Home » , » Berbaloikah berHUTANG Untuk Membeli EMAS?

Berbaloikah berHUTANG Untuk Membeli EMAS?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan ceria selalu. Rancangan saya untuk membawa anak-anak ke library petang ini terpaksa dibatalkan disebabkan perkara yang di luar kawalan. Yalah, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Pun begitu, saya tukar strategi...pasang aircon di ruang study for 2 hours, tutup tv pastikan anak-anak buat latihan. Ikmal buat soalan past year subjek Sains dan Irdina dengan homework Mandarin yang memang tidak mampu mamanya bantu. Alhamdulillah ada abangnya, Ikmal yang sudah lebih mahir...sekali sekala Dina menggunakan 'google translate' untuk membantunya :)


Sementara masih dalam cuti sekolah, saya ingin nak share tentang berbaloikah berhutang untuk membeli emas? Kalau berhutang membeli rumah atau hartanah atau kereta itu perkara biasa kan. Saya boleh katakan hampir 100% kita memiliki kereta dengan cara berhutang! Kalau ambik loan 5 tahun, maka tiap-tiap bulan dalam tempoh 5 tahun itu kita MESTI memperuntukkan wang untuk membayarnya. Adakah kereta itu aset kita? Jika kita membeli kereta untuk disewakan, maka kereta itu akan menjadi aset kita. Kenapa? Sebab kereta yang kita sewakan akan menambah pendapatan kita. Jika kereta itu kita naiki untuk pergi kerja, balik kerja, untuk hantar anak ke sekolah atau isteri ke tempat kerja, kereta itu dikategorikan sebagai liabiliti. Kenapa? Kerana ia tidak membantu menjana kekayaan kita dan nilainya sentiasa menyusut dari tahun ke tahun!


Bagaimana pula dengan kes rumah? Berbaloikah membeli rumah dengan berhutang? Rumah memanglah satu keperluan. Untuk mengecapi kebahagiaan berkeluarga, sepasang suami isteri sudah semestinya akan meletakkan impian memiliki rumah sendiri sebagai priority...Rumah dan hartanah memanglah suatu aset. Kenapa? Harganya tidak pernah berkurang apabila masa bertambah. Kalau kita beli rumah 10 tahun lepas dengan harga RM100 ribu, tidak mustahil sekarang ia bernilai RM300 ribu! Jadi, adalah amat berbaloi untuk kita membeli lebih rumah walaupun dengan berHUTANG. Inilah yang dinamakan HUTANG BERBALOI or "SUPERLOAN" :)


Hmm...now, berapakah nilai 1 gram emas, 12 tahun lepas? Kalau soalan ini diberikan kepada saya, senang sahaja saya nak menjawabnya. Sebabnya sebaik sahaja Ikmal lahir pada tahun 2000 iaitu 12 tahun lepas, Allahyarham mak mertua saya (Al-Fatihah buat ibu mertua saya yang tersayang, Hajjah Halimah Hj Dawi...once a perfect mother in law will be always the perfect one...) mengingatkan suami saya untuk membelikan cincin emas buat kenangan bagi kelahiran bayi sulung kami. Masa itu harga emas hanyalah RM41/gram.


Resit belian cincin emas sempena kelahiran Ikmal.. RM41/gram
Cincin emas ini bukanlah untuk dipakainya tetapi untuk dijadikan kenang-kenangan.


Muhd Ikmal Hakimi ketika berumur 10 hari...Baby bagus menangis kuat sekali-sekala, exersice paru-parunya...Nasihat saya kepada ibu muda, umur 0-6 tahun ini gunakan sepenuhnya untuk membaca buku kepada anak-anak...inilah 'time download' bak kata Prof Muhaya :)

Frankly speaking, saya ini orangnya jenis yang praktikal...saya tidak meminati barang kemas daripada emas...pelikkan? Kalau ikutkan sayalah, memang takkan beli cincin emas untuk kenang-kenangan kelahiran  anak...maybe i will buy something yang lebih praktical ...contohnya stoller dll...Seumur hidup saya,   baru awal tahun ini saya membeli seutas gelang emas! 
Pecah rekod...Barang kemas yang pertamaku setelah 15 tahun bekerja :)

Apa yang dipakai sekarang, cincin, rantai emas, semuanya ada sentimental value...orang tersayang yang hadiahkan :) Maybe sebab saya mengajar dan mengamalkan subjek Fizik dalam kehidupan maka sebab itulah peribadi saya jadi begini...hahaha! Lucu pulak :) Fizik banyak memfokus kepada efficiency...kecekapan! Dalam apa jua ciptaan, Ahli-ahli Fizik biasanya akan cuba untuk mengurangkan kehilangan tenaga...means kurangkan pembaziran.


Contohnya, setiap kali vacuum cleaner digunakan akan ada bunyi bising kedengaran dan vacuum cleaner menjadi panas. Jika bil elektrik kita untuk penggunaan vacuum cleaner ialah RM10... sebenarnya mungkin kita hanya membayar RM5 untuk kuasa vacuum cleaner itu menyedut debu, RM3 untuk bunyi kuat yang memberi signal kepada jiran kita sedang membersih rumah (hahaha!) dan RM2 lagi untuk haba yang dihasilkan! Maksudnya inefficient...kurang cekap...


Ok, ok...melalut pulak saya. Persoalannya sekarang, kalau 12 tahun lepas harga emas ialah RM41/gram, berapakah harga emas sekarang? 


Merujuk kepada harga semasa emas, 10 g emas harganya RM1788. Maksudnya sekarang harga emas ialah RM178/gram!
RM41/gram (12 tahun lepas) ------>  RM178/gram (sekarang)
Kenaikkan sebanyak 330% dalam masa 12 tahun.


Kalaulah rumah mengalami kenaikkan harga yang sama (iaitu 330%), rumah yang harga yang harganya RM100 ribu 12 tahun lepas akan bernilai RM430 ribu sekarang! Perlukah saya menunjukkan cara kiraannya? Kalau perlu, just komen. Saya akan tunjukkan :)


Subhanallah...Sungguh beruntung jika kita ada ilmu ini 12 tahun lepas...Kalau saya ada ilmu ini 12 tahun lepas, saya dah buat personal loan untuk membeli emas hihi...bayangkan berapa nilai aset saya sekarang jika saya berbuat demikian. 
Sekarang emas seberat 250g ini berharga RM43,663...12 tahun lepas harganya hanya RM10,250 sahaja...


Apapun kita masih belum terlambat jika kita sedar dan terus bertindak sekarang. Sekarang kita lebih beruntung kerana terdapat banyak islamic personal loan yang membolehkan kita tidak terlibat dengan unsur riba'. Contohnya, bank rakyat ada menawarkan islamic personal loan dengan kadar serendah 3.25% setahun jika kita buat loan untuk 3 tahun. Jika melebihi 3 tahun kadarnya melebihi 3.25 % setahun. Saya nekad untuk membuat loan untuk 3 tahun, dengan mengambilkira bayaran sebanyak kenaikan gaji setiap bulan saya baru-baru ini. Maksudnya ialah katakan kenaikan gaji saya ialah RM400, maka saya ambik jumlah loan yang hanya memerlukan saya membayar RM400 setiap bulan selama 3 tahun. Maka, ianya tidak mengganggu keselesaan hidup kami  atau budget saya. Dan jangan lupa insyaAllah gaji kita akan naik setiap tahun...itulah kelebihan government servant seperti saya :) Satu hari nanti, setelah mendapat keuntungan berganda, insyaAllah saya akan kongsikan tips menjana kekayaan menggunakan teknik superloan ini. "InsyaAllah, InsyaAllah, i'll find my way"(nyanyikan mcm lagu Maher Zain :)

Kenapa saya menekankan tentang islamic loan? Perhatikan ayat berikut...larangan jelas tentang Allah mengharamkan riba:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." 

~Al Baqarah : 278~


Junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, seperti diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim, bersabda yang bermaksud:


"Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil)."



Sesunguhnya apa yang saya kongsi di sini adalah ikhlas dari hati ini. Ikhlas untuk melihat lebih ramai rakan-rakan terutamanya yang muslim mencapai financial freedom suatu hari nanti. Sesungguhnya kita memerlukan lebih ramai muslim yang mampu membayar zakat bagi membantu rakan kita yang kurang bernasib baik. Niatkan dengan menyimpan emas ini, kita mampu contribute to society. 


Segala yang baik itu telah Allah ilhamkan kepada saya...Segala yang buruk itu adalah daripada kelemahan saya sendiri.


Jika ada soalan tentang pelaburan emas, saya sedia membantu. Sesungguhnya
"Jika anda beli, saya untung...
Jika anda tak beli, anda tidak untung TETAPI saya tetap untung" :)


Sedia menerima komen dan berkongsi ilmu dengan ikhlas :)
HARYATI BINTI MOHD SARKAWI
Priority Dealer Public Gold,
018-8899467
cgharyati@gmail.com











2 comments:

Myvitrd said...

Tq.. Satu perkongsian yg menarik.. Dan membuka mata saya untuk meninjau2 pelaburan ini..

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Alhamdulillah, memang itulah tujuan utama saya. Sharing ilmu. Dengan ilmu yang BETUL, pelaburan emas tidak pernah merugikan. Jika ada apa2 pertanyaan, please feel free to ask :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger