Home » , » Beli emas sekarang. Harga Masih Rendah!

Beli emas sekarang. Harga Masih Rendah!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Doa saya semoga kita semua bahagia di hujung minggu ini. Pagi ini saya masih ke sekolah. Sekolah ganti. Semalam pula jam 8 malam dah tertidur...Bangun jam 2 pagi tadi...Memang minggu ini saya sangat sibuk..tugas seorang guru memerlukan saya bekerja melebihi had masa...

Ahad 15April, saya tidur kurang daripada 2 jam. Kenapa? Saya mengedit video pelajar menggunakan perisian windows movie maker. Sebenarnya saya memberi task kepada satu kumpulan pelajar sederhana untuk membuat 1 video bagi Majlis Perasmian Bulan Sains Math pada 16 April...Tidak dinafikan, pelajar saya memang berusaha utk menghasilkan video yang terbaik. Tetapi malangnya, ia tidak mencapai standard yang saya mahu...Apakah standard saya? Saya inginkan satu video sains yang boleh menyedarkan para pelajar bahawa kita ini hanyalah makhluk yang SANGAT kecil jika nak dibandingkan dengan makhluk Allah yang lain...Saya berharap apabila pelajar lain menonton video ringkas ini mereka akan sedar bahawa mereka mesti sentiasa rendah hati dan tidak sombong dengan apa yang mereka ada...Memandangkan pelajar yang saya amanahkan tadi di tingkatan 5 dan saya tahu bukannya mudah untuk membuat video yang berkualiti...Akhirnya, it becomes my job :) Saya dalam proses meng'upload' video tersebut di youtube...nanti saya berikan link nya...
Proses editing video...

Rabu-Khamis, 18-19 April pulak Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Bahagian Kuching...Saya bimbing 2 team pelajar: Team Solar Car & Team Solar Boat...2 hari bertarung selepas persiapan selama 2 bulan...kedua2 team saya memang hebat...Team Solar Boat menjadi Johan Bahagian Kuching dan bakal ke peringkat Negeri pada bulan Jun nanti. Nasib tidak menyebelahi Team Solar Car...walaupun keretanya terpantas, malangnya ia masuk ke track lawan...so hilang 30 markah utk kelajuan...Apapun SMKBL insyaAllah akan menebus balik kekalahannya next year! Go BL Go!
Congrates to Team Solar Boat. Together we accelerate to the National Level!

Jumaat 20April Meeting Guru-guru Fizik Zon B Kuching pulak...Kita berusaha membuat bank soalan tahun-tahun lepas dalam bentuk word file yang boleh diedit...Akan ada 2 bentuk softcopy yang kami sedang usahakan:
1) Soalan tahun lepas (Paper 1, 2 & 3 + answer scheme)
2) Soalan tahun lepas mengikut chapter (10 chapters)
Untuk guru-guru Fizik di seluruh Malaysia, sila hubungi saya untuk bahan ini. InsyaAllah, soft copy akan siap dan sedia untuk dikongsikan selewat-lewatnya pada akhir bulan Mei ini...

Panjang cerita saya, dah jadi macam diari pulak post saya pada kali ini...Apa yang catatkan di atas adalah rutin hidup seorang guru...Di seluruh Malaysia, ada lagi guru yang jauh lebih sibuk daripada saya. Oleh itu, saya mohon ibubapa support usaha murni guru...Tiada guru yang minta dibalas jasanya...tapi kalau parents support dengan mendidik anak di rumah, lebih mudahlah guru membimbing pelajar :)

Okaylah, post berikut saya perolehi daripada website  "Pelabur Jutawan" (credits to Master Dealer Mr Faizan Dasuki, semoga anda terus kaya dan berjaya :))...Jom kita kita lihat bagaimana prestasi harga Emas dan Perak sejak awal tahun 2012 yang lalu.

Jika anda perhatikan, harga Emas ketika ini sedang bergerak Ranging di dalam kotak berwarna merah dan biasanya bila harga berjaya kotak tersebut akan berlaku pergerakan harga yang besar dan cepat.

TIPS UNTUK ANDA
Jika Baru Ingin Memulakan Belian - Ketika ini adalah paras harga yang sangat sesuai untuk anda bermula kerana penurunan telahpun mencecah sekitar 50% dari kenaikannya yang bermula dari Januari - Februari yang lalu. KLIK SINI untuk membuat belian anda sekarang!

STRATEGI MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN

1. Pilih Produk Emas dengan 'Spread' Rendah.
Spread adalah perbezaan harga diantara PG SELL - PG BUY. Ketika anda membuat belian, harga yang akan anda bayar adalah harga PG SELL, dan jika anda ingin menjualnya kembali kepada Public Gold mereka akan membelinya dengan harga PG BUY.

Di Public Gold, spread adalah 'fix' dalam bentuk peratus iaitu sekitar 4.5% - 8%. Bermakna, lebih rendah kadar Spread Emas yang dipilih, maka lebih banyak dan lebih cepat keuntungan yang akan anda perolehi.

Contoh; kenaikan harga Emas sebanyak 16% bermula Jan - Feb yang lalu. Jika anda memilih produk dengan Spread 4.5%, bermakna keuntungan bersih anda ialah 16% - 4.5% = 11.5%.
Spread Emas Public Gold

10g - 8%
20g - 6%
50g - 5.5%
100g - 5%
250g - 4.5%
500g - 4.5%
1 Dinar - 6%
2 Dinar - 6%
5 Dinar - 5.5%
10 Dinar - 5%

2. Buat "Price Booking".
Untuk memastikan anda dapat membeli pada kadar harga terbaik, buat Price Booking atau Lock Price. Jika anda telah berdaftar sebagai Dealer, anda boleh melakukannya sendiri secara online di Web Public Gold. Jika anda pelanggan baru, anda boleh KLIK SINI.

3. Jimatkan Penggunaan Tunai Dengan Kemudahan EPP.
Easy Payment Purchase (EPP) adalah kemudahan belian Produk Public Gold secara ansuran selama 4 bulan tanpa sebarang interest dikenakan. Untuk contoh jumlah bayaran bulanan dan cara kiraan, rajin-rajinla KLIK SINI.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila hubungi;
  • Haryati Mohd Sarkawi
  • Priority Dealer Public Gold (A9873)
  • H/p : 019-8899467 / 019-8868494
  • Email: cgharyati@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger