Home » , , » Yakinlah dengan Solat Duha!

Yakinlah dengan Solat Duha!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, 


Semoga rakan-rakan pembaca sekalian ceria dan berbahagia di hujung minggu begini. Sudah lama saya tidak menulis kerana kekangan 'core business' sebagai seorang guru. Saya baru sahaja balik daripada mengiringi pelajar-pelajar saya ke Sibu untuk Pertandingan Bot Solar sempena Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri Sarawak 2012Congratulations to my dearest 'Solar Boat Team' for being awarded as State Champion! InsyaAllah, team kami akan mewakili negeri Sarawak ke peringkat Kebangsaan dalam masa terdekat.
From Left: Congratulations to:
Adib for being a committed leader
Amin and Azrai for being smart and hardworking juniors :)

Sebenarnya saya suka dan aktif membimbing pelajar dalam pertandingan rekacipta sejak tahun 2002 lagi. Jika ada rakan guru yang ingin berkongsi ilmu tentang pertandingan solar bot, solar car, solar cooker (energy efficiency cooking with nature), roket aeroangkasa, F1 Inschools Challenge dan inovasi intel, insyaAllah saya gembira untuk membantu. 


Sejak 2002, hampir setiap tahun team yang saya bimbing berjaya sekurang-kurangnya sampai ke peringkat negeri... alhamdulillah... berkat usaha gigih guru dan pelajar...juga berkat sokongan suami tercinta. Tanpa sokongan suami, saya tidak akan mampu membimbing pelajar sejauh itu. Tahun 2012 ini lebih istimewa berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kenapa? Well, i am happy to announce that, tahun ini buat pertama kalinya saya travel mengiringi pelajar bersama anak-anak! Both my kids, Irdina & Ikmal mewakili Bahagian Kuching dalam 2 pertandingan berbeza sempena karnival yang sama. Irdina wakil 'EUREKA Beach House Model' sementara Ikmal wakil 'Saintis Muda Sekolah Rendah'. Memang inilah impian saya selama ini. 
Alhamdulillah, makbul doa mama :)
"Johan EUREKA dan Naib Johan Saintis Muda"

Dina semasa pertandingan...5jam untuk construct Model Rumah dan juga power point presentation, bukanlah kerja yang mudah. Respect kat semua student sekolah rendah yang pernah menyertai pertandingan ini...Menang atau kalah adat bertanding...Tetapi apa yang lebih penting ialah pengalaman dan ilmu yang pelajar perolehi!

Memanglah menjadi suatu kepuasan dan kebanggaan apabila melihat kejayaan anak-anak. Sejujurnya, saya percaya 100% kejayaan ini Allah anugerahkan berkat kita membimbing dan mendidik anak orang dengan ikhlas...Oleh itu saya seru rakan-rakan guru agar cuba mendidik pelajar-pelajar di sekolah seikhlas hati. InsyaAllah, apa yang kita beri, kita akan dapat dalam bentuk yang jauh lebih baik daripada apa yang telah kita beri. Bak kata Prof Dr Muhaya, "Sekolah itu adalah ladang pahala kita" Anak-anak didik kita adalah saham akhirat dan pencen kubur kita. Percayalah, tiada profesion yang istimewa seperti kita. Contohnya bagi jurutera di kilang, bahan mentah mereka ialah 'produk' yang kalau defect boleh direject! Sedangkan untuk para guru bahan mentah kita ialah 'manusia' yang berakal yang kalau defect kita tak boleh reject...kena proses jugak...Sebab itulah, bukan senang tugas guru...Juga mohon ibubapa agar mendidik anak-anak basic ilmu menghormati guru dan suka mencari ilmu sejak anak dari kecil lagi...Sekurang-kurangnya ringan sikit kerja cikgu...mana taknya...dapat 'bahan mentah' yang tidak 'defect' :)

Panjang pulak cerita saya. Keluar tajuk dah...hehe...Ikutkan tajuk di atas, saya sepatutnya bercerita tentang keberkatan solat duha. Nak dijadikan cerita, saya pun baru-baru berjinak dengan solat duha. Tidak dinafikan, dah beberapa kali saya nampak keberkatannya. Rezeki datang melimpah. Alhamdulillah. Rezeki emas, ada saja yang sms dan email bertanyakan tentang produk Public Gold. Sekarang customer saya ada di mana-mana sahaja...baik di Semenanjung mahupun di Brunei Darus Salam...

Cerita pasal rezeki, kejayaan Team Solar Boat dan anak-anak saya tempohari pun salah satu contoh rezeki. Kejayaan mereka memang dimulai dengan solat duha. Begini kisahnya...

26 Jun 2012:

Jam 7.30 pagi, dialog bersama team solar boat dekat dengan surau SMK Bandar Sibu... 


Cikgu: Adib, Azrai, Amin, Ikmal & Dina, jom kita Solat Duha.
Adib: Camni molah Solat Duha cikgu?
Cikgu: Senang jak Dib...Macam kita solat tarawikh. Polah 2 rakaat, niat jak tukar..."Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat tunai kerana Allah Taala"...then doalah terus dari hati...

Jam 8.00-11.00 pagi: Pelajar construct boat dan buat power point presentation

Jam 12.00- 2.00 petang: Testing kelajuan bot di track sepanjang 2 meter...Terbukti bot kita paling laju dengan rekod masa 5 saat...
2meter track di tengah gelanggang untuk testing kelajuan bot

Jam 3.00 petang, bila students dah boleh communicate dengan cikgu masing-masing...

Azrai:   Smooth jak kita buat bot pagi tok cikgu. Kamek polah 2 igik model dengan cepat. Banyak masa lebih.
Adib:    Benar ya...Bot yang k kertas pasir ya nang lebih laju cikgu!
Cikgu:  Alhamdulillah. Berkat solat duha kita pagi tadik. Tauk sik doa solat duha, part 'chorus'nya camtok meaningnya..."Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah Ya Allah... Jika rezekiku di perut bumi keluarkanlah...Jika rezekiku jauh, dekatkanlah... Jika rezekiku haram, sucikanlah... Jika rezeki ku sukar, permudahkanlah..." 

Adib, Azrai & Amin mengangguk-angguk...

Cikgu: Jangan sempitkan istilah rezeki kepada duit/harta semata-mata...Masa, Kesihatan, Ilmu, Kebahagiaan, Kejayaan...semuanya dalam kategori rezeki...
Adib: Yalah cikgu...senang jak nak polah solat duha owh..
Cikgu: Nang sik susah...30 minit lepas syuruk dah boleh solat duha dah...Mcm ujung minggu, sebelum kitak molah revision, boleh bah solat duha dolok...sak senang kitak faham dan hafal ilmu...

The moral of the story is apa pun kita polah, kita mesti polah dengan habis bait...maksudnya polah dengan bersungguh-sungguh. Pas ya baruklah boleh nak bertawakkal. Doa jangan lupak....Sesungguhnya, Allah boleh berik apa yang kita maok dalam sekelip mata. CumaNya nak uji kita agar kita lebih matured dan sedia menghadapi cabaran lain dengan jayanya. Sesungguhnya pengalaman akan mendewasakan kita :) 

Samalah juak dengan bisnes emas, bila kita dah beli emas, kita harap harga emas naik...bila kita belum beli atau masih ada duit, kita harap harga emas turun supaya kita boleh beli lagi untuk tambah stok...Apapun jika kita zoom out, sebenarnya manusia ada 1001 macam kerenah...untuk meminimumkan risiko, kita mesti ada ilmu...dengan ilmu yang betul, pastinya kita akan memilih Public Gold sebagai medium pelaburan emas kita! Kenapa pilih Public Gold? 
1. Public Gold yang well established.
2. Spread yang rendah
3. Harga semasa mengikut harga emas dunia
4. Ready stok sentiasa
5. Branch ada di seluruh Malaysia
6. Sistem lock untuk beli dan jual secara sms/email/internet
7. Gerenti buy back
dan lain-lain....

Once dah melabur PG, bertawakkallah...Ha...di sinilah pentingnya kita membuat solat duha. Bila dah buat solat duha, insyaAllah bukan rezeki emas sahaja bertambah...rezeki yang lain pun akan nampak keberkatannya. Semoga apa yang kongsi hari ini memberi manfaat kepada semua. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah swt...yang buruk itu memang daripada kelemahan saya sendiri sebagai manusia yang tidak pernah sempurna...Jom kita sama-sama mengingatkan satu sama lain ke arah kebaikan...

Nak download lagu untuk mudah hafal doa solat duha, KLIK DI SINI.

5 comments:

Si Tuyuk said...

assalamualaikum..ngajar siney ktk kak..kmk nektok agik training kat IPG rajang..kmk dah follow belog ktk..mun ktk sudi,, jenguk2lah belog kmk..mun nak follow boleh juak..hehe

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Wslm...TQ follow my blog...Kmk di SMKBL...pun boleh view my physics blog www.myfunphysicsworld.blogspot.com... tp dah lamak dah sik update...plan to upgrade bila ada masa kelak, insyaAllah...Yalah dek, better polah kerja one at a time...pasif income kmk di blog emas tok sebenarnya banyak nulong kmk interm of merik reward ngan students and at the same time upgrade my teaching :)

Muttallif said...

Rupa-rupanya orang Sarawak :) Orang Sibu Agik ya.. :) Nice Blog.

Tapi, teruja uak nangga cara pelaburan kitak dengan Emas, Boleh jadi pasif income :) Nice

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Melabur emas tok nang best. Walaupun nya sik menyebabkan kita 'kaya terdudok' tp sekurang2nya duit gaji yg kita simpan di bank sik dirompak oleh 'INFLASI'. Please feel free to keep in touch ok. My number 019-8899467

Muhammad Asyraf Ismail said...

Asalam cikgu. Boleh x cikgu berkongsi formula dan cara cara nk buat solar boat. Sekolah sy mnyertai pertandingan ini buat kali pertama. Tiada org yg mahir nk tlg sy. Sy harap cikgu dpt tlg sy. Wasalam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger