Home » , » Harga Minyak Vs Harga Emas

Harga Minyak Vs Harga Emas

Assalamualaikum wbt dan Salam Ceria,


Saya doakan semoga semua rakan-rakan seperjuangan especially customer dan dealer-dealer di rangkaian "My Public Gold Investment" berada dalam keadaan yang sihat dan gembira selalu. Semoga anda terus kaya ilmu, kaya masa, kaya kesihatan, kaya harta dan the best is kaya bahagia :) Semalam saya terbaca dalam Berita Harian Online, harga minyak petrol dijangka turun. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETRONAS jangka harga minyak turun


2012/06/09

PETRONAS menjangkakan harga minyak akan mengalami penurunan susulan keadaan ekonomi tidak menentu, kata Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutifnya (Perniagaan Hiliran), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin. 

“Kami tidak yakin bagi suku akan datang disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu, manakala China dan India mula menunjukkan pertumbuhan lemah,” katanya pada pelancaran penyelesaian teknologi minyak dan gas baru PETRONAS di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran itu diadakan di hari terakhir Persidangan Gas Sedunia Ke-25.
Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata PETRONAS masih mampu menampung bekalan minyak bagi loji penapisannya susulan sekatan ke atas Iran bermula lewat bulan ini. 

“Kami mempunyai sumber. Selagi boleh mendapatkan jenis minyak yang betul dan berkualiti bagi loji penapis, kami masih boleh bertahan,” katanya. 

Beliau berkata, margin operasi penapisan akan mengalami tekanan, tetapi PETRONAS memastikan pengurusan kos operasi lebih baik. 

“Margin penapisan berdepan banyak cabaran, tetapi kami perlu beroperasi dengan lebih baik berbanding pesaing,” katanya. 
PETRONAS memperkenalkan lima penyelesaian teknologi dan teknikal baru berkaitan industri yang mengoptimumkan nilai pengeluaran hidrokarbon dan meningkatkan kecekapan operasi, produktiviti dan keselamatan dalam persekitaran operasi minyak dan gasnya. 

Lima penyelesaian itu merangkumi bahagian penghapusan pencemar, sistem pembaikan saluran paip, pengesanan gas berbahaya dan kebakaran, sistem penyeliaan meter tepat masa dalam talian dan sistem pengasingan cecair dan gas bersepadu. – BERNAMA



Untuk sumber asalnya, sila klik di sini: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONASjangkahargaminyakturun/Article)
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa kaitan antara harga minyak dan harga emas? Saya cuba mencari bertanya dengan rakan-rakan dealer emas tentang isu ini. So far belum ada yang memberi jawapan yang tepat.




Dua graf harga emas dan minyak semasa dunia di atas menunjukkan prestasi kedua-dua komoditi ini bagi tempoh 1 bulan iaitu bermula 9 May 2012 sehingga 9 Jun 2012. Graf ini mungkin boleh membantu kita untuk membuat analisis sendiri. Para pembaca dialu-alaukan memberi komen membina tentang isu ini :) Saya akan update the latest info dari masa ke semasa :)


Anda belum terlambat untuk membeli emas pertama atau untuk menambah stok emas anda. Sesungguhnya apa yang lebih penting ialah berapa harga jual emas anda nanti. Ramai orang menunggu untuk membeli emas dengan harga yang PAALLLIIING rendah...tapi tak untung-untung! Kenapa? Oleh kerana dia membeli pada harga yang rendah, dia SAYAAANNG nak jual. Sedarlah wahai kawan-kawan, jika harga naik katakan 10-15%, jualkan emas anda. Selagi anda tak jual selagi itulah anda tak untung. Bak kata Sifu Faizan Pelabur Jutawan, katakan kita ada nasik ayam. Logik kah kita kenyang kalau kita tak makan nasik tu? Hmmm....fikir-fikirkan. 


Jika anda ingin mengetahui tentang pelaburan emas ini, jangan fikir dua kali, just sms/email me your question. Dealer di rangkaian saya akan diberi bimbingan intensif...kerana bagi saya, "Kalau I untung, U pun mesti untung jugak :)" InsyaAllah. 


Ikhlas,
Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer
cgharyati@gmail.com
019-8899467

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger