Home » , , , » Contoh Akaun Dealer Public Gold Yang Lebih Sistematik

Contoh Akaun Dealer Public Gold Yang Lebih Sistematik

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Berapakah untung pelaburan anda dalam masa 6 pulan yang lepas. Kalau di peringkat sekolah, kita kata SEMESTER 1. Bagaimana prestasi kita dalam PELABURAN SEMESTER 1. Haha...baru ada 'aura' cikgu :) Pagi ini saya nak berkongsi bagaimana membuat akaun dealer yang lebih sistematik. Saya mohon, jika anda ingin berkongsi ilmu ini sila tuliskan link www.cikguemas.com di website anda ok. Biarlah kita sama-sama menjana keuntungan.

Pada awal tahun ini saya nekad untuk membuat loan Bank Rakyat dengan jumlah RM35,000 khas untuk pelaburan emas & perak fizikal Public Gold. Loan saya di'approve' pada 10/01/2012. Butiran Loan saya adalah seperti berikut:

Jumlah: RM35,000.00
Tempoh : 3 tahun
Kadar : 3.25% setahun
Bayaran kepada Bank Rakyat : RM1068 sebulan
Advance Bayaran Kepada Bank : RM1068 x 2 = RM2136
Charge lain-lain = RM455.85
Duit Bersih yang dilaburkan untuk membeli emas fizikal = RM32408.15

Ini ialah akaun pelaburan saya selama 6 bulan. Walaubagaimanapun, saya hanya tunjukkan sebahagian  sahaja dengan terperinci. Yang lainnya saya sengaja 'hide'. Jom kita kaji akaun ini dengan kaedah Q & A. Question & Answer :)

Q1: Kenapa harga 10 g emas berubah walaupun dibeli pada tarikh yang sama iaitu 10/1/2012?
A1: Saya beli pada masa berbeza. Harga emas PG berubah setiap 20 minit pada hari isnin-jumaat selama 24jam sehari! Maksudnya kita boleh lock harga emas semasa mengikut harga semasa naik turun harga emas dunia. Katakan anda monitor harga bermula jam 8 pagi...harganya akan berubah pada jam 0815, 0835, 0855, 0915, 0935 dan seterusnya...Bila harga drop sikit saya beli sedikit. Dengan harapan kalau harga naik, saya tidak terkilan. Kalau harga drop lagi saya masih ada cash untuk membeli. Rasionalnya cara ini membolehkan kita mengawal rasa stress dan takut kita...juga rasa 'tamak' jika ia muncul :)

Q2: Apakah 'nett price/pcs'?
A2: Harga beli termasuk dengan kos pengangkutan. Harga beli kita sila rujuk harga "PG SELL"
yang bermaksud "PG Jual Kepada Kita" Harga di column belah kanan ini belum termasuk kos pengangkutan.

Q3: Apakah "customer 1,2,3,4,5..."?
A3: Kita boleh menjual emas kepada 3 kumpulan iaitu syarikat PG, kedai emas lain termasuk Habib Jewel dan rakan taulan.
a) Jika kita menjual emas kepada Syarikat Public Gold, kita mesti menjualnya dengan harga "PG BUY".
b) Jika kita menjualnya kepada Habib Jewel, mereka ada 'harga' mereka sendiri yang memang lebih rendah daripada "PG BUY". In Fact, kebanyakan kedai emas akan membeli balik emasnya sendiri dengan susut nilai mencecah 20%...sesungguhnya PG lah satu-satu company yang susut nilainya terendah di pasaran!
c) Jika kita menjual emas kepada rakan-rakan, kita BOLEH menjualnya maksimum dengan harga "PG SELL" campur kos pengangkutan. Pastikan anda memberi resit rasmi PG untuk menjamin kepercayaan rakan anda.

Di awal penglibatan saya sebagai Priority Dealer, memang sukar untuk saya membuat jualan. Berkat berkongsi ilmu, pada bulan Mac 2012, kawan-kawan saya mula sedar tentang pentingnya melabur emas fizikal. Kebetulan harga emas pada ketika itu ialah RM1950. Maka saya offer kepada kawan-kawan, RM1900 waived transportation. Yang bestnya, saya siap bagi tau kat kawan-kawan harga saya beli emas tersebut, 2 bulan lepas...Rujuk kepada Customer 5. Berapakah peratus untung saya?
Peratus keuntungan saya = (110/1790) x 100% = 6.15% (not bad for 2 months...3% per month!)

Q4: Wah! Banyaknya duit! Apakah "B", "C", "D" & "E" dalam akaun di atas?
A4: Sebenarnya, setiap kali saya jual stok saya, wang itu akan dimasukkan balik ke tabung yang sama. Jangan digunakan untuk membeli smartphone model terkini pulak! Hehe...Bila harga drop, saya beli lagi. Ada sahaja kawan-kawan nak beli, saya jualkan lagi...Begitulah proses seterusnya.

B- Jumlah belian saya sejak Januari 2012
C- Jumlah jualan saya kepada customer lain sejak Januari 2012
D- Untung Bersih = C - B
E- Balance = A + D (Modal + Untung Bersih yang boleh digunakan untuk proses beli bila harga rendah dan jual bila harga tinggi)

Q5: Bagaimana cara kiraan peratus untung semasa?
A5: (Untung Bersih/Modal) x 100% = (D/A) x 100%
Data urusniaga ringkas saya selama 6 bulan pertama tahun ini jelas menunjukkan bahawa keuntungan pelaburan emas memang boleh melebihi dividen bonus ASB. ASB sekitar 8% sahaja setahun...itupun jika duit anda keluar masuk, dibiven yang anda perolehi akan kurang daripada 8%. Sedangkan pelaburan emas saya sudah memberi pulangan hampir mencecah 13% dalam masa 6 bulan sahaja! Kalau 1 tahun? Perlu juga diingatkan harga emas sekarang berada di paras yang amat rendah...Harganya dijangka naik pada bulan Oktober kerana Oktober ialah musim perkahwinan di India. India adalah "pengguna" emas terbesar dunia. Permintaan yang tinggi terhadap emas pada ketika itu mampu melonjakkan harga emas ke paras yang terbaik untuk pelabur seperti saya mula menjual stok di tangan! InsyaAllah, saya akan kongsi lagi pengalaman saya di masa akan datang...rajin-rajinlah jengok website ini dan anda dialu-alukan menjadi rakan kami. Daftarlah sebagai member dan boleh juga taipkan email anda di ruang kanan untuk menerima setiap post saya. Tq for your support dear friends :)

Q6: Buat loan untuk melabur emas. Boleh untung ke?
A1: Ada 2 jenis loan. Jika loan digunakan untuk membeli aset seperti rumah dan emas, loan ini kita katakan "Loan Positif". Jika loan digunakan untuk membeli kehendak seperti handphone, tv plasma dan sebagainya, kita katakan ianya ialah "Loan Negatif". Kenapa? Kerana ia gagal menjana keuntungan yang lebih kepada kita. Kiraan di atas telah membuktikan membuat loan untuk emas dengan mempertimbangkan bank yang menawarkan loan dengan kadar yang rendah akan generate pendapatan yang lebih. Untuk separuh tahun pertama, keuntungan saya telah mencecah 12.88%... Jika setahun? Dijangka 26%...Jika konsisten selama 4 tahun? Bukankah sudah mampu membayar 100% loan anda! Fikir-fikrikanlah...dan mulalah bertindak dengan segera. Ilmu tanpa amalan akan sia-sia. Ibarat, pokok subur tetapi tidak berbuah. Contohnya kita tahu sembahyang itu wajib. Jika tidak diamalkan, kan kah sia-sia jadinya...Jom saya seru rakan-rakan untuk bertindak...Tak cukup duit, mulakan dengan simpanan yang kecil...satu langkah hari ini akan membawa kepada 1000 langkah kemudian hari, insyaAllah.

Seperkara lagi. Jika mempertimbangkan status saya sebagai seorang Priority Dealer (PD) Public Gold, peratus keuntungan bersih saya sebenarnya 12.88 + 1.5 = 14.38%. Dari mana pula datangnya 1.5%? Sebagai PD, saya sentiasa diberikan komisen sebanyak 1.5% untuk setiap transaksi belian saya. Dealer PG tidak perlu ada target sales untuk terus enjoy komisen tersebut. Yang penting dalam masa 6 bulan kena ada belian, walaupun setakat membeli 10dirham yang harganya sekitar RM1++ sekarang. Maka jika anda nak untung lebih, mendaftarlah menjadi dealer sekarang. Segera hubungi saya untuk bimbingan khas dan saya ada menyediakan DVD khas untuk membantu dealer di bawah rangkaian CikguEmas.com...

Satu lagi tips untuk menjana lebih keuntungan...share keuntungan dengan cara memberi wakaf/sedekah...Sesungguhnya, "we make a living by giving" - Ustaz Pahrol Mohd Juoi, "Mukmin Profesional", Radio Ikim...Maka betullah perpatah yang menyatakan, "The more we share, the more we will get"...

Oklah...last but not least, kami masih memerlukan lebih ramai dealer. Jika anda bermotivasi untuk mengubah ekonomi hidup anda dan ingin memulakan pelaburan emas yang selamat,  insyaAllah saya boleh beri perkhidmatan dengan ikhlas. Walau di mana anda berada baik di Malaysia, Brunei atau Singapura, anda boleh melabur emas dan perak Public Gold. Semoga kita sama-sama berjaya di dunia & di akhirat. Amin.

Ikhlas,
Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer (PG014952)
019-8899467 (boleh juga whats apps - tapi cuma akan dijawab pada jam 5pm-6am)
cgharyati@gmail.com

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..

Ibnu Hisyam Bin Ibrahim said...

Best :)

Anonymous said...

Ilmu perkongsian yg terbaik.insyaAllah.

Asa Loan Savings LENDING LTD said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger