Home » , , » Public Gold Terokai ASEAN

Public Gold Terokai ASEAN

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,


Bertemu kembali kita di alam cyber ini...MasyaAllah...rupa-rupanya ada lagi dunia lain selain daripada dunia yang realiti ini...Tidak lupa, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada rakan-rakan yang menyambutnya di seluruh kepulauan Borneo terutamanya kepada rakan-rakan di Sabah dan Sarawak.


Untuk kami yang tidak menyambut Perayaan Hari Gawai ini, kami juga sebenarnya menumpang bahagia bercuti panjang...Kiranya panjang juga cuti suami saya...Jumaat-Isnin...Kesempatan ini membolehkan kami sekeluarga balik menziarahi ibubapa di kampung...


Alhamdulillah...sekarang saya dan keluarga berada di "my home sweet home"...rumah yang menyaksikan zaman kanak-kanak dan zaman remaja saya...hmmm...Sesungguhnya tiada yang lebih membahagiakan selain daripada dapat menatap wajah ibu dan ayah tercinta...teringat kata-kata seorang ustaz, "Mahukah ku khabarkan kepadamu tentang 3 perkara yang apabila dengan melihatnya sahaja kalian akan mendapat pahala?"...3 perkara itu ialah:
1. Melihat wajah ibu bapa
2. Melihat Kaabah
3. Melihat Al-Quran

MasyaAllah, hanya dengan memandang wajah ibu dan ayah sahaja kita telah dijanjikan pahala oleh Allah s.w.t. Belum lagi kita membuka mulut, menyebut perkara yang baik-baik kepada mereka...belum lagi kaki kita melangkah ke arah mereka...belum lagi tangan kita bekerja untuk mereka...sudah dapat pahala...Jika kita nampak 'pahala' itu seperti ketul-ketul emas, for sure takkan ada ibu bapa yang terlantar di rumah-rumah kebajikan! 


Oleh itu jom kita sama-sama terus menghargai ibubapa dengan berbuat baik dan sentiasa mendoakan mereka. InsyaAllah, anak-anak kita nanti juga akan berbuat demikian suatu hari nanti. Amin.

Hari ini melakarkan satu lagi sejarah dalam pengalaman saya sebagai Priority Dealer Public Gold. Saya ingin mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan Priority Dealer Pertama saya...iaitu En. Hamidoon Jaafar. Specialnya ialah kerana beliau berasal dari negara jiran kita iaitu Brunei Darussalam. So, untuk rakan-rakan di Brunei, boleh hubungi En Hamidoon di talian +6738726161 untuk membuat belian emas pertama anda :)
Keratan Akhbar menunjukkan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah semasa merasmikan Wisma Public Gold di Pulau Pinang pada 15 Mac 2011 yang lalu

Ini jelas membuktikan Public Gold sudah diterima di pasaran antarabangsa. Branch di luar negara pertama PG akan dibuka di Singapura dalam masa terdekat. Foundation yang kukuh insyaAllah akan menyaksikan Public Gold sebagai company emas yang akan bertahan lama dan akan terus berkembang di pentas antarabangsa. Nasihat saya untuk rakan-rakan yang sudah ada ilmu, segeralah bertindak agar anda tidak jauh ketinggalan :)...Untuk yang belum ada ilmu, bertanyalah...teringat saya kepada perpatah cina yang bermaksud, "He who ask is a fool for 5 minutes but he who do not ask is a fool FOREVER!"

Sesungguhnya saya juga tidak menjangkakan percutian di kampung kali ini juga boleh generate income. Mak sempat menegur saya tadi,"Best na juak..dudok depan komputer pun boleh ada gajikah?...sikda berpeluh pun dah dapat duit!" Alhamdulillah, rezeki Allah bagi...sebagai hambaNya kita mesti sentiasa bersyukur. Untuk yang suka pendapatan pasif, jika anda ada modal sebanyak minimum RM20k, lock lah produk Public Gold dalam 1 resit... Dengan berbuat demikian, anda boleh enjoy komisen 1% daripada belian anda, termasuklah belian pertama RM20k tadi...Setelah menjadi dealer, anda boleh membantu rakan-rakan anda untuk lock kan harga emas...Untuk setiap transaksi, anda akan mendapat komisen 1%. Oneday katakan anda ingin menjual emas anda, akan juga akan diberi komisen 0.5% di atas harga jualan anda. Lumayan bukan? Jika anda ingin membeli atau mendaftar sebagai dealer, sila sms nama, no tel, email dan item yang hendak dibeli  kepada saya di 019-8899467 atau boleh juga email saya di cgharyati@gmail.com


Ha...satu lagi berita baik...Sepanjang Bulan Jun ini sempena Hari Bapa, Public Gold mengadakan promosi, beli minimum RM20k dalam 1 resit percuma 10 dirham! Harga 10 dirham ialah sekitar RM120...Maka jika anda membeli RM20k dalam 1 resit anda akan mendapat komisen 1% which is RM200 plus 10 dirham...maka keuntungan bersih anda ialah RM330 lah...Cuma kena cepatlah sebab promosi 10 dirham ini terbuka kepada 200 pembelian yang terawal sahaja!


Promosi Istimewa Hari Bapa















0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger