Home » , , , , , , » EMAS Vs UNIT TRUST

EMAS Vs UNIT TRUST

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Hari ini saya nak share data daripada Sifu Faizan Pelabur Jutawan. Semoga beliau terus kaya dan berjaya kerana sentiasa sudi berkongsi ilmu nya yang bermanfaat. InsyaAllah, kita juga akan berada dalam kategori yang sama sekiranya kita berusaha ke arah itu. Sesungguhnya individu yang mengamalkan nilai "DUIT" tidak akan dihampakan, insyaAllah. Apa maksud "DUIT" tu? Haha...Pelik jak bunyinya ndak :)
D - DOA
U - USAHA
I - ISTIQAMAH (konsistensi)
T - TAWAKKAL (berserah* 100% kpd Allah)
*dengan syarat dah berusaha dgn konsisten

Saya percaya ramai di antara kita penjawat awam sudah mempunyai buku ASB. Memang kita tahu, berbanding dengan Fixed Deposit di bank, ASB jauh sangat-sangat menguntungkan. Bayangkan saja, keuntungan ASB mencecah 8%, sedangkan fixed deposit sekitar 3-4%! Maka kita digalakkan melabur di ASB. Tidak dinafikan saya adalah pelabur ASB yang setia sejak semasa belajar di Universiti lagi! Maksudnya dah 20 tahun saya bersama ASB! Masa di universiti dulu, duit kerja partime saya memang laburkan di ASB. Sekarang dah berkeluarga, anak-anak saya pun sudah mempunyai akaun remaja ASB. 
My planning: Sebaik sahaja wang simpanan di ASB anak-anak mencukupi, ianya akan dikeluarkan untuk membeli 10 dirham atau 1 dinar...so simpanan anak-anak sekarang adalah dalam bentuk ASB, dinar dan dirham!


Walaubagaimanapun, menyedari bahawa wang fiat yang dilaburkan di mana-mana institusi kewangan akan mengalami / menjadi mangsa inflasi (perompak nilai wang yang senyap), maka saya dan suami mengubah portfolio pelaburan kami. Selepas mendapat cahaya mata pertama pada 12 tahun lepas, suami saya mula alert tentang pengurusan kewangan. Alhamdulillah...Kami mula membaca buku-buku kewangan yang benar-benar membuka mata kami. Saya ingat lagi, selepas membaca buku "Jutawan Dari Planet Jupiter" oleh Azizi Ali dan juga "Rich Dad, Poor Dad" karya Robert Kiyosaki back to 10 yrs ago, inilah dialog saya bersama suami:


Saya    : Bang, patutnya kita maca buk tok dari dolok gik! Patutnya time kat U, kita dah ada dah ilmu tok!" 
Suami : Yalah ya...Alhamdulillah kita dah maca kinek tok...ada urang sampei dekat nak pencen pun lom ada ilmu nak ngurus duit.


So, bermula dari situ kami mula menguruskan wang dengan lebih sistematik...at least 10% pendapatan kami akan simpan di ASB. Sejujurnya kami tidak pernah membuat pinjaman untuk pelaburan ASB. Kenapa? Untuk tawaran loan ASB pada masa itu, kami dah buat kiraan, jika kita membuat loan ataupun berdisiplin menyimpan jumlah yang sama dalam tempoh yang sama dengan loan tadi, hasilnya tidak jauh bezanya! Perbezaannya, loan kita akan terlibat dengan interest. Pada masa itu tiada perbankan Islam...Sudah menjadi Prinsip saya dan suami, rezeki mesti halal...so kami seboleh mungkin akan cuba mengelakkan daripada terlibat dengan riba'. 


Dalam masa yang sama, kesedaran kewangan membolehkan kami membeli rumah untuk disewakan di sekitar Desa Ilmu, Samarahan. Kenapa memilih area Samarahan? Di situlah lokasi yang sangat strategik! Kebanyakan buku pelaburan hartanah akan menekankan tentang lokasi hartanah yang ingin kita beli. Alhamdulillah, beberapa buah rumah sewa kami di situ macam pisang goreng! Panas! Naik notis pagi ini, petang dah ada orang nak sewa. Nak view salah satu rumah iklan rumah sewa kami, SILA KLIK DI SINI. Ada masa nanti, saya akan ceritakan tentang pelaburan ini. Ada kawan saya bertanya berapa gaji saya dan suami..."Macam nie dirik boleh ada sampei 'dot dot dot' bilangan rumah sewa? Nak bayar umah diam dirik mpun gik...bayar kereta gik...ceritalah Tie..."


Oklah, jom kamek kongsi ilmu...


Sebelum kita membuat apa-apa keputusan tentang portfolio pelaburan kita, eloklah kita investigate dulu, peluang pelaburan yang ada. Jika kita ingin membeli rumah untuk disewa tetapi masih tidak mampu, mungkin ini cara yang kita boleh gunakan untuk menggandakan pendapatan kita untuk mendapat 'capital' bagi downpayment rumah pertama...Jom kita perhatikan data berikut:
Antara pelaburan EMAS dan UNIT TRUST, 
yang manakah menjadi pilihan anda?


Katakan ada dua sahabat, Nobita dan Giant membuat pinjaman sebanyak RM100k daripada bank yang sama, pada masa yang samaNobita melaburkan wang tersebut dengan membeli EMAS FIZIKAL sementara Giant pula melaburkan wang tersebut ke UNIT AMANAH. Merujuk kepada jadual di atas, siapa lebih untung?


Nobita (EMAS) hanya mengambil masa 5 tahun sahaja untuk mendapat balik untung kasar melebihi RM300k.
Giant (UNIT TRUST) pula mengambil masa lebih daripda 15 tahun untuk mendapat untung kasar melebihi RM300k.


Ini merupakan data yang kukuh untuk anda mula membuat pelaburan emas fizikal!


Apakah pengajaran / kesimpulan post saya hari ini?


1. Mesti ada ILMU yang BETUL tentang pelaburan anda
2. Wang Gaji mesti diasingkan at least 10% untuk tujuan pelaburan
3. Labur duit gaji dengan membeli emas jika sudah cukup (jika ada RM7++, segera beli 1 dinar)
4. Konsisten beli emas apabila duit gaji yang disimpan tadi cukup
5. Selepas 5 tahun, jual emas terkumpul tadi dan beli rumah


 Jika gaji bulanan anda RM2000, 10% setiap bulan ialah RM200. Konsisten simpan RM200 setiap bulan, dalam masa 4 bulan anda MAMPU membeli 1 dinar. 1 tahun, anda akan ada 3 dinar!


Gold bar PG dengan berat 10g, 50g, 100g dan 250g.
Semakin berat, semakin rendah nilai spread. 
Spread 250g ialah ~4% sementara 10g spreadnya ialah ~8%.

Ilmu sudah di dada. Sebanyak manapun ilmu yang kita ada jika kita gagal bertindak, kita akan terus ketinggalan. Perhatikan kartun ini:


Ayuh sms/email saya untuk membeli emas fizikal Public Gold pertama anda. Jika anda sudah membeli dan ingin menambah koleksi anda, pun jom sms dan email saya. Walau di mana anda berada baik di Malaysia, Singapura atau pun Brunei, insyaAllah saya boleh membantu. Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Sesungguhnya Public Gold adalah Pilihan Pelabur Emas yang BIJAK :)


PERHATIAN...Tawaran hebat :)
Saya ingin mengumumkan bahawa semua dealer di bawah rangkaian saya akan mendapat  FREE DVD yang mengandungi dokumen penting seperti Video Master Dealer yang saya rakamkan sendiri semasa free seminar di branch PG. Untuk anda yang sibuk dan jauh daripada lokasi branch, DVD ini pastinya akan membantu anda untuk lebih confident untuk bercakap tentang ilmu emas ini. Sesungguhnya dengan ilmu ini insyaAllah anda akan menjadi dealer yang lebih mantap :) Di samping itu juga, anda akan dibimbing dan sentiasa diupdate dengan perkembangan semasa tentang pelaburan ini, insyaAllah. Come! Together we accelerate :)


Ikhlas berkongsi ilmu,
Haryati Mohd Sarkawi
Priority Authorized Dealer,
019-8899467 / 019-8868494
cgharyati@gmail.com

1 comments:

Anonymous said...

wah...ada free DVD eh..kmk maok!=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger