Yakinlah dengan Solat Duha!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, 


Semoga rakan-rakan pembaca sekalian ceria dan berbahagia di hujung minggu begini. Sudah lama saya tidak menulis kerana kekangan 'core business' sebagai seorang guru. Saya baru sahaja balik daripada mengiringi pelajar-pelajar saya ke Sibu untuk Pertandingan Bot Solar sempena Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri Sarawak 2012Congratulations to my dearest 'Solar Boat Team' for being awarded as State Champion! InsyaAllah, team kami akan mewakili negeri Sarawak ke peringkat Kebangsaan dalam masa terdekat.
From Left: Congratulations to:
Adib for being a committed leader
Amin and Azrai for being smart and hardworking juniors :)

Sebenarnya saya suka dan aktif membimbing pelajar dalam pertandingan rekacipta sejak tahun 2002 lagi. Jika ada rakan guru yang ingin berkongsi ilmu tentang pertandingan solar bot, solar car, solar cooker (energy efficiency cooking with nature), roket aeroangkasa, F1 Inschools Challenge dan inovasi intel, insyaAllah saya gembira untuk membantu. 


Sejak 2002, hampir setiap tahun team yang saya bimbing berjaya sekurang-kurangnya sampai ke peringkat negeri... alhamdulillah... berkat usaha gigih guru dan pelajar...juga berkat sokongan suami tercinta. Tanpa sokongan suami, saya tidak akan mampu membimbing pelajar sejauh itu. Tahun 2012 ini lebih istimewa berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kenapa? Well, i am happy to announce that, tahun ini buat pertama kalinya saya travel mengiringi pelajar bersama anak-anak! Both my kids, Irdina & Ikmal mewakili Bahagian Kuching dalam 2 pertandingan berbeza sempena karnival yang sama. Irdina wakil 'EUREKA Beach House Model' sementara Ikmal wakil 'Saintis Muda Sekolah Rendah'. Memang inilah impian saya selama ini. 
Alhamdulillah, makbul doa mama :)
"Johan EUREKA dan Naib Johan Saintis Muda"

Dina semasa pertandingan...5jam untuk construct Model Rumah dan juga power point presentation, bukanlah kerja yang mudah. Respect kat semua student sekolah rendah yang pernah menyertai pertandingan ini...Menang atau kalah adat bertanding...Tetapi apa yang lebih penting ialah pengalaman dan ilmu yang pelajar perolehi!

Memanglah menjadi suatu kepuasan dan kebanggaan apabila melihat kejayaan anak-anak. Sejujurnya, saya percaya 100% kejayaan ini Allah anugerahkan berkat kita membimbing dan mendidik anak orang dengan ikhlas...Oleh itu saya seru rakan-rakan guru agar cuba mendidik pelajar-pelajar di sekolah seikhlas hati. InsyaAllah, apa yang kita beri, kita akan dapat dalam bentuk yang jauh lebih baik daripada apa yang telah kita beri. Bak kata Prof Dr Muhaya, "Sekolah itu adalah ladang pahala kita" Anak-anak didik kita adalah saham akhirat dan pencen kubur kita. Percayalah, tiada profesion yang istimewa seperti kita. Contohnya bagi jurutera di kilang, bahan mentah mereka ialah 'produk' yang kalau defect boleh direject! Sedangkan untuk para guru bahan mentah kita ialah 'manusia' yang berakal yang kalau defect kita tak boleh reject...kena proses jugak...Sebab itulah, bukan senang tugas guru...Juga mohon ibubapa agar mendidik anak-anak basic ilmu menghormati guru dan suka mencari ilmu sejak anak dari kecil lagi...Sekurang-kurangnya ringan sikit kerja cikgu...mana taknya...dapat 'bahan mentah' yang tidak 'defect' :)

Panjang pulak cerita saya. Keluar tajuk dah...hehe...Ikutkan tajuk di atas, saya sepatutnya bercerita tentang keberkatan solat duha. Nak dijadikan cerita, saya pun baru-baru berjinak dengan solat duha. Tidak dinafikan, dah beberapa kali saya nampak keberkatannya. Rezeki datang melimpah. Alhamdulillah. Rezeki emas, ada saja yang sms dan email bertanyakan tentang produk Public Gold. Sekarang customer saya ada di mana-mana sahaja...baik di Semenanjung mahupun di Brunei Darus Salam...

Cerita pasal rezeki, kejayaan Team Solar Boat dan anak-anak saya tempohari pun salah satu contoh rezeki. Kejayaan mereka memang dimulai dengan solat duha. Begini kisahnya...

26 Jun 2012:

Jam 7.30 pagi, dialog bersama team solar boat dekat dengan surau SMK Bandar Sibu... 


Cikgu: Adib, Azrai, Amin, Ikmal & Dina, jom kita Solat Duha.
Adib: Camni molah Solat Duha cikgu?
Cikgu: Senang jak Dib...Macam kita solat tarawikh. Polah 2 rakaat, niat jak tukar..."Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat tunai kerana Allah Taala"...then doalah terus dari hati...

Jam 8.00-11.00 pagi: Pelajar construct boat dan buat power point presentation

Jam 12.00- 2.00 petang: Testing kelajuan bot di track sepanjang 2 meter...Terbukti bot kita paling laju dengan rekod masa 5 saat...
2meter track di tengah gelanggang untuk testing kelajuan bot

Jam 3.00 petang, bila students dah boleh communicate dengan cikgu masing-masing...

Azrai:   Smooth jak kita buat bot pagi tok cikgu. Kamek polah 2 igik model dengan cepat. Banyak masa lebih.
Adib:    Benar ya...Bot yang k kertas pasir ya nang lebih laju cikgu!
Cikgu:  Alhamdulillah. Berkat solat duha kita pagi tadik. Tauk sik doa solat duha, part 'chorus'nya camtok meaningnya..."Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah Ya Allah... Jika rezekiku di perut bumi keluarkanlah...Jika rezekiku jauh, dekatkanlah... Jika rezekiku haram, sucikanlah... Jika rezeki ku sukar, permudahkanlah..." 

Adib, Azrai & Amin mengangguk-angguk...

Cikgu: Jangan sempitkan istilah rezeki kepada duit/harta semata-mata...Masa, Kesihatan, Ilmu, Kebahagiaan, Kejayaan...semuanya dalam kategori rezeki...
Adib: Yalah cikgu...senang jak nak polah solat duha owh..
Cikgu: Nang sik susah...30 minit lepas syuruk dah boleh solat duha dah...Mcm ujung minggu, sebelum kitak molah revision, boleh bah solat duha dolok...sak senang kitak faham dan hafal ilmu...

The moral of the story is apa pun kita polah, kita mesti polah dengan habis bait...maksudnya polah dengan bersungguh-sungguh. Pas ya baruklah boleh nak bertawakkal. Doa jangan lupak....Sesungguhnya, Allah boleh berik apa yang kita maok dalam sekelip mata. CumaNya nak uji kita agar kita lebih matured dan sedia menghadapi cabaran lain dengan jayanya. Sesungguhnya pengalaman akan mendewasakan kita :) 

Samalah juak dengan bisnes emas, bila kita dah beli emas, kita harap harga emas naik...bila kita belum beli atau masih ada duit, kita harap harga emas turun supaya kita boleh beli lagi untuk tambah stok...Apapun jika kita zoom out, sebenarnya manusia ada 1001 macam kerenah...untuk meminimumkan risiko, kita mesti ada ilmu...dengan ilmu yang betul, pastinya kita akan memilih Public Gold sebagai medium pelaburan emas kita! Kenapa pilih Public Gold? 
1. Public Gold yang well established.
2. Spread yang rendah
3. Harga semasa mengikut harga emas dunia
4. Ready stok sentiasa
5. Branch ada di seluruh Malaysia
6. Sistem lock untuk beli dan jual secara sms/email/internet
7. Gerenti buy back
dan lain-lain....

Once dah melabur PG, bertawakkallah...Ha...di sinilah pentingnya kita membuat solat duha. Bila dah buat solat duha, insyaAllah bukan rezeki emas sahaja bertambah...rezeki yang lain pun akan nampak keberkatannya. Semoga apa yang kongsi hari ini memberi manfaat kepada semua. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah swt...yang buruk itu memang daripada kelemahan saya sendiri sebagai manusia yang tidak pernah sempurna...Jom kita sama-sama mengingatkan satu sama lain ke arah kebaikan...

Nak download lagu untuk mudah hafal doa solat duha, KLIK DI SINI.

Alert! Tambah stok emas sementara harga drop!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Wah! Malam nie mata segar saje. Apa tidaknya harga sedang sangat cantek....Kalau siang tadi 1 dinar mencecah RM730 sekeping. Sekarang dah RM702...Anda sungguh beruntung jika sedar tentang pergerakan harga emas ini. Sejujurnya sejak menjadi Priority Dealer Public Gold, hampir setiap hari saya akan monitor harga emas. Sudah menjadi rutin untuk saya ke website www.publicgold.com.my sekurang-kurangnya 3 kali sehari untuk memantau harga emas. Ada masa saya akan menggunakan perisian MetaTrader 4 untuk melihat pergerakan harga emas.


Saya pun dalam sejam ini sibuk 'mengunci' / tolong lock kan harga emas untuk kawan-kawan serta online customer yang sudah mula approach saya sebelum ini. So jika anda berminat untuk membeli emas / perak Public Gold sila hubungi saya. Nyatakan nama penuh, ic, no tel, email dan produk yang anda target. Jika kebetulan harga emas drop lagi, insyaAllah saya boleh bantu untuk sms anda walau di mana anda berada :) 
Harga emas turun daripada USD1610/oz ke USD1572.90...penurunan sebanyak 33.90 mata!

Silver pun sama! 10 dirham mampu milik, hanya RM114.

Sebenarnya tidak kisah bila anda beli emas,anda tetap untung jika membeli emas tulen yang mempunyai spread yang rendah. Emas Public Gold memang pilihan untuk pelabur yang bijak. Saya sedang mencipta pengalaman sendiri dalam pelaburan ini. Jom, join saya agar kita sama-sama mampu mengekalkan nilai 'gaji' yang kita simpan untuk masa depan pendidikan anak-anak kita. Tukarkan 'gaji' anda ke bentuk emas agar ianya tidak dirompak oleh INFLASI! 

Kenaikan harga emas setahun roughly memang melebihi 15%. Tak nampak? Senang cerita bagi setiap 1 gram, harga emas akan naik lebih kurang RM30 setahun. Ulang suara: "RM30/gram setahun"
Kalau anda membeli 10g emas, harga semasa sekarang ialah RM1733....Mengikut sejarah jika harga naik RM30/gram setahun, untuk pelaburan anda sebanyak RM1733 tadi, insyaAllah anda akan untung rm300 tahun depan....Wah! Banyak tu! Masih tak percaya? Well, pictures explain more than word. Perhatikan printscreen harga emas semasa di laman web rasmi www.publicgold.com.my berikut...





Printscreen harga emas ini saya copy daripada laman web www.publicgoldsarawak.com. Terimakasih kepada adminnya, En Hafizul Hakim yang banyak membantu saya dalam pelaburan ini. Semoga beliau terus cemerlang kerana tidak jemu tag artikel tentang emas di wall facebook saya :)


Ayuh! Sertai saya dengan mendaftar sebagai pelanggan...


"Jika hari ini anda adalah pelanggan saya, 
tidak mustahil suatu hari nanti anda akan menjadi Normal Dealer...
Jika hari ini anda adalah Normal Dealer
tidak mustahil suatu hari nanti anda akan menjadi Priority Dealer...
 Jika hari ini anda adalah Priority Dealer
tidak mustahil suatu hari nanti anda akan menjadi Master Dealer...
Percayalah,
sesungguhnya perjalanan daripada seorang pelanggan biasa ke Master Dealer sentiasa dimulai dengan ilmu yang bermanfaat
Sesungguhnya,
ilmu bermanfaat itu boleh digali dan dicari di CIKGU EMAS.COM, insyaAllah!"

Ikhlas Berkongsi Ilmu,
Haryati Mohd Sarkawi
Authorised Priority Dealer PG014952/A9873
cgharyati@gmail.com
019-8899467

Kelebihan Produk Public Gold

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Sedar tak sedar, 3 bulan lagi genaplah setahun saya menjadi pelabur emas. Walaupun begitu masih ada rakan guru saya di sekolah yang tidak mengetahui wujudnya blog emas saya ini...Kenapa? 
Sebab utama: Sebagai GC Fizik, saya selalu sibuk dengan aktiviti p&p dan juga kokurikulum di sekolah. Jarang ada masa nak bersembang tentang hal-hal lain selain daripada p&p.
Sebab no. 2: Saya memang tidak pandai bisnes...rasanya saya lebih mahir berkongsi ilmu....

Petang tadi semasa memantau atlet rumah sukan Amethyst membuat latihan lompat jauh, sempat berborak dengan seorang rakan sekerja...

Cikgu X: Kamek sik berapa mahir tentang emas...Coba cerita sikit... 

Cikgu Emas.com: Ok...1st thing ILMU...Kita mesti ada ilmu. Mun ada ilmu emas, kita boleh mengelak diri daripada tertipu dan dengan ilmu juak kitak dapat memaksimumkan keuntungan pelaburan dalam masa yang lebih pendek. 2nd thing: Tujuan...Apa tujuan kita meli emas? Sebab utama sik lain daripada mengelakkan duit kita 'dimakan' INFLASI. Emas memastikan 'nilai' wang kita kekal.

Cikgu X: Emas apa yang bagus kamek beli?

Cikgu Emas.com: Mun nanyak ngan kamek...Kamek pilih "PUBLIC GOLD"! 

Kenak Public Gold? Apa reason kmk? Jom baca artikel yang kamek copy dan edit daripada blog www.inspirasiemas.com. Semoga admin blog tok diberkati Allah kerana sudi berkongsi ilmunya yang bermanfaat. Amin.

************************************************

Kelebihan Produk Public Gold?
Posted By inspirasiemas On 02 Dec 2011.

Assalamualaikum..

Ramai yang bertanya kepada saya, emas mana lagi bagus??Jawapannya, belilah emas mana2 pun asalkan ianya adalah emas. Kenapa emas?? sebab kenaikkan harga emas secara puratanya adalah sekitar 20-30% SETAHUN. Tapi kalau tanya saya produk mana nak dibeli? Saya akan pilih PUBLIC GOLD.

Untuk makluman semua, Public Gold telah bertapak kukuh di Malaysia sejak tahun 2008. Pada ketika itu, Public Gold hanya terdapat di Bukit Jambul, Pulau Pinang dan Lebuh Bishop (Branch) juga di Pulau Pinang.

Eh?? Sejak 2008?? Kenapa macam baru tau je ni?? Ha..perkara yang sama juga berlaku kat saya. Saya mula membeli emas Public Gold pada tahun 2009 iaitu selepas setahun Public Gold bertapak di Pulau Pinang..haha..Saya yang selalu pergi jalan2 kat Shopping Complex Bukit Jambul pon tak perasan ada Public Gold kat situ. Bukan saja slalu pegi jalan2 tapi dulu selalu pergi karaoke kat situ (sebelah je dengan Public Gold) tapi tak jugak perasan kata ada kedai emas Public Gold..isk isk isk..

Ok berikut adalah sebab2 kenapa perlu pilih Public Gold.

1. Jongkong Emas yang paling murah di Malaysia

Cuba anda bandingkan harga emas Public Gold dengan Harga Emas di kedai emas! Kita ambil 10gram sebagai contoh: Jika kita lihat harga emas Public Gold 10gram, harganya adalah RM 1,953.00 iaitu sekitar RM195.30/gram bagi emas 999.9

Jika kita lihat harga emas di www.fgjam.org.my
harganya adalah jauh lebih tinggi iaitu RM208.00/gram bagi emas 999 iaitu perbezaan sebanyak RM12.70 segram.

Kalau kita beli emas 1 gram memang nampak macam sikit je..setakat RM12.70 tu apa la sangat kan?? tapi takkan nak beli emas 1 gram je?? rasanya cincin pon paling ringan dalam 3-5gram kot..

 2.Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah

Maksudnya kat sini, kalau kita nak beli emas, sila rujuk harga PG Sell (Public Gold jual) dan kalau kita rasa kita nak pakai duit, atau dah pun untung, kita rasa nak jual balik emas kita tu, sila rujuk harga PG Buy (Public Gold beli balik emas tu dari kita)

Perbezaan harga ini sebenarnya agak rendah berbanding harga emas di kedai emas yang lain.
10gram – 8% 
[ Perbezaan harga RM1953.00 (PG Sell) dengan RM1797.00 (PG Buy)] 
20gram – 6% 

50gram – 5.5% 
100gram-5% 
250gram -4.5% 


3. Anda akan memiliki emas fizikal
Sudah semestinya BELI EMAS , DAPAT EMAS! Itu yang kita mahukan.!! sebab apa??sebab nya kalau jadi apa2 kat company ni ke tak pun nak pakai duit segera ke..emas ni ada kat tangan kita!! betul tak?

Ramai org takut nak beli emas sebab takut kena tipu..Sebab tu kena pilih company yang dah stable contohnya macam Public gold ni..

4. Terdapat sistem tempahan secara online selama 24jam (syarikat pertama di Malaysia)

Sistem ini beroperasi setiap hari termasuklah hujung minggu. Ini adalah kemudahan untuk dealer2 seperti saya untuk membantu pelanggan menguncikan harga pada bila-bila masa baik siang ataupun malam, di mana-mana sahaja walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.  

5. Anda boleh menempah harga emas tertentu (Lock Price)

Harga emas Public Gold adalah HARGA SEMASA. Maksudnya harga sentiasa update mengikut harga emas dunia. Oleh itu anda akan dapati harga emas PG berubah setiap 20min. Katakan anda memantau bermula jam 8malam. Maka anda akan perasan harga akan berubah pada jam 8.15malam, 8.35 malam, 8.55malam dan seterusnya.

Disebabkan harga emas naik turun setiap 20 min , jadi anda sebenarnya boleh ‘lock price’ pada bila2 masa saja. Sebagai contoh, jika kita rasa macam nak beli emas pada harga RM793.00 bagi emas 1 dinar, anda boleh sms @ call saya di nombor 019-8899467 dengan menghantarkan maklumat seperti berikut:
1. Nama Penuh
2. i/c
3. Emas dan Kuantiti
4. No talipon
5. alamat emel
6. Nak ambik kat mana/branch mana

Lepas dah ‘lock’ tu, kira si pembeli dan si penjual bersetuju dengan harga tersebut. Jadi kalau harga naik atau harga turun selepas harga di ‘lock’, kita ambil pada harga RM793.00 bagi emas 1 Dinar. Senangkan?

6. Memberi jaminan membeli balik emas mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya atau bengkok


Kalau kita lihat gambar disebelah kiri ni, adalah contoh emas 20g gold bar keluaran Public Gold yang telah dibuka sarungnya. Namun begitu, walaupun dah dibuka sarungnya, Public Gold tetap akan beli balik emas ni mengikut harga belian semasa selagi mana beratnya masih maintain sama.


Gambar kat sebelah kanan ni pulak adalah contoh emas Pamp Suisse 10g yang tidak dibuka sarungnya. Untuk makluman, bagi emas keluaran ini, jika dibuka sarungnya, harga emas tersebut akan jatuh 10% (bergantung kepada kedai emas tersebut) Sebab tu saya tak buka sarung dia..biar macam tu je la..teringin pulak nak pegang emas tu tanpa sarung..hehehe


 7. Stok sentiasa ada

Disebabkan Public gold ada kilang sendiri, jadi takde masalah nak bekalkan emas kepada customer. Harga emas tinggi ke harga emas rendah ke bekalan tetap ada untuk semua customer. Maaf tiada gambar kilang untuk saya masukkan kat sini..hehehe

8. Mempunyai Sijil ketulenan Emas yang sah

Kalau kita tengok gambar kat sebelah kiri ni, dekat situ ada signature assayer. Assayer ni adalah org yang bertanggungjawab untuk tentukan emas ni tulen ke tak tulen ke mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kalau tulen baru la emas beserta sijil tu dikeluarkan.

Ha satu lagi, Abdul Shukor Anuar ni bukan la si Syukor yang dok bagi ceramah pasal emas tu yang tu nama dia syukor hasyim. heheh..kalau dia yang sign dah tentu dia cakap emas tu tulen.

Assayer ni adalah orang berkecuali...tak ada apa2 kepentingan terhadap Public Gold.

 9. Mempunyai cawangan di seluruh Malaysia (mudah dibeli dan dijual)


Sebut saja Public Gold, sekarang ni mesti ramai dah tau..mana taknya, sekarang ni setiap negeri dah ada branch Public Gold. Lebih mudah, lebih meyakinkan.

Mana taknya, kalau dulu, nak beli emas Public Gold ni mesti kena turun Penang. Tapi sekarang ni tak payah susah2 turun Penang. Nak emas boleh terus pergi ke cawangan Public Gold. Cawangan terkini di Kota Kinabalu & Kajang.


 10. Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer yang berkelayakan (mencipta rekod “The Malaysia Book of Records”)

11. Cantik (Boleh dijadikan sebagai hadiah)

Hah, disebabkan emas ni cantik, so boleh la bagi sebagai hadiah. Hadiah hari ibu, hari bapa, anniversary, hari jadi. Hadiah anak excellent dalam exam...Kalau ada niat nak bagi hadiah tu boleh la bagi kat saya ya..

Kepada mereka yang belum berkahwin dan ada rasa macam nak berkahwin tu, apa kata kita tukar trend bagi hantaran dalam bentuk emas??

Harga Minyak Vs Harga Emas

Assalamualaikum wbt dan Salam Ceria,


Saya doakan semoga semua rakan-rakan seperjuangan especially customer dan dealer-dealer di rangkaian "My Public Gold Investment" berada dalam keadaan yang sihat dan gembira selalu. Semoga anda terus kaya ilmu, kaya masa, kaya kesihatan, kaya harta dan the best is kaya bahagia :) Semalam saya terbaca dalam Berita Harian Online, harga minyak petrol dijangka turun. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETRONAS jangka harga minyak turun


2012/06/09

PETRONAS menjangkakan harga minyak akan mengalami penurunan susulan keadaan ekonomi tidak menentu, kata Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutifnya (Perniagaan Hiliran), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin. 

“Kami tidak yakin bagi suku akan datang disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu, manakala China dan India mula menunjukkan pertumbuhan lemah,” katanya pada pelancaran penyelesaian teknologi minyak dan gas baru PETRONAS di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran itu diadakan di hari terakhir Persidangan Gas Sedunia Ke-25.
Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata PETRONAS masih mampu menampung bekalan minyak bagi loji penapisannya susulan sekatan ke atas Iran bermula lewat bulan ini. 

“Kami mempunyai sumber. Selagi boleh mendapatkan jenis minyak yang betul dan berkualiti bagi loji penapis, kami masih boleh bertahan,” katanya. 

Beliau berkata, margin operasi penapisan akan mengalami tekanan, tetapi PETRONAS memastikan pengurusan kos operasi lebih baik. 

“Margin penapisan berdepan banyak cabaran, tetapi kami perlu beroperasi dengan lebih baik berbanding pesaing,” katanya. 
PETRONAS memperkenalkan lima penyelesaian teknologi dan teknikal baru berkaitan industri yang mengoptimumkan nilai pengeluaran hidrokarbon dan meningkatkan kecekapan operasi, produktiviti dan keselamatan dalam persekitaran operasi minyak dan gasnya. 

Lima penyelesaian itu merangkumi bahagian penghapusan pencemar, sistem pembaikan saluran paip, pengesanan gas berbahaya dan kebakaran, sistem penyeliaan meter tepat masa dalam talian dan sistem pengasingan cecair dan gas bersepadu. – BERNAMA



Untuk sumber asalnya, sila klik di sini: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONASjangkahargaminyakturun/Article)
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa kaitan antara harga minyak dan harga emas? Saya cuba mencari bertanya dengan rakan-rakan dealer emas tentang isu ini. So far belum ada yang memberi jawapan yang tepat.




Dua graf harga emas dan minyak semasa dunia di atas menunjukkan prestasi kedua-dua komoditi ini bagi tempoh 1 bulan iaitu bermula 9 May 2012 sehingga 9 Jun 2012. Graf ini mungkin boleh membantu kita untuk membuat analisis sendiri. Para pembaca dialu-alaukan memberi komen membina tentang isu ini :) Saya akan update the latest info dari masa ke semasa :)


Anda belum terlambat untuk membeli emas pertama atau untuk menambah stok emas anda. Sesungguhnya apa yang lebih penting ialah berapa harga jual emas anda nanti. Ramai orang menunggu untuk membeli emas dengan harga yang PAALLLIIING rendah...tapi tak untung-untung! Kenapa? Oleh kerana dia membeli pada harga yang rendah, dia SAYAAANNG nak jual. Sedarlah wahai kawan-kawan, jika harga naik katakan 10-15%, jualkan emas anda. Selagi anda tak jual selagi itulah anda tak untung. Bak kata Sifu Faizan Pelabur Jutawan, katakan kita ada nasik ayam. Logik kah kita kenyang kalau kita tak makan nasik tu? Hmmm....fikir-fikirkan. 


Jika anda ingin mengetahui tentang pelaburan emas ini, jangan fikir dua kali, just sms/email me your question. Dealer di rangkaian saya akan diberi bimbingan intensif...kerana bagi saya, "Kalau I untung, U pun mesti untung jugak :)" InsyaAllah. 


Ikhlas,
Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer
cgharyati@gmail.com
019-8899467

Berbaloikah berHUTANG Untuk Membeli EMAS?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan ceria selalu. Rancangan saya untuk membawa anak-anak ke library petang ini terpaksa dibatalkan disebabkan perkara yang di luar kawalan. Yalah, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Pun begitu, saya tukar strategi...pasang aircon di ruang study for 2 hours, tutup tv pastikan anak-anak buat latihan. Ikmal buat soalan past year subjek Sains dan Irdina dengan homework Mandarin yang memang tidak mampu mamanya bantu. Alhamdulillah ada abangnya, Ikmal yang sudah lebih mahir...sekali sekala Dina menggunakan 'google translate' untuk membantunya :)


Sementara masih dalam cuti sekolah, saya ingin nak share tentang berbaloikah berhutang untuk membeli emas? Kalau berhutang membeli rumah atau hartanah atau kereta itu perkara biasa kan. Saya boleh katakan hampir 100% kita memiliki kereta dengan cara berhutang! Kalau ambik loan 5 tahun, maka tiap-tiap bulan dalam tempoh 5 tahun itu kita MESTI memperuntukkan wang untuk membayarnya. Adakah kereta itu aset kita? Jika kita membeli kereta untuk disewakan, maka kereta itu akan menjadi aset kita. Kenapa? Sebab kereta yang kita sewakan akan menambah pendapatan kita. Jika kereta itu kita naiki untuk pergi kerja, balik kerja, untuk hantar anak ke sekolah atau isteri ke tempat kerja, kereta itu dikategorikan sebagai liabiliti. Kenapa? Kerana ia tidak membantu menjana kekayaan kita dan nilainya sentiasa menyusut dari tahun ke tahun!


Bagaimana pula dengan kes rumah? Berbaloikah membeli rumah dengan berhutang? Rumah memanglah satu keperluan. Untuk mengecapi kebahagiaan berkeluarga, sepasang suami isteri sudah semestinya akan meletakkan impian memiliki rumah sendiri sebagai priority...Rumah dan hartanah memanglah suatu aset. Kenapa? Harganya tidak pernah berkurang apabila masa bertambah. Kalau kita beli rumah 10 tahun lepas dengan harga RM100 ribu, tidak mustahil sekarang ia bernilai RM300 ribu! Jadi, adalah amat berbaloi untuk kita membeli lebih rumah walaupun dengan berHUTANG. Inilah yang dinamakan HUTANG BERBALOI or "SUPERLOAN" :)


Hmm...now, berapakah nilai 1 gram emas, 12 tahun lepas? Kalau soalan ini diberikan kepada saya, senang sahaja saya nak menjawabnya. Sebabnya sebaik sahaja Ikmal lahir pada tahun 2000 iaitu 12 tahun lepas, Allahyarham mak mertua saya (Al-Fatihah buat ibu mertua saya yang tersayang, Hajjah Halimah Hj Dawi...once a perfect mother in law will be always the perfect one...) mengingatkan suami saya untuk membelikan cincin emas buat kenangan bagi kelahiran bayi sulung kami. Masa itu harga emas hanyalah RM41/gram.


Resit belian cincin emas sempena kelahiran Ikmal.. RM41/gram
Cincin emas ini bukanlah untuk dipakainya tetapi untuk dijadikan kenang-kenangan.


Muhd Ikmal Hakimi ketika berumur 10 hari...Baby bagus menangis kuat sekali-sekala, exersice paru-parunya...Nasihat saya kepada ibu muda, umur 0-6 tahun ini gunakan sepenuhnya untuk membaca buku kepada anak-anak...inilah 'time download' bak kata Prof Muhaya :)

Frankly speaking, saya ini orangnya jenis yang praktikal...saya tidak meminati barang kemas daripada emas...pelikkan? Kalau ikutkan sayalah, memang takkan beli cincin emas untuk kenang-kenangan kelahiran  anak...maybe i will buy something yang lebih praktical ...contohnya stoller dll...Seumur hidup saya,   baru awal tahun ini saya membeli seutas gelang emas! 
Pecah rekod...Barang kemas yang pertamaku setelah 15 tahun bekerja :)

Apa yang dipakai sekarang, cincin, rantai emas, semuanya ada sentimental value...orang tersayang yang hadiahkan :) Maybe sebab saya mengajar dan mengamalkan subjek Fizik dalam kehidupan maka sebab itulah peribadi saya jadi begini...hahaha! Lucu pulak :) Fizik banyak memfokus kepada efficiency...kecekapan! Dalam apa jua ciptaan, Ahli-ahli Fizik biasanya akan cuba untuk mengurangkan kehilangan tenaga...means kurangkan pembaziran.


Contohnya, setiap kali vacuum cleaner digunakan akan ada bunyi bising kedengaran dan vacuum cleaner menjadi panas. Jika bil elektrik kita untuk penggunaan vacuum cleaner ialah RM10... sebenarnya mungkin kita hanya membayar RM5 untuk kuasa vacuum cleaner itu menyedut debu, RM3 untuk bunyi kuat yang memberi signal kepada jiran kita sedang membersih rumah (hahaha!) dan RM2 lagi untuk haba yang dihasilkan! Maksudnya inefficient...kurang cekap...


Ok, ok...melalut pulak saya. Persoalannya sekarang, kalau 12 tahun lepas harga emas ialah RM41/gram, berapakah harga emas sekarang? 


Merujuk kepada harga semasa emas, 10 g emas harganya RM1788. Maksudnya sekarang harga emas ialah RM178/gram!
RM41/gram (12 tahun lepas) ------>  RM178/gram (sekarang)
Kenaikkan sebanyak 330% dalam masa 12 tahun.


Kalaulah rumah mengalami kenaikkan harga yang sama (iaitu 330%), rumah yang harga yang harganya RM100 ribu 12 tahun lepas akan bernilai RM430 ribu sekarang! Perlukah saya menunjukkan cara kiraannya? Kalau perlu, just komen. Saya akan tunjukkan :)


Subhanallah...Sungguh beruntung jika kita ada ilmu ini 12 tahun lepas...Kalau saya ada ilmu ini 12 tahun lepas, saya dah buat personal loan untuk membeli emas hihi...bayangkan berapa nilai aset saya sekarang jika saya berbuat demikian. 
Sekarang emas seberat 250g ini berharga RM43,663...12 tahun lepas harganya hanya RM10,250 sahaja...


Apapun kita masih belum terlambat jika kita sedar dan terus bertindak sekarang. Sekarang kita lebih beruntung kerana terdapat banyak islamic personal loan yang membolehkan kita tidak terlibat dengan unsur riba'. Contohnya, bank rakyat ada menawarkan islamic personal loan dengan kadar serendah 3.25% setahun jika kita buat loan untuk 3 tahun. Jika melebihi 3 tahun kadarnya melebihi 3.25 % setahun. Saya nekad untuk membuat loan untuk 3 tahun, dengan mengambilkira bayaran sebanyak kenaikan gaji setiap bulan saya baru-baru ini. Maksudnya ialah katakan kenaikan gaji saya ialah RM400, maka saya ambik jumlah loan yang hanya memerlukan saya membayar RM400 setiap bulan selama 3 tahun. Maka, ianya tidak mengganggu keselesaan hidup kami  atau budget saya. Dan jangan lupa insyaAllah gaji kita akan naik setiap tahun...itulah kelebihan government servant seperti saya :) Satu hari nanti, setelah mendapat keuntungan berganda, insyaAllah saya akan kongsikan tips menjana kekayaan menggunakan teknik superloan ini. "InsyaAllah, InsyaAllah, i'll find my way"(nyanyikan mcm lagu Maher Zain :)

Kenapa saya menekankan tentang islamic loan? Perhatikan ayat berikut...larangan jelas tentang Allah mengharamkan riba:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." 

~Al Baqarah : 278~


Junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, seperti diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim, bersabda yang bermaksud:


"Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil)."



Sesunguhnya apa yang saya kongsi di sini adalah ikhlas dari hati ini. Ikhlas untuk melihat lebih ramai rakan-rakan terutamanya yang muslim mencapai financial freedom suatu hari nanti. Sesungguhnya kita memerlukan lebih ramai muslim yang mampu membayar zakat bagi membantu rakan kita yang kurang bernasib baik. Niatkan dengan menyimpan emas ini, kita mampu contribute to society. 


Segala yang baik itu telah Allah ilhamkan kepada saya...Segala yang buruk itu adalah daripada kelemahan saya sendiri.


Jika ada soalan tentang pelaburan emas, saya sedia membantu. Sesungguhnya
"Jika anda beli, saya untung...
Jika anda tak beli, anda tidak untung TETAPI saya tetap untung" :)


Sedia menerima komen dan berkongsi ilmu dengan ikhlas :)
HARYATI BINTI MOHD SARKAWI
Priority Dealer Public Gold,
018-8899467
cgharyati@gmail.com











Hanya RM2 sehari Untuk 1 Dinar Setahun!

Assalamualalaikum wbt & Selamat Berhari Minggu...


Sekarang dah pukul berapa? 1.02 a.m. Saya baru saja ke dapur...bau my mum's homemade coconut bun dah sik dapat gik dilawan. Tergoda juak akhirnya...Eating at nearly 1 o'clock in the morning...Actually mak siap bakar roti at 9pm just now. So sejak 9 pm until now bau rotinya memang memenuhi di segenap ruang in our "home sweet home" ini...Tadik kamek jual mahal...sik mok nak makan...Hmm...now lain pulak jadinya...mcm nak sahur pulak! 


Bun coconut yang special...Inti nyiur pun dr buah nyiur pokok tanam dirik mpun kat tepi rumah mak!

My mum is an amazing mum...bermula daripada roti canai untuk breakfast...lunch, dinner and roti for supper semuanya masakan sendiri. Setiap hari memang mcm tu...Makan di kedai? Setahun sekali pun susah...kalau ada pun semuanya kami adik-beradik yang tapau...


Dah kenyang, mata pun dah mula mengantuk tapi eisy...eisy...not a good practise..."Jangan tido dolok Tie!" Makan jam 1.00 am kalau bukan niat untuk berpuasa pada keesokan harinya pun bukanlah satu tindakan yang patut mendapat pujian. Hahaha...Dah jam 1.00 pagi kah ini? Rumahku riuh-rendah! Look at this picture. I took it about 5 minutes ago...
Perhatikan...masing-masing ada aktiviti sendiri! Mata nampak mengantok...tp semangat ber'kazen' mengatasi segalanya! Al-maklum, dapat berkumpul seperti ini pun setahun 2 - 3 kali je!


Irdina & girls cousins sibuk dengan design balloon yang dibeli di Kedai Buku Popular petang tadi...sementara Ikmal & boys cousins sibuk main 'bola' team Brazil lawan Spain...takpelah...esok dah nak balik Kuching. Biarkan mereka enjoy sekali-sekala...Biarkan mereka mencipta pengalaman zaman kanak-kanak yang pastinya sangat seronok untuk dikenang bila mereka dah berumur suatu hari nanti :) Esok kami nak balik ke Kuching...driving for at least 6 hours... bolehlah Ikmal & Irdina berdengkur kat dalam kereta hihi... and next week, starting Monday, i will bring my kids to state library...for an intensive UPSR revision  :)


My son will be having UPSR this year 2012...tinggal 2 bulan lagi...Pejam celik, In 2015, ambik PMR...In 2017, ambik SPM...insyaAllah. Begitu cepat masa berlalu. Kalau saya tak careful, i might miss all this precious moment. Ramai kawan-kawan guru saya, akibat sibuk dengan result pelajar masing-masing di sekolah, tanpa disedari study anak sendiri terabai ! For me, i want both...result anak didik di sekolah cantek...result anak sendiri pun sama canteknya :) I keep on telling my kids..."Alhamdulillah, mama syukur gilak Allah kurniakan mama dengan anak yang sangat pandei...So, mama maok Ikmal struggle for UPSR...Mun dah usaha masih sik dapat perfect score, it's ok...sikda apa nak dikesal. Tapi mun sik belajar n dapat result terok...then, mama akan kecewa..." 


"Sangat pandei???" Bukanlah niat nak angkat bakul sendiri. My son, Ikmal Hakimi, now 12 years old is very good in computer things compare to his age...now dah boleh "jailbreak" iphone! Tak perlu hantar kedai hihi...time umur 8 tahun pun dah boleh guna software adobe illustrator, buat movie guna movie maker, guna perisian solid edge dan lain-lain...To view project besar kami bermula 3 tahun lepas ketika umurnya 9 tahun, SILA KLIK DI SINI! InsyaAllah, saya akan cuba untuk share pengalaman saya mendidik anak dalam pendidikan di blog saya ini...Yalah, sambil cerita tentang emas fizikal, tak salah rasanya jika saya ceritakan tentang mendidik ASET kita yang JAUH lebih berharga daripada emas berkilo-kilo :)


Untuk perbelanjaan pendidikan anak-anaknya, saya pun tidak mahu ketinggalan. Oleh kerana masa berlalu terlalu cepat, sebagai ibubapa yang PRIHATIN dan BIJAK kita perlu plan untuk pendidikan anak...Mulakan membeli emas sekerap dan sebanyak yang mampu tanpa menjejaskan keselesaan hidup kita. Tak mampu? Mahal sangat ke emas PG? Jika kita dapat menyimpan duit sebanyak RM2 sehari. In 1 year time, kita akan mampu membeli 1 dinar! Tak percaya? Oklah kita buat kiraan matematik.


Merujuk kepada jadual PG SELL di atas, harga 1 dinar ialah RM726.00...Satu tahun ada 365 hari...
 RM726 bahagi 365 = RM2.00 sehari
Maksudnya kalau kita buat tabung, masuk RM2 setiap hari dalam tabung, dalam masa 1 tahun cukup untuk beli 1 dinar...


Jika target nak beli 10g, sehari kita perlu simpan berapa pulak?
                      RM1786 bahagi 365 = RM5.00 sehari
Kesimpulannya, jika kita ada ilmu dan alert dengan perkembangan semasa, pastinya kita akan lebih BIJAK mengatur strategi...Untuk membeli emas fizikal pertama anda, segeralah menghubungi saya. InsyaAllah, saya sedia membantu dan melayan pertanyaan anda :)


Ikhlas berkongsi ilmu hanya kerana Allah s.w.t.,
HARYATI MOHD SARKAWI
Priority Dealer Public Gold
019-8899467 // 019-8868494
cgharyati@gmail.com



Public Gold Terokai ASEAN

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,


Bertemu kembali kita di alam cyber ini...MasyaAllah...rupa-rupanya ada lagi dunia lain selain daripada dunia yang realiti ini...Tidak lupa, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada rakan-rakan yang menyambutnya di seluruh kepulauan Borneo terutamanya kepada rakan-rakan di Sabah dan Sarawak.


Untuk kami yang tidak menyambut Perayaan Hari Gawai ini, kami juga sebenarnya menumpang bahagia bercuti panjang...Kiranya panjang juga cuti suami saya...Jumaat-Isnin...Kesempatan ini membolehkan kami sekeluarga balik menziarahi ibubapa di kampung...


Alhamdulillah...sekarang saya dan keluarga berada di "my home sweet home"...rumah yang menyaksikan zaman kanak-kanak dan zaman remaja saya...hmmm...Sesungguhnya tiada yang lebih membahagiakan selain daripada dapat menatap wajah ibu dan ayah tercinta...teringat kata-kata seorang ustaz, "Mahukah ku khabarkan kepadamu tentang 3 perkara yang apabila dengan melihatnya sahaja kalian akan mendapat pahala?"...3 perkara itu ialah:
1. Melihat wajah ibu bapa
2. Melihat Kaabah
3. Melihat Al-Quran

MasyaAllah, hanya dengan memandang wajah ibu dan ayah sahaja kita telah dijanjikan pahala oleh Allah s.w.t. Belum lagi kita membuka mulut, menyebut perkara yang baik-baik kepada mereka...belum lagi kaki kita melangkah ke arah mereka...belum lagi tangan kita bekerja untuk mereka...sudah dapat pahala...Jika kita nampak 'pahala' itu seperti ketul-ketul emas, for sure takkan ada ibu bapa yang terlantar di rumah-rumah kebajikan! 


Oleh itu jom kita sama-sama terus menghargai ibubapa dengan berbuat baik dan sentiasa mendoakan mereka. InsyaAllah, anak-anak kita nanti juga akan berbuat demikian suatu hari nanti. Amin.

Hari ini melakarkan satu lagi sejarah dalam pengalaman saya sebagai Priority Dealer Public Gold. Saya ingin mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan Priority Dealer Pertama saya...iaitu En. Hamidoon Jaafar. Specialnya ialah kerana beliau berasal dari negara jiran kita iaitu Brunei Darussalam. So, untuk rakan-rakan di Brunei, boleh hubungi En Hamidoon di talian +6738726161 untuk membuat belian emas pertama anda :)
Keratan Akhbar menunjukkan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah semasa merasmikan Wisma Public Gold di Pulau Pinang pada 15 Mac 2011 yang lalu

Ini jelas membuktikan Public Gold sudah diterima di pasaran antarabangsa. Branch di luar negara pertama PG akan dibuka di Singapura dalam masa terdekat. Foundation yang kukuh insyaAllah akan menyaksikan Public Gold sebagai company emas yang akan bertahan lama dan akan terus berkembang di pentas antarabangsa. Nasihat saya untuk rakan-rakan yang sudah ada ilmu, segeralah bertindak agar anda tidak jauh ketinggalan :)...Untuk yang belum ada ilmu, bertanyalah...teringat saya kepada perpatah cina yang bermaksud, "He who ask is a fool for 5 minutes but he who do not ask is a fool FOREVER!"

Sesungguhnya saya juga tidak menjangkakan percutian di kampung kali ini juga boleh generate income. Mak sempat menegur saya tadi,"Best na juak..dudok depan komputer pun boleh ada gajikah?...sikda berpeluh pun dah dapat duit!" Alhamdulillah, rezeki Allah bagi...sebagai hambaNya kita mesti sentiasa bersyukur. Untuk yang suka pendapatan pasif, jika anda ada modal sebanyak minimum RM20k, lock lah produk Public Gold dalam 1 resit... Dengan berbuat demikian, anda boleh enjoy komisen 1% daripada belian anda, termasuklah belian pertama RM20k tadi...Setelah menjadi dealer, anda boleh membantu rakan-rakan anda untuk lock kan harga emas...Untuk setiap transaksi, anda akan mendapat komisen 1%. Oneday katakan anda ingin menjual emas anda, akan juga akan diberi komisen 0.5% di atas harga jualan anda. Lumayan bukan? Jika anda ingin membeli atau mendaftar sebagai dealer, sila sms nama, no tel, email dan item yang hendak dibeli  kepada saya di 019-8899467 atau boleh juga email saya di cgharyati@gmail.com


Ha...satu lagi berita baik...Sepanjang Bulan Jun ini sempena Hari Bapa, Public Gold mengadakan promosi, beli minimum RM20k dalam 1 resit percuma 10 dirham! Harga 10 dirham ialah sekitar RM120...Maka jika anda membeli RM20k dalam 1 resit anda akan mendapat komisen 1% which is RM200 plus 10 dirham...maka keuntungan bersih anda ialah RM330 lah...Cuma kena cepatlah sebab promosi 10 dirham ini terbuka kepada 200 pembelian yang terawal sahaja!


Promosi Istimewa Hari Bapa















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger