Home » » Harga Emas Naik Bila Pemimpin Zon Euro Tangani Krisis Hutang

Harga Emas Naik Bila Pemimpin Zon Euro Tangani Krisis Hutang

Bursa Malaysia ditutup tinggi


Langkah pemimpin zon euro tangani krisis hutang lonjak saham tempatan

Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam dengan sentimen yang meningkat di pasaran serantau selepas pemimpin zon euro bersetuju dengan pakej 120 bilion euro sebagai langkah jangka pendek untuk menangani krisis hutang, kata peniaga. Penanda aras FBM KLCI, kekal melebihi paras 1,600, naik 1.70 mata daripada Jumaat lepas untuk ditutup pada 1,600.85.
Indeks Kewangan menambah 25.289 mata kepada 14,266.27, Indeks Perladangan meningkat 12.131 mata kepada 8,496.19 manakala Indeks Perusahaan susut 0.12 mata kepada 2,847.35.

Indeks FBM Emas menambah 23.391 mata kepada 10,941.03, Indeks FBM 70 menokok 72.79 mata kepada 11,992.17 dan Indeks FBM Ace meningkat 26 mata kepada 4,380.70.

Saham untung mengatasi rugi pada 412 berbanding 302, manakala 334 kaunter tidak berubah, 502 tidak didagangkan dan 11 lagi digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.078 bilion saham bernilai RM1.284 bilion daripada 1.301 bilion saham bernilai RM1.885 bilion pada Jumaat lalu. 

Antara saham aktif, Ingenuity Solutions susut setengah sen kepada 11.5 sen, waran Ingenuity Solutions turun satu sen kepada enam sen, Flonic Hi-Tec kekal pada 9.5 sen dan waran Flonic Hi-Tec berkurangan setengah sen kepada enam sen.

Maybank menokok satu sen kepada RM8.71, Sime Darby kekal pada RM9.89, CIMB susut dua sen kepada RM7.55 manakala Petronas Chemicals turun lima sen kepada RM6.42.

HWANGDBS Vickers Research berkata risiko menurun masih mengatasi potensi meningkat setelah pasaran memasuki separuh kedua 2012.

"Mungkin terdapat kenaikan jangka pendek selepas pelabur mencari perlindungan daripada isu hutang negara zon euro di Bursa Malaysia yang bertahan, kemungkinan menaikkan FBM KLCI antara 1,610 dan 1,670,” katanya.

Namun begitu, HWANGDBS Vickers kekal ragu-ragu mengenai kemampanan aliran menaik pasaran yang dipacu harapan bahawa perkara buruk daripada ancaman luar akan berakhir.

Firma penyelidik itu berkata isu pilihan raya umum dalam negara juga meningkatkan ketidaktentuan.

Apabila momentum jualan kembali, firma penyelidik itu berkata ia boleh menarik kembali sokongan teknikal 1,310-1,360.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 603.749 juta saham bernilai RM1.221 bilion daripada 830.804 juta units bernilai RM1.816 bilion pada Jumaat lalu.

Di Pasaran Ace, jumlah dagangan berkurangan kepada 370.893 juta saham bernilai RM43.328 juta daripada 400.358 juta saham bernilai RM52.461 juta pada Jumaat.

Waran meningkat kepada 101.761 juta unit bernilai RM18.131 juta daripada 66.961 juta unit bernilai RM13.834 juta pada Jumaat.

Barangan pengguna menyumbang 43.8 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 152.4 juta, pembinaan 39.3 juta, dagangan dan perkhidmatan 186.2 juta, teknologi 27.5 juta, infrastruktur 8.6 juta, kewangan 53.7 juta, hotel 361,900 juta, hartanah 50.8 juta, perladangan 37.7 juta, perlombongan 35,800, REIT 3.2 juta dan tertutup/dana 29,000. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger