Home » , , , » AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi artikel yang saya petik daripada Harian Metro Online (HMO BLOG) pada 25 Julai 2011 tentang 6 amaran kenapa kita patut beralih kepada emas sebagai salah satu portfolio pelaburan kita. Sama ada kita setuju atau tidak, tepuk dada tanyalah minda...Bagi saya, secara peribadi artikel ini mampu trigger mind kita untuk berfikir secara rasional tentang situasi ekonomi dunia kita pada hari ini. Jom...kita sama-sama nilai...


Amaran 1
Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas! Link:http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=175441

Amaran 2
Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu! Link: http://www.foxnews.com/politics/2011/03/03/utah-considers-return-gold-silver-coins/

Amaran 3: 
Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini…bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita. Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan.

Amaran 4: 
Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman…di mana tiada apa yang bernilai…dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal]

Amaran 5: 
Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya…memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011. Link:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmaslepasiparasAS_1_600seauns/Article

Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang! Link:http://efendybloger.blogspot.com/2011/03/profesor-harvard-ingatkan-ancaman.html

ORIGINAL SOURCE:  harian-metro-online.com

KOMEN ADMIN:

Hah! Terkejut tak dengan amaran tersebut. Saya cenderung kepada amaran no 1, 2 & 3. Logik! Amaran ke 4 berkenaan dengan hadis nabi, walau bagaimanapun, menurut kata seorang ustaz ianya bukanlah hadis yang sahih. Wallahualam. Apapun emas dan perak memang ada diceritakan di dalam Al-Quran dan Hadis. Matawang dinar dan dirham pun memang termaktub di dalam kitab suci kita.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."


Pernah saya bawakan kisah emas dan perak di dalam Al Quran dan Hadis kepada kawan-kawan muslim dalam usaha saya mengubah minda mereka untuk mempertimbangkan emas sebagai pelaburan alternatif selain daripada ASB...Pada keesokan harinya, seorang rakan berbangsa Cina, meminta saya lock kan untuknya emas 20g dan silver 500g. Oleh kerana dia adalah customer pertama saya, maka saya temani dia untuk  buat bayaran dan collect item di branch. Tgh driving she said, "Yati, It's true what u said yesterday. I went home and search in The Bible...it also mention about gold and silver...same as ur Quran. That's why i decided to buy gold  and silver also!" MasyaAllah, sesungguhnya Bible berasal daripada Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa. Tidak hairanlah apa yang ada di dalam Al-Quran ada juga di dalam Bible. Perbezaan utama antara Islam dan Kristian ialah Umat Kristian percaya bahawa Nabi Isa adalah Anak Tuhan. Sedangkan kita yang beragama Islam, yakin bahawa "Allah itu satu, Allah tidak beranak dan diperanakan..."-Surah Al Ikhlas...

Berbalik semula kepada kisah kawan-kawan saya tadi...Lain pulak jadinya kan...saya pada asalnya nak promo kepada rakan muslim...dengan membawakan hadis dan Al-Quran...then kawan lain pulak yang membeli :) Kadang bila kita cuba untuk berubah untuk upgrade diri, kawan di sekeliling mungkin lambat untuk menerimanya. Tidak mengapa, mungkin minda dan hati masih belum terbuka, maka belum ada tindakan di pihak mereka...Doakan sahaja, insyaAllah oneday mereka akan faham dan akan bertindak juga. Dan kita tidak perlu menunggu kawan-kawan kita untuk berubah...We must move forward...macam motto toyota :)



100g PG gold bar beserta sijil yang mempunyai nombor siri yang sama seperti pada gold bar...

Jika berminat untuk melabur emas dan perak, sila hubungi saya untuk khidmat nasihat dengan ikhlas. Semoga kita sama-sama tergolong dalam golongan yang beruntung :)

Ikhlas,
Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer (PG014952)
019-8899467 (
boleh juga whats apps - tapi cuma akan dijawab pada jam 5pm-6am)
cgharyati@gmail.com
Facebook: Haryati Mohd Sarkawi

2 comments:

ct byezura said...

"sesungguhnya kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mengubah apa yg ada pada diri mereka"..firman ALLAH..

Anonymous said...

Bernas cikgu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger