BUY GOLD NOW!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...


Inverted HEAD & SHOULDER graph???


Sumber asal idea graf ini adalah daripada Sifu Faizan Pelabur Jutawan. Semoga beliau terus kaya dan berjaya kerana tidak jemu-jemu menganalisis dan berkongsi ilmu tentang portfolio pelaburan emas yang menguntungkan ini...


Perhatikan betul-betul, pattern graf ini sangat menarikkan?
Kalau betullah ianya berbentuk simetri, next month kita boleh ramal harga emas akan naik secara drastik...
Garis "Moving Average" (MA) menunjukkan secara purata pergerakkan harga emas...Setiap kali dua garisan ini bersilang, pastinya para pelabur akan excited nak tengok apakah yang akan berlaku untuk seterusnya! Jom kita bertindak sebelum hanya menunggu dan melihat  kawan-kawan kita berjaya :D


Apapun ini hanya ramalan. Anda boleh monitor sendiri harga emas 24jam sehari. Harga berubah setiap 20 minit kecuali hujung minggu. 


Jika anda berminat untuk membeli emas pertama anda, walau di mana anda berada (Semenanjung, Sabah, Sarawak, Brunei / Singapura) saya boleh membantu. Hubungi saya melalui email cgharyati@gmail.com atau boleh juga private message saya di facebook atas nama Haryati Mohd Sarkawi...Saya sedia memberi khidmat nasihat secara ikhlas dan jujur. Sesungguhnya tujuan utama saya blogging ialah untuk berkongsi ilmu. Tujuan kedua barulah untuk menjual. Semoga pelaburan kita memberi peluang kita untuk lebih banyak mengeluarkan zakat, wakaq dan sedekah. Amin.

Garis Panduan Melabur Emas Perak

Assalamualaikum wbt,

Hari ini kita share artikel menarik tentang garis panduan melabur emas yang ditulis oleh rakan seperjuangan saya iaitu Pn Atika Surini (http://www.emaspublicgold.com/). Semoga Pn. Atika terus kaya dan berjaya kerana ikhlas berkongsi ilmunya. Semoga kita juga sama-sama mendapat ilmu daripada postnya...Jom kita baca...

Untuk menjadi seorang pelabur emas yang serius, perlu ada beberapa garis panduan utama yang menjadi asas pertimbangan ketika membuat pemilihan syarikat yang menjual / mengeluarkan komoditi emas dan perak fizikal ini, kerana mereka juga sebenarnya berperanan untuk mempengaruhi untung dan rugi saya dalam pelaburan ini.

Ciri-ciri yang perlu diambilkira adalah:

1- Pemilihan jenis dan variasi produk yang bersesuaian.
Produk Gold bar dan dinar Public Gold

Produk Silver Public Gold

Sebagai produk pelaburan, variasi emas yang menjadi pilihan perlulah bersesuaian dengan matlamat seseorang dalam membuat pelaburan. Justeru, variasi pilihannya perlulah memiliki bentuk, berat serta ketulenan yang sama agar rancangan pelaburan kita dapat diurus dengan baik.

Dalam konteks ini, emas perhiasan wajar diabaikan kerana ianya tidak memiliki berat, saiz dan ketulenan yang standard.

Di Public Gold, saya mempunyai pilihan variasi produk yang banyak untuk disesuaikan dengan matlamat dan tujuan pelaburan saya, sekaligus ianya membantu untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian.

2- Harga yang kompetitif dan selaras di pasaran antarabangsa.


Disebabkan emas dan perak bukanlah barang kawalan, justeru penetapan harganya adalah bergantung kepada si penjual, dan sekiranya si pelabur tidak tahu apakah justifikasi penetapan harga yang digunapakai oleh si penjual, ianya amat membahayakan posisi seorang pelabur kerana nisbah di antara kadar risiko kadar keuntungan (Risk Reward Ratio) sukar ditetapkan disebabkan ia tertakluk kepada manipulasi harga oleh si penjual.

Sebagai pelabur, yang menjadi perbandingan utama saya bukanlah "Harga Jualan" emas tersebut, sebaliknya "Harga Belian" baliknya yang perlu saya beri keutamaan kerana keuntungan saya ditentukan ketika saya jual, bukan ketika saya beli.

Di Public Gold, harga jualan dan beliannya amattransparent kerana ianya berpandukan kepada harga semasa yang dipaparkan secara Live olehwww.kitco.com, dan Public Gold juga mengemaskini harganya setiap 20 minit sekali mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa dan ianya memberikan kelebihan kepada Pelabur untuk membeli dan menjual semula dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

3- Kadar Spread yang kompetitif.

Kadar spread memainkan peranan yang agak penting kerana spread yang besar akan menyebabkan keuntungan si pelabur sedikit dan lambat untuk mencapai tempoh Breakeven (Balik Modal).
Spread yang kompetitif adalah sekitar 4-6% dan kadar spread yang melebih 10% adalah kurang sesuai untuk dijadikan sebagai produk pelaburan.

Di Public Gold, kadar spread yang dikenakan hanyalah sekitar 4.5 - 8% sahaja, dan dengan menjadi Dealer, si pelabur dapat menikmati kadar spread serendah 2 - 5.5% sahaja!

4- Faktor Kecairan

Ibu Pejabat baru Public Gold terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang

Sebagai pelabur, untung atau rugi cuma akan saya ketahui apabila emas itu telah dijual (bukan apabila ia telah digadaikan). Bermakna, walaupun emas itu dibeli ketika harganya murah, namun ia belum dijual lagi, maka ianya masih belum boleh dikatakan sebagai untung.


Justeru, jika emas yang saya beli sukar untuk dijual, perlu mencari customer untuk mrmbelinya, perlu dilelong dan berlawan harga untuk mendapat keuntungan, bermakna ia sukar dicairkan sekaligus akan menyebabkan keuntungannya sukar diperolehi.


Dan sebagai seorang pelabur, amat berisiko besar sekiranya mereka cuma tahu membeli emas tetapi tidak tahu adakah si penjual tadi akan menjamin belian balik dan berkemampuan untuk membeli balik, kerana jika saya tidak pasti bagaimana mahu menjualnya, maka saya juga tidak pasti samaada saya boleh untung ataupun tidak dengannya. Kerana itu saya tidak akan membeli emas terutamanya berbentuk barangan kemas yang dijual oleh orang perseorangan.


Di Public Gold, kemampuan mereka untuk membeli balik produk jualan mereka telah teruji sepanjang 3 tahun perniagaannya, bahkan promosi pada bulan Disember 2011 Public Gold turut menawarkan harga terbaik untuk membeli sebarang bentuk dan jenis emas tidak kira siapa pengeluar dan penjualnya.




Bermakna, bukan sahaja mereka mampu untuk membeli balik produk mereka, bahkan mereka turut menerima produk syarikat lain juga!

5- Faktor Mudah Cair

Faktor ini juga amat penting kerana ianya akan menentukan samaada emas yang dibeli itu mudah atau tidak untuk dijual semula kepada si penjual. Tidak berbaloi rasanya hanya untuk menjual sekeping emas, saya terpaksa memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang disebabkan syarikat si penjual tadi hanya ada satu cawangan sahaja di sana.

Jadi, sebagai seorang pelabur saya mahukan tahap kemudah cairan yang tinggi agar saya boleh menjualnya semula kepada syarikat ataupun wakilnya (asalkan harga belian balik sama).


Bermakna saya tidak perlu bimbang jika saya pergi ke mana saja di seluruh Malaysia dan tiba-tiba memerlukan sejumlah tunai dan ingin menjualkan emas yang ada, bahkan saya juga boleh mencadangkan kepada rakan2 atau saudara-mara saya yang ada di mana2 agar membuat pelaburan emas kerana mereka boleh membeli dan menjualnya semula dengan mudah.


Setakat ini, tahap kemudahcairan untuk produk Public Gold adalah yang tertinggi disebabkan mereka mempunyai 14 cawangan di setiap negeri termasuk Sarawak, dengan tambahan 3 cawangan lagi di sekitar Lembah Klang dan bukan itu sahaja, Dealer2 Public Gold juga telah mencecah seramai 17,000 di seluruh Malaysia. Malah, Public Gold juga merancang untuk membuka cawangan baru di Kota Kinabalu Sabah dan satu cawangan pertama di luar negara iaitu Singapura dalam sedikit masa lagi.


Ini bermakna saya boleh menjual semula produk2 Public Gold dengan mudah samaada terus kepada Public Gold atau pun kepada Dealer2 yang berhampiran. Disebabkan cawangan syarikat yang banyak, permintaan untuk belian balik emas Public Gold dari Dealer2 amat tinggi kerana mereka juga boleh menjual semula kepada Public Gold dengan mudah pada bila2 masa sahaja di mana jua berada.


Paling istimewa adalah, sebagai seorang pelabur saya tidak mempunyai sebarang pesaing kerana keuntungan saya adalah dari emas yang saya Beli dan Jual semula kepada Public Gold, dan bukannya dari komisyen jualan, atau komisyen mencari downline atau merekrut orang baru.


Kerana saya adalah Pelabur Emas dan Perak, bukannya peniaga emas dan perak yang mengaut untung hasil jualan kepada customer, ataupun mengutamakan pendapatan melalui networking yang memfokuskan kepada kemasukan orang baru.

Kenapa saya memilih Public Gold? kerana saya adalah seorang PELABUR dan Public Gold adalah platform terbaik bagi pelaburan emas dan perak fizikal di Malaysia bagi seorang Pelabur seperti saya.


2 dinar ~ Emas 916 seberat 8.5g, Produk terbaru keluaran Public Gold
Idea asal: Sifu Pelabur Jutawan

Ibu Pejabat Public Gold yang baru dan terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 15 Mac 2012

Transform Gaji Anda Kepada Emas!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,


25 April 2012...hari bahagia penjawat awam...hari gaji :)
Alhamdulillah penat lelah usaha selama 1 bulan ini telah terbayar akhirnya...Slip gaji bulan ini lebih special sebab ada tunggakan. Saya sebagai rakan yang prihatin, ingin menasihatkan rakan-rakan agar mula membeli emas dan menjadikannya satu portfolio pelaburan dan pendapatan pasif anda...


Sejak bulan April 2012 harga emas adalah pada paras rendah. Grafnya mencecah garisan support iaitu waktu terbaik untuk menambah stok emas. Hari ini hari gaji, harganya memang memihak kepada kita yang ingin melabur. Ada rakan saya yang mulai risau bila harga emas mula drop seperti ini. Tetapi saya sangat yakin, sedikit masa lagi harganya akan mendadak naik.


Apa buktinya?


Jom kita lihat graf  yang saya konsi dari website http://www.hargaemas.com.my
Perhatikan patternnya...Perasan tak sekarang harga emas berada di garisan mendatar warna biru?
Perhatikan juga sejarah garisan warna biru ini.
Perasan tak selepas garisan biru ada pulak garisan hijau?
Haa....ini menunjukkan tak lama lagi harga emas akan naik dengan kecerunan yang tinggi.
Jom bertidak sekarang. Sayang duit tunggakan anda. Tukarkan ia dalam bentuk emas. Bila harga dah naik nanti, jualkan dan belilah apa yang rakan2 nak...Control sabar anda untuk kehendak seperti handphone, tv plasma dan lain-lain...Sesungguhnyamembazir itu iaitu sifat syaitan...semoga kita dijauhkan...


Graf turun naik harga emas sejak tahun 2000-2012



Keratan suratkhabar Berita Harian pada 17 Januari 2012 yang lalu...Jelas menunjukkan ramai percaya, harga emas akan naik tidak lama lagi :)


100g PG gold bar beserta sijil yang mempunyai nombor siri yang sama seperti pada gold bar...

Jika berminat, sila hubungi saya untuk lock emas pertama anda. Saya sedia memberi khidmat nasihat dengan ikhlas. Semoga kita sama-sama tergolong dalam golongan yang beruntung :)

Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer A9873
019-8899467 / 019-8868494
cgharyati@gmail.com
Facebook: Haryati Mohd Sarkawi



Tips membeli emas: Atasi 6 rasa TAKUT anda!

Assalamualaikum wbt & Salam Satu Malaysia,


Semoga pagi Ahad ni, rakan-rakan lebih ceria. Usah difikirkan dulu esok hari ISNIN :) Satu kesalahan umum kita termasuklah saya ialah susah hati sebelum tiba masanya. Jom kita sama-sama cuba untuk appreciate the moment that we have seadanya...


Pagi ini ada message menarik di facebook saya:

Artikel yang dimaksudkan ialah artikel menarik oleh rakan dealer saya iaitu Saudara Azrul Azmil Perali...Semoga Saudara Azrul terus kaya dan berbahagia kerana ikhlas berkongsi ilmunya. Saya akan cuba translate Bahasa Sarawak ya ke Bahasa Malaysia ok...Tapi kamek akan tambah sikit ngekot ilmu saya yang seadanya :)

Menurut Saudara Azrul dan pengalaman saya sendiri, memang 100% umum tahu yang emas dan perak memang bernilai dan berharga. Buktinya, setiap kali kita nak beli harga emas. Kita pasti terdetik dalam hati, "Mahalnya!" Hari ini emas berharga sekitar RM180 per gram. 10 tahun lepas ketika harga emas sekitar RM33 per gram pun, orang yang membeli pada masa itu kata mahal. Tapi sekarang? Kita kata RM33/gram : MURAH! Begitulah senario pada hari ini. Kita masih kata MAHAL. Dalam masa 5 tahun akan datang, kita akan berebut-rebut membeli jika ada orang nak jual dengan harga RM180/gram! Hahaha...begitulah manusia yang lambat sedar...Kenapa lambat sedar? Sebab kurang ilmu dan sangat TAKUT beberapa faktor...teruskan bacaan anda...

OKlah saya ringkaskan 6 jenis keTAKUTan orang ramai tentang pelaburan emas FIZIKAL ini. Kenapa saya kata emas FIZIKAL. Hanya emas FIZIKAL yang menepati salah satu syarat urusniaga emas dalam syariah. Sebagai muslim, pastinya kita nakkan rezeki yang halal. Kenapa? Rezeki yang halal BERKAT. Apa tanda BERKAT? Hidup kita bahagia, hati kita senang, kesihatan kita di tahap yang baik, anak kita sihat dan mudah mendapat ilmu...Tapi kalau masih jugak berdepan dengan masalah setelah memastikan rezeki halal, hmmm...mungkin Allah nak uji kita...Jika Allah uji kita bermaksud Allah sayangkan kita...Fikir-fikirkan...



Sila klik link ini untuk lebih info: TEMPAT SELAMAT SIMPAN EMAS ANDA! 






Emas PG telah memenangi award baik di dalam negeri mahupun di peringkat antarabangsa. Sila klik di link ini untuk lebih info: PUBLIC GOLD AWARD 


Public Silver 500g dengan nombor siri P004830 dan P004831 siap tercatat 
pada sijil dan bar sebagai satu tanda security.

20g PG bullion dengan no. siri. Maaf kamera saya tak dapat no. siri yang jelas pada gold bar. Saya akan edit gambar ini setelah dapat gambar yang lebih jelas.






Boleh layari laman web baitulmal Sarawak untuk lebih info: BAITULMAL SARAWAK 


Semoga post saya pada kali ini akan memberikan lebih confidence kepada rakan-rakan yang masih khuatir tentang perlaburan emas ini. Now: ILMU sudah ADA, TAKUT sudah TIADA. 
Sila hubungi saya untuk lock emas pertama anda. 
Walau di mana anda berada, saya masih boleh menyediakan service LOCK HARGA & KHIDMAT NASIHAT sebaik yang mungkin.

IKHLAS,
HARYATI BINTI MOHD SAKRAWI
019-8899467 / 019-8868494
cgharyati@gmail.com
Facebook: Haryati Mohd Sarkawi

Beli emas sekarang. Harga Masih Rendah!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Doa saya semoga kita semua bahagia di hujung minggu ini. Pagi ini saya masih ke sekolah. Sekolah ganti. Semalam pula jam 8 malam dah tertidur...Bangun jam 2 pagi tadi...Memang minggu ini saya sangat sibuk..tugas seorang guru memerlukan saya bekerja melebihi had masa...

Ahad 15April, saya tidur kurang daripada 2 jam. Kenapa? Saya mengedit video pelajar menggunakan perisian windows movie maker. Sebenarnya saya memberi task kepada satu kumpulan pelajar sederhana untuk membuat 1 video bagi Majlis Perasmian Bulan Sains Math pada 16 April...Tidak dinafikan, pelajar saya memang berusaha utk menghasilkan video yang terbaik. Tetapi malangnya, ia tidak mencapai standard yang saya mahu...Apakah standard saya? Saya inginkan satu video sains yang boleh menyedarkan para pelajar bahawa kita ini hanyalah makhluk yang SANGAT kecil jika nak dibandingkan dengan makhluk Allah yang lain...Saya berharap apabila pelajar lain menonton video ringkas ini mereka akan sedar bahawa mereka mesti sentiasa rendah hati dan tidak sombong dengan apa yang mereka ada...Memandangkan pelajar yang saya amanahkan tadi di tingkatan 5 dan saya tahu bukannya mudah untuk membuat video yang berkualiti...Akhirnya, it becomes my job :) Saya dalam proses meng'upload' video tersebut di youtube...nanti saya berikan link nya...
Proses editing video...

Rabu-Khamis, 18-19 April pulak Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Bahagian Kuching...Saya bimbing 2 team pelajar: Team Solar Car & Team Solar Boat...2 hari bertarung selepas persiapan selama 2 bulan...kedua2 team saya memang hebat...Team Solar Boat menjadi Johan Bahagian Kuching dan bakal ke peringkat Negeri pada bulan Jun nanti. Nasib tidak menyebelahi Team Solar Car...walaupun keretanya terpantas, malangnya ia masuk ke track lawan...so hilang 30 markah utk kelajuan...Apapun SMKBL insyaAllah akan menebus balik kekalahannya next year! Go BL Go!
Congrates to Team Solar Boat. Together we accelerate to the National Level!

Jumaat 20April Meeting Guru-guru Fizik Zon B Kuching pulak...Kita berusaha membuat bank soalan tahun-tahun lepas dalam bentuk word file yang boleh diedit...Akan ada 2 bentuk softcopy yang kami sedang usahakan:
1) Soalan tahun lepas (Paper 1, 2 & 3 + answer scheme)
2) Soalan tahun lepas mengikut chapter (10 chapters)
Untuk guru-guru Fizik di seluruh Malaysia, sila hubungi saya untuk bahan ini. InsyaAllah, soft copy akan siap dan sedia untuk dikongsikan selewat-lewatnya pada akhir bulan Mei ini...

Panjang cerita saya, dah jadi macam diari pulak post saya pada kali ini...Apa yang catatkan di atas adalah rutin hidup seorang guru...Di seluruh Malaysia, ada lagi guru yang jauh lebih sibuk daripada saya. Oleh itu, saya mohon ibubapa support usaha murni guru...Tiada guru yang minta dibalas jasanya...tapi kalau parents support dengan mendidik anak di rumah, lebih mudahlah guru membimbing pelajar :)

Okaylah, post berikut saya perolehi daripada website  "Pelabur Jutawan" (credits to Master Dealer Mr Faizan Dasuki, semoga anda terus kaya dan berjaya :))...Jom kita kita lihat bagaimana prestasi harga Emas dan Perak sejak awal tahun 2012 yang lalu.

Jika anda perhatikan, harga Emas ketika ini sedang bergerak Ranging di dalam kotak berwarna merah dan biasanya bila harga berjaya kotak tersebut akan berlaku pergerakan harga yang besar dan cepat.

TIPS UNTUK ANDA
Jika Baru Ingin Memulakan Belian - Ketika ini adalah paras harga yang sangat sesuai untuk anda bermula kerana penurunan telahpun mencecah sekitar 50% dari kenaikannya yang bermula dari Januari - Februari yang lalu. KLIK SINI untuk membuat belian anda sekarang!

STRATEGI MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN

1. Pilih Produk Emas dengan 'Spread' Rendah.
Spread adalah perbezaan harga diantara PG SELL - PG BUY. Ketika anda membuat belian, harga yang akan anda bayar adalah harga PG SELL, dan jika anda ingin menjualnya kembali kepada Public Gold mereka akan membelinya dengan harga PG BUY.

Di Public Gold, spread adalah 'fix' dalam bentuk peratus iaitu sekitar 4.5% - 8%. Bermakna, lebih rendah kadar Spread Emas yang dipilih, maka lebih banyak dan lebih cepat keuntungan yang akan anda perolehi.

Contoh; kenaikan harga Emas sebanyak 16% bermula Jan - Feb yang lalu. Jika anda memilih produk dengan Spread 4.5%, bermakna keuntungan bersih anda ialah 16% - 4.5% = 11.5%.
Spread Emas Public Gold

10g - 8%
20g - 6%
50g - 5.5%
100g - 5%
250g - 4.5%
500g - 4.5%
1 Dinar - 6%
2 Dinar - 6%
5 Dinar - 5.5%
10 Dinar - 5%

2. Buat "Price Booking".
Untuk memastikan anda dapat membeli pada kadar harga terbaik, buat Price Booking atau Lock Price. Jika anda telah berdaftar sebagai Dealer, anda boleh melakukannya sendiri secara online di Web Public Gold. Jika anda pelanggan baru, anda boleh KLIK SINI.

3. Jimatkan Penggunaan Tunai Dengan Kemudahan EPP.
Easy Payment Purchase (EPP) adalah kemudahan belian Produk Public Gold secara ansuran selama 4 bulan tanpa sebarang interest dikenakan. Untuk contoh jumlah bayaran bulanan dan cara kiraan, rajin-rajinla KLIK SINI.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila hubungi;
  • Haryati Mohd Sarkawi
  • Priority Dealer Public Gold (A9873)
  • H/p : 019-8899467 / 019-8868494
  • Email: cgharyati@gmail.com

Nak beli yang mana satu? 50g PG atau 5 dinar?

Semua produk PG memang baik untuk dibeli bagi tujuan pelaburan. Tetapi yang mana satukah yang akan mendatangkan keuntungan lebih cepat? Jawapannya ialah "Produk yang peratus spreadnya rendah"

So, kalau ada budget, nak beli yang mana satu:
1. 10g PG atau 2 dinar PG?
2. 50g PG atau 5 dinar PG?
3. 20g PG atau 5 dinar PG?

Jawapannya semua dah ada dengan merujuk kepada jadual di atas...Harap ini membantu anda untuk membuat pilihan!
Jika anda dah buat pilihan, segeralah menghubungi saya di 019-8899467 / email saya di cgharyati@gmail.com :)
Sesungguhnya harga emas masih di aras rendah sekarang. Harga dijangka naik bermula ogos ini.
Bertindaklah segera!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger