Home » , , , , , » 7 Perubahan Positif Saya Sejak Melabur Emas Public Gold

7 Perubahan Positif Saya Sejak Melabur Emas Public Gold

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Selamat Hari Pekerja, saya nak mulakan Hari Pekerja tahun ini dengan me'reward'kan diri sendiri dengan 1 keping 10 dirham. Kalau setiap tahun saya berdisiplin me'reward' diri sendiri dengan 1 keping 10 dirham, time bersara nanti saya akan ada 20 keping 10 dirham...Ha, sure boleh teka berapa dah umur saya kan...Hmm..saya akui saya lewat sedar tentang pelaburan emas dan perak ini...tapi once sedar saya terus bertindak..Alhamdulillah, sejak mula melabur emas pada 10/10/2011, saya gembira dengan perubahan pengurusan kewangan family. 
10 dirham pertama saya dengan no. siri P001000...
what an interesting coincident :)


1 dinar, 2 dinar & 5 dinar dalam koleksi

Save link untuk post saya hari ini, oneday maybe 20yrs akan datang kalau dah pencen boleh rujuk semula harga dinar dan dirham yang kita beli hari ini :)
Jadual di atas menunjukkan harga produk DINAR & DIRHAM pada pagi HARI PEKERJA...
1 MEI 2012.


Baiklah, hari ini saya nak share perubahan ketara setelah saya melabur emas...rakan2 pun boleh kongsi pengalaman di sini...Apakah perubahan ketara dalam pengurusan kewangan saya? Ada 7 improvement saya iaitu:

1. Sudah ingat jumlah gaji bulanan
Saya sudah 15 tahun berkhidmat. 14 tahun lepas, saya tidak hafal pun jumlah gaji bulanan saya...Hanya ingat nombor 1 digit di depannya sahaja! Lucu bukan? Saya percaya bukan saya sorang sahaja begini. Ramai guru lain seperti saya. Apa yang kami tahu, tiap hari kami mengajar dengan ikhlas, hujung bulan 'cucuk' mesin, keluarkan duit untuk bayar kereta dan bil rumah...shopping...dan proses yang sama berulang setiap bulan. Tapi sekarang sejak melabur emas, saya dah mula alert dengan berapa jumlah gaji sebenar saya. Kenapa? Saya cuba tukarkan extranya ke bentuk emas sebab saya dah ada ilmu dan tahu bahawa emas mampu mengekalkan NILAI sebenar wang simpanan saya. Emas kalis inflasi :)

2. Menjual semua unit trust PUBLIC MUTUAL
Saya mula membeli unit trust pada tahun 2008. Dari masa ke semasa saya tambahkan pelaburan mengikut kemampuan. Agent unit trust kami menyatakan bahawa unit trust ini boleh memberikan kami  keuntungan purata sehingga 20% setahun...Dan satu lagi katanya ialah "pelaburan ini adalah untuk jangka panjang". So saya pun labur dan biarkan ia tidur...sampai ke satu tahap saya tak ingat pun berapa yang telah dilabur dan tidak pernah semak pun bagaimana prestasi unit trust yang saya beli! Ditakdirkan selepas membeli emas PG, saya pun mula menyelidik unit trust saya. MasyaAllah, purata untung saya hanya 3% sahaja. Lebih rendah daripada untung dividen bonus ASB! Kenapa? Walaupun ada unit trust saya mencapai kenaikan sehingga 12% setahun, tetapi kebetulan 2 SAHAM yang PALING banyak saya laburkan RUGI!  So, saya pun monitor seminggu dua dan akhirnya menjualkan SEMUA unit trust saya pada bulan december 2011. Kebetulan pulak harga emas merudum pada masa saya menerima cash public mutual saya. So apa lagi, saya pun beli emas kecil2, 1 dinar, 10g dan 20g...yang sudah pun memberikan saya purata keuntungan 6% sejak Januari lepas...Alhamdulillah...
Ada 7 saham Public Mutual yang saya beli dulu. Semuanya saya dah tukar ke emas fizikal :)

Kalaulah saya tahu awal tentang pelaburan emas ini seawal saya membeli unit trust ini, for sure dah berganda dah untung...tapi better tahu dan sedar sekarang daripada tak tahu dan tak sedar langsung :)

3. Membuat personal loan Bank Rakyat selama 3 tahun dengan charge 3.25% setahun. 
Saya tidak pernah membuat personal loan. Sebabnya? Saya anggap berhutang adalah NEGATIF. Saya hanya berhutang untuk membeli kereta dan rumah. Awal tahun ini saya membuat loan Bank Rakyat dengan kadar yang rendah. Untuk enjoy 3.25% ini, tempoh pinjaman maksimun ialah 3 tahun. Loan ini islamic so saya tidak khuatir dengan unsur riba....Loan ini saya tukarkan ke bentuk emas fizikal PG. Satu hari nanti insyaAllah saya kongsikan pengalaman saya. Untung ke rugi? Sekarang saya belum ada pengalaman sendiri. Hasil bacaan dan pengalaman rakan-rakan, so far semuanya mendapat hasil yang POSITIF. Saya yakin saya pun akan mendapat outcome yang POSITIF, insyaAllah :)

4. Tidak bertangguh mengisi Borang E-Filing LHDN. 
Pada tahun-tahun lepas, biasanya saya dan suami mengisi borang ini last minit. 28 April, barulah kami terkial2 nak isi. Tapi tahun ini, TIDAK LAGI! Borang e-filing LHDN saya dan suami dah isi sebaik sahaja kita dibolehkan mengisinya secara online. Duit rebate PCB (Potongan Cukai Berjadual) telah pun saya dan suami terima dalam masa 2 minggu selepas borang diisi iaitu sebelum 25Mac2011 yang lalu. Bayaran zakat membolehkan saya mendapat rebate 100% PCB cukai saya. Duit tersebut dah pun saya laburkan dengan membeli emas :)

5. Jelas dengan Cara Pengiraan Dividen & Bonus ASB
Saya menghantar email kepada pihak ASNB untuk mendapat cara kiraan yang tepat untuk dividen dan bonus ASB sila klik di link ini: "Bagaimana Mengira Dividen & Bonus ASB" 
Rupa-rupanya, untuk duit kita diambilkira bagi pengiraan dividen bagi bulan-bulan tertentu, kita mesti simpan duit di ASB pada 1 hb. Maksudnya jika mempertimbangkan bulan MEI, duit mesti masuk SELEWAT- LEWATNYA pada  1 MEI2012! Bukannya pada tarikh-tarikh yang lain. Kalau dulu saya selalu 'mengejar' tarikh, sekarang tidak lagi.

6. Pandai dah menggunakan Internet Banking 
Dulu saya tidak pernah menggunakan perkhidmatan ini. Sekarang dah pandai. Contoh, bila beli emas, saya transfer sahaja wang secara online, tak perlu dah saya bawak cash yang banyak. Yang bestnya, tambah unit di ASB pun saya buat secara online. Tak perlu dah drive (buang minyak-inflasi harga minyak makin mahal), park kereta (byr kupon parking-kalau lupa letak kupon kena saman pulak RM10...huhu-ada pengalaman!), beratur di kaunter (buang MASA & penat)...Dulu, masih ku ingat, sampai je kat bank...officer kat bank kata, "ASB offline"! Hai stress betul...


Mesti ada yang bertanya, kenapa saya masih simpan dalam ASB? Saya simpan sikit dalam ASB...yalah bak kata urg bijak ekonomi... "pelbagaikan portfolio pelaburan anda!" Poket money anak yang lebih pun, saya galakkan mereka simpan dalam ASB mereka sendiri. Tahu tak, sekarang kita dah boleh bukak akaun ASB anak seawal usia mereka 6 bulan :)

7. Mula Pandai berwakaq
Oklah...this is the BEST part! Part ini saya nak kongsi secara ikhlas. Sik maok ada sikit pun rasa ego dan riak di hati...Nauzubillah... mintak dijauhkan Allah perasaan mcam ya... Tujuan saya berkongsi ilmu ini tidak lain, hanyalah mengharap redha Allah semata-mata untuk menambah pencen kubur saya nanti, insyaAllah. Saya mesti share sebab saya tahu. Saya tak boleh simpan ilmu ini untuk diri sendiri sahaja. Lagipun ada kawan kata ramai lagi yang tak tahu kelebihan berwakaq. Saya pun baru tahu dan sedar tentang tuntutan berwakaq dan kelebihannya bila dengar siaran Al-Kuliyyah pada tahun lepas...Ustaz tu kata, "Semua harta yang kita miliki sekarang, realitinya BUKAN harta kita. SEMUAnya milik Allah...hatta, termasuklah anak-anak kita!" MasyaAllah...Kata Ustaz lagi, "Satu-satunya cara untuk menjadikan harta kita sebagai MILIK HAKIKI kita ialah dengan cara mewakaqkannya" Sebab itulah saya mula mempraktikkannya. 

Now, setiap keuntungan pelaburan emas saya, insyaAllah saya wakaqkan setiap bulan. At least 10% untuk wakaq. Untuk kawan2 yang berminat, kita pun boleh berwakaq secara online...minimum RM10.00. Sila Klik di sini:  "SAHAM WAKAF JOHOR" Ada banyak lagi web yang menyediakan perkhidmatan ini sebenarnya. Boleh 'google' :)  Menyumbangkan wakaq secara online ini bagi saya sungguh mudah, tak kira berapa sumbangan kita mereka akan terima, yang pentingnya kita boleh berwakaq secara ikhlas. 

Ustazah Leeza Juni, rakan sekerja saya yang prihatin pernah memberi saya satu nasihat yang sangat berharga, katanya, " Tie, tiap kali kitak bersedekah, MESTI kitak ada doa dalam hati...doa untuk anak-anak, suami, student kitak...time bersedekah yalah sebenarnya salah satu time doa kita mustajab!" 
Terimak kasih Kak Leeza, hanya Allah ajak yang dapat membalas ilmu yang kitak berik kak...Alhamdulillah sejak mempraktikkannya, rezeki pasif saya mula bertambah, rezeki mengajar di sekolah pun nampak peningkatan minat pelajar saya...family saya semakin bahagia, suami dah jarang kenak migrain... alhamdulillah. Dan tidak dinafikan, setiap kali saya ikhlas memberi, dengan segera Allah gantikan dengan rezeki lain yang berganda banyaknya. Contoh, sabtu 28/4/12, saya membeli 4 kontener untuk diwakafkan ke makmal fizik di sekolah saya...Setiap kontener berharga rm20.90...maksudnya saya spend RM83.60 untuk 4 kontener.
 Mesti BEST nanggar apparatus di makmal tersusun kemas dalam kontener tok kelak...
ada masa kamek akan upload gambar kontener di makmal k :)
 Resit kontener sebagai sebahagian daripada harta wakaq kamek taun tok...alhamdulillah...

Saya spend rm83.60...hari ini baru lepas 4 hari saya berwakaq, untung emas saya dah mencecah rm300++....ada lagi yang waiting list sebab urusniaga belum dijalankan. Benarlah seperti yang terdapat dalam Surah Al Baqarah, ayat 261...

Erti Firman Allah: 

“Perumpamaan (derma atau nafkah) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama satu biji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui”

Semoga apa yang ikhlas saya kongsikan di sini akan memberi manfaat kepada kita semua. Ada individu yang berfikiran negatif menyatakan kita yang melabur emas ini terlalu mengejar kekayaan dunia. Bagi saya bila berhadapan dengan individu seperti ini, saya diam sahaja tetapi dalam hati saya doakan semoga satu hari nanti Allah bukakkan pintu hatinya. Mereka takde ilmu, sebab itulah mereka tidak tahu dan tidak bertindak. Disebabkan itulah saya share ilmu di sini.  Sesungguhnya semakin baik ekonomi kita semakin mampu kita untuk membangunkan ummah...sapa tahu suatu hari nanti berkat usaha kita, kita boleh bangunkan satu yayasan yang dapat membantu dr segi kewangan utnuk anak-anak rakan kita yang ingin melanjutkan pelajaran! 
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lainnya.” 

(Ungkapan hikmah Nabi Muhammad riwayat Bukhari dan Muslim).
Semoga kita beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya segala yang baik itu telah Allah ilhamkan kepada saya pada pagi ini. Segala yang buruk itu adalah kerana kelemahan saya sendiri. Cara yang saya ceritakan di atas, berkesan untuk saya dan family...Saya tidak menjamin ianya juga akan 100% berkesan utk rakan2....artikel ini hanyalah untuk berkongsi pengalaman sahaja. Rakan-rakan sekalian dialu-alukan untuk memberi komen di blog ini. Saya dahului dengan ucapan terima kasih :)









13 comments:

About NUR NADIA abdullah said...

great blog kak,,,,, tq atas ilmunya,,,
moga sentiasa dilimpahi rezeki dari Nya,,, insyaallah

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Alhamdulillah, semoga kita sama-sama mendapat rezeki yang halal dan berkat..amin..

About NUR NADIA abdullah said...

akak,mmg akak tutup trus unit trust tu? saya br je ingt nk masuk,,,,huhu

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Jual habis sebelum average keuntungan akak turn negative value...Hasil bacaan dan pengalaman kawan2, menyebabkan gerak hati akak cenderung ke arah gold investment. Alhamdulillah, average keuntungan akak dalam masa 4 bulan ini mencecah 5.6%...

Admin Emas Public Gold said...

Tahniah Cikgu Haryati! Kmk suka benar part yg last ya ttg wakaf. Memang benar setiap sedekah yg kita berikan akan diganti oleh Allah berkali-kali ganda. Alhamdulillah...

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

TQ dear friend :)
Sharing is caring. Jom kita sama-sama menghidupkan budaya berwakaf :)

Goblogz said...

Pengalaman yg menarik, saya beli dinar sep 2009 n umur sya waktu tu 26thun.

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Alhamdulillah...berapa harga 1 dinar masa tuan beli?

Goblogz said...

saya beli masa tu pada harga RM498, buat mas kawin sebanyak 4 dinar. Last saya beli pada tahun lepas masa emas naik melambung RM 815 1 dinar.

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Tahniah, kerana bertindak awal. InsyaAllah dalam jangka masa 5 tahun lagi, harga Rm815 untuk 1 dinar itu pun akan dianggap murah jugak. Kesimpulannya, bila nak beli kita tak pernah kata emas murah...tp lepas beberapa jangka masa, harga yang dulunya mahal itu akan dianggap murah...Untuk yang belum bertidak, jom sertai kami. Biar kita sama-sama untung :)

Anonymous said...

Menarik.....saya akan mulakn langkah skrg

Luqman Al-Hakim said...

Rasa seronok bila baca blok tok..dapat pengetahuan baru n terima kasih kepada Puan Haryati di atas perkongsian ini

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Alhamdulillah, En Luqman Al-Hakim. TQ so much kerana sudi membaca dan memberi komen. Semoga kita sentiasa diredhai Allah swt. Aamiin.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger