Home » » Prestasi emas dan perak terkini

Prestasi emas dan perak terkini

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Semoga rakan-rakan sekalian ceria di pagi Ahad ini. Saya menaip post kali ini ditemani oleh siri temubual dalam radio ikim. Anda juga boleh mendownload program seperti "Islam Itu Indah" bersama Prof Dr Muhaya dan juga "Mukmin Profesional" bersama Ust. Pahrol Muhd Juoi di link ini. SILA KLIK DI SINI 
Prof Dr Muhaya, my sweet idol...masyaAllah...
sentiasa nengar suaranya on the way turun kerja dan hantar & ambik anak dari sekolah...
Ustaz Pahrol Muhd Juoi, idea dan pendekatannya yang mengaitkan sains especially Fizik dalam siri temubualnya sedikit sebanyak membuka minda minda saya dan membantu dalam karier saya sebagai seorang guru fizik...


Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada siri temubual di radio ikim yang kita boleh download dengan percuma di link yang saya attach di atas. Sebagai seorang muslim, kita memang dituntut untuk menambah kekayaan ilmu :) Semoga kita sentiasa positif dalam hidup dan sentiasa tahu tujuan hidup kita iaitu untuk mencari redha Allah.


Bercakap tentang kekayaan, kita juga dituntut untuk menambah kekayaan. Sesungguhnya kemiskinan adalah satu penyakit dan masalah yang harus ditangani. 


Sabda Rasulullah, bermaksud: "Hampir orang yang fakir miskin itu membawa kepada kekufuran." - (Riwayat Abu Namin daripada Anas) 

Rasulullah pernah berdoa, memohon perlindungan Allah agar menghindarkan dirinya daripada kemiskinan seperti sabdanya bermaksud: "Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon perlindungan-Mu daripada kekufuran dan kemiskinan." - (Riwayat Abu Daud). 

Sabda baginda lagi, bermaksud: "Ya Allah! Sesungguhnya aku minta perlindungan-Mu daripada kekafiran, kemiskinan, kehinaan dan aku mohon perlindungan-Mu daripada menzalimi." - (Riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah).


Sesungguhnya muslim yang kaya akan membantu menaikkan ekonomi ummah. Maka, jika kita bekerja janganlah lupa untuk berniat di dalam hati agar kita tergolong dalam golongan yang boleh mengeluarkan zakat pendapatan. Jika kita melabur emas dan perak, kita juga patut berasa bangga kerana jika cukup nisab dan haulnya kita juga boleh mengeluarkan zakat emas dan perak juga :) MasyaAllah. Oklah panjang cerita saya pagi ini. 


Hari ini saya nak berkongsi dua gambar yang menunjukkan kedudukan harga emas & perak pada hari ini.
Harga emas dan graf prestasinya selama 3 hari

Harga perak dan graf prestasinya selama 3 hari


Walaupun graf terkini warna hijau adalah dalam posisi menaik, sebenarnya ia masih di garisan support. Bermaksud harga emas dan perak masih di tahap yang sangat rendah. Memang sekarang ialah masa yang paling sesuai untuk membeli. Lebih tepat kalau saya katakan, untuk MEMBORONG..hehe...sebab memang murah! Untuk makluman, harga hari ini adalah lebih rendah daripada harga semasa saya mula membeli emas pertama saya (oktober 2011) untuk terus menjadi dealer PG. Emas saya masih lagi dalam keadaan fizikal asalnya seperti masa saya mula beli dulu. Walaupun harga drop sekarang, berat emas saya tetap sama. Berbeza jika saya memilih untuk menyimpan di unit trust yang lain...jika harga unit trust drop, maka duit saya juga menjadi kurang. Untuk kes emas saya, saya akan terus simpan. Saya yakin hujung tahun nanti saya akan dapat menjualnya untuk enjoy keuntungan melebihi apa yang saudara perolehi di amanah saham...insyaAllah. Apapun saya akan cuba share pengalaman saya di sini.


Jika anda membeli produk Public Gold mencecah RM20k dalam 1 resit, anda boleh mendapat 1% komisen daripada belian pertama anda dan juga belian yang seterusnya. Sila sms/email kepada saya : nama penuh, no. kad pengenalan, no. handphone dan email anda. Sila nyatakan juga item yang ingin anda beli dan di mana lokasi anda. Walau di mana anda berada, saya masih boleh membantu anda. Sekarang dunia tanpa sempadan. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari. MasyaAllah. Untuk tahu kelebihan menjadi dealer, SILA KLIK DI SINI


Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


Ikhlas,
HARYATI BINTI MOHD SARKAWI
Public Gold Authorised Priority Dealer A9873
019-8899467 / 019-8868494
cgharyati@gmail.com



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger