at least tempoh 2 tahun, please feel free to contact me. Mun jd dealer u will be surprised to see ur pasive income :) Kenak urg sik rami tauk? Senang jak. ILMU sik cukup dan sik clear. Mun ada ILMU, sure rami akan go for GOLD...Dah camya kesnya, means potential customer kita, masih BANYAK :)

Muttallif said...

IC...cuma perlu maok diterangkan ajaklah ya

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Betul...dari pengalaman peribadi kmk,bila kita ikhlas share ilmu, insyaAllah oneday kwn2 akan beli dpd kita. Mcm kmk mula2 start promo dolok, sikda urg mok...tp kmk sik give up...terus jak promo...now rasa puas gilak bila kwn yg memang sik mok nengar dolok dah beli 10g and 20g! Alhamdulillah...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger