KUALA LUMPUR - Malayan Banking Bhd menyasar menarik pelaburan berjumlah RM32 juta dalam produk logam berharga terbaharunya "Akaun Pelaburan Perak Maybank" dalam tahun pertama.

Maybank merupakan bank pertama di Malaysia menawarkan akaun buku simpanan pelaburan perak yang membolehkan penyimpanan dan pengeluaran perak pada harga harian dalam ringgit Malaysia.

Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komunitinya Lim Hong Tat berkata melabur dalam perak adalah suatu yang menarik kerana ia bernilai tinggi bagi barang kemas dan amalan perindustrian.

"Perak sentiasa bernilai tanpa mengambil kira apa juga iklim ekonomi. Pulangan bagi pelaburan pelanggan bergantung kepada turun naik harga perak dan urus niaga akan dicatatkan dalam buku simpanan pelangggan bagi rekod dan penyelenggaraan yang mudah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelaburan minimum bagi akaun itu ialah 20 gram dan pembelian atau jualan minimum berikutnya ialah 10 gram dengan amaun tambahan dalam denominasi satu gram.

Dengan pilihan inovatif ini, Lim berkata Maybank menyasar 20,000 pelanggan dalam masa setahun.
Pada 1997, Maybank memperkenalkan Akaun Pelaburan Emas Maybank bagi membolehkan pelanggan melabur dalam logam ini dan ketika ini ia mempunyai portfolio lebih 66,000 akaun dengan pelaburan berjumlah lebih RM650 juta. - Bernama
KOMEN ADMIN:
Kalau Maybank sudah menawarkan akaun pelaburan perak bermaksud masa depan perak memang memberangsangkan. Perhatikan sahaja kepada pelaburan emas. Kita baru sahaja sedar dari tidur tentang keuntungan yang dijanakan daripada pelaburan emas, sedangkan Maybank telah menawarkan akaun pelaburan emas pada tahun 1997 lagi! Tahun 1997 ialah tahun pertama saya kerja...Harga emas pada tahun tersebut sekitar RM35.50 segram. 
Perhatikan Resit Belian Emas bertarikh 09.01.1997 ini. Harga emas ialah RM35.50 segram pada ketika itu.  Semoga admin http://www.goldhall.net terus sukses dalam pelaburan emasnya. Terima kasih atas perkongsian gambar resit ini.
Jika pada tahun 1997, saya menyimpan RM50 sebulan, setahun saya ada RM600. Setahun  saya boleh menyimpan 16g emas. Jika saya konsisten membeli 16g emas setahun, agak-agak nya berapa dah harga emas yang saya simpan sekarang. Sekarang harga emas adalah sekitar RM175 segram! Jom kita kira purata peratus kenaikan harga emas setahun.
Kenaikan segram = RM175-RM35.50 = RM139.50
Peratus kenaikan dalam masa 15 tahun = (RM139  x 100%) / RM35.50 = 393%
Purata Peratus kenaikan dalam masa 1 tahun 393% bahagi 15 tahun = 26.2%

Murahkan? Kalau kita balik ke zaman silam, tahun 1997, adakah kita kata harga emas murah? Pastinya tidak. Kita akan tetap kata harga emas mahal! Sama kesnya sekarang! 15 tahun akan datang kita akan kata harga emas RM174 segram hari ini tersangatlah murahnya :)
Sejarah di atas juga boleh berulang untuk perak. Perak pada hari ini memang logam yang mampu milik. Harga 100g  perak Public Silver ialah RM343. Bermaksud hanya RM3.43 segram! 
Koleksi produk silver Public Silver...10 dirham seberat 29.75g berharga sekitar RM114. Transportation untuk Sabah Sarawak ialah RM10, menjadikan harga bersih untuk customer biasa ialah RM124.00. Di lain-lain negeri kos transportnya hanya RM5.00. Di Pulau Pinang, tiada kos pengangkutan dikenakan, memandangkan di situlah letaknya kilang Public Gold.
100g silver berharga RM343 + RM20 (transport Sarawak*) = RM364.00
250g silver berharga RM854 + RM40 (transport Sarawak*) = RM854.00
500g silver berharga RM1701 + RM60 (transport Sarawak*) = RM1761.00
1 kg silver berharga RM3389 + RM60 (transport Sarawak*) = RM3449.00
*Transport di negeri lain ialah separuh daripada Sarawak

Jika anda berminat untuk membeli mana-mana produk Public Gold atau Silver, sila hubungi saya. Jika ada persoalan tentang pelaburan ini, sila komen di website ini atau email/sms. InsyaAllah saya dengan senang hati akan menjawab segala pertanyaan anda, sekiranya saya mampu. Sesungguhnya ilmu Allah ini maha luas. Bayangkan sahaja, semua ilmu yang kita ada termasuklah ilmu emas dan perak, teknologi canggih ipod, ipad, iphone serta flora dan fauna di bumi ini jika nak dibandingkan dengan ilmu-ilmu Allah, hanyalah bagai setitik air di lautan! Saya juga masih belajar dan sentiasa berdoa agar diberikan ilmu bermanfaat sepanjang masa.
Satu titik air = Ilmu yang Allah izinkan kita memperolehinya dengan cara buat research & dari pengalaman hidup kita. 
Seluruh lautan yang maha luasnya = Ilmu-ilmu Allah (Subhanallah)
Walau di mana anda berada baik di Malaysia, Brunei atau Singapura, insyaAllah saya boleh beri perkhidmatan dengan ikhlas. Semoga kita sama-sama berjaya di dunia & di akhirat. Amin.
Ikhlas,
  • Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
  • Authorized Priority Dealer (PG014952)
  • 019-8899467 (boleh juga whats apps - tapi cuma akan dijawab pada jam 5pm-6am)
  • cgharyati@gmail.com