Home » , , » Simpan Emas Untuk Menunaikan Ibadah Umrah

Simpan Emas Untuk Menunaikan Ibadah Umrah

Assalamualaikum wbt,


Apa khabar rakan-rakan pembaca sekalian. Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Cuti sekolah seminggu kali ini lebih banyak dihabiskan di rumah. Selain monitor harga emas, update file belian dan untung emas, cuti ini juga saya penuhkan dengan membimbing anak kesayangan dalam study. Tahun ini Ikmal UPSR...Hanya pada hari Isnin (12/3/12) sahaja saya ke sekolah untuk guide students membina solar car dalam kem sains.


Hari lain memang duduk di rumah. Keluar rumah pun sekali sekala, setakat jengok market & supermarket. Semalam pula dihabiskan dengan ubahsuai bilik tidur anak. Bukannya ubah suai apapun...just ubah kedudukan katil hehe...Ubah feng shui :) Hari ini pula, cuba untuk menyiapkan artikel ini...tentang percutian special kami sekeluarga :) Alhamdulillah saya dan suami tergerak hati untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun 2006. Bukanlah kata nak sangat nak g umrah. Ideanya tercetus bila my dearest hubby kata kalau ada duit lebih ingin sangat nak  makan angin di oversea...g New Zealand katanya...New Zealand??? Yes!! Excited sungguh saya bila suami kata New Zealand. Why? Kat New Zealand ada Blue Whale...the biggest living creature today!
 
Memang my dream come true lah kalau dapat  tengok Blue Whale secara life! Dulu saya suka dan selalu cerita kat anak-anak betapa besarnya makhluk ciptaan Allah ini. MasyaAllah.


Tapi rasanya sebelum g oversea, baik jejak kaki ke tanah suci dulu. Kebetulan pula bila check budget dah cukup untuk kami sekeluarga pergi. Tanpa membuang masa, kita pun terus register di Al-Marwah Travel.
Alhamdulillah, kami menjejak kaki di Tanah Suci pada May 2006....Mulanya tak da lah kata excited sangat...sebabnya tujuan asal kami pergi ialah hanya sebagai syarat sebelum pergi makan angin di tempat lain...(kurangnya ilmu saya pada masa tu...huhuhu)...Sebaik sahaja tiba di Hotel, kami disambut oleh seoarang Mutawwif...Kata-katanya yang menyentuh hati dan sedikit sebanyak mengubah tujuan asal kami ialah "....kalian sangat beruntung  kerana dijemput Allah menjadi tetamunya...ada orang banyak harta tapi belum lagi kesampaian di tanah suci. Kenapa? Sebab: Allah belum menjemput mereka!" MasyaAllah, masa ya baruklah saya terasa tersangat specialnya vacation kami ini.  Yalah, kalau tetamu bertandang di rumah kita, pasti kita beri layanan special ...bayangkan sahaja kami adalah tetamu Allah pada masa itu...Subhanallah.


Seronoknya dapat minum air zam zam betul-betul di depan kaabah...
Gelas plastik memang ada disediakan dekat tong air zam-zam...kita boleh pilih air zam-zam sejuk atau biasa...Peratikan jari adek berinai...Sempat pasang inai kat Tanah Suci :)


Untuk ibubapa yang bawa anak, better bawak sekali troli...Our little princess, Irdina Hani time itu 
baru 4 tahun, so time nak g masjid waktu subuh, abang Ikmal lah tukang sorong troli :)


Umrah ini sekali dengan ziarah...so sempat jugak naik unta tak jauh dari Jabal Rahmah...Kami tak naik Jabal Rahmah...Biasanya kat Jabal Rahmah inilah jemaah yang single berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik...Saya dah tak perlu naik untuk tujuan tersebut. Alhamdulillah sungguh bersyukur kerana Allah kurniaan saya suami yang sangat understanding...


Jabal Rahmah di belakang...

            Kat Kota Mekah pun ada kelisa! Time tok lah proud gilak menjadi rakyat Malaysia :)
Gua Tsur nun jauh dekat dengan puncak bukit di belakang kami...Bayangkan betapa hebatnya cabaran yang Rasulullah hadapi semata-mata untuk melihat kita beriman ke jalam Allah...Betapa luhurnya hati para sahabat  seperti Sayidina Abu Bakar melindungi dan memperakukan kenabian baginda...MasyaAllah...semoga kita pun dikelilingi oleh sahabat yang cenderung mengajak kita kepada kebaikan...amin

Dipendekkan cerita, banyak pengalaman menarik sepanjang kami di tanah suci...bukanlah kita tawaf dan saiee sepanjang masa...ada waktunya kita berziarah ke tempat-tempat bersejarah di tanah suci...menjadikan rutin kami makan aiskrim lepas tawaf dan saie pada sebelah malam hihi...Jika mampu, bawalah anak bercuti di sana...Belum mampu? Ada caranya...just continue reading my friends...hidup ini kita perlu rancang...perlu kita kemudikan...janganlah menjadi kapal di lautan yang sik ada arah tuju! Setiap perancangan positif disertai dengan doa dan usaha insyaAllah akan Allah perkenankan. Percayalah, the moment kita mengangkat tangan berdoa, Allah memang dah nak bagi dah...cuma kita perlu berusaha ke arah ya...Sesungguhnya Dialah juga yang mengerakkan hati kita berdoa...


Hmm...di Baitullah jugalah seorang Arab tua menasihatkan saya supaya make sure didik anak kerana Allah...sambil menunjuk ke arah my daughter Dina, orang Arab itu mengangkat tangan ke langit dan berkata "La illa ha illallah!" Beberapa kali beliau mengulangi perkara yang sama...saya angguk...Saya tafsir message nya sebagai "Ajarkan kepada anakmu bahawa tiada tuhan melainkan Allah!"...Sebab itu lah saya cuba sedaya mungkin menanamkan rasa bertuhan dalam diri anak agar mereka sentiasa rasa diperhatikan oleh Allah swt...Jika ada rezeki masa dan idea, insyaAllah saya akan share pengalaman dan cara saya mendidik anak yang mungkin berkesan untuk rakan-rakan ibu bapa muda sekalian (Saya percaya yang baik itu telah Allah ilhamkan)

Kesimpulannya: Setelah pergi ke tanah suci, New Zealand dah kabur di ingatan...Ada duit insyaAllah nak ke tanah suci lagi...Tapi bagaimana nak kumpul duit dengan lebih cepat sedangkan kos mengerjakan umrah semakin meningkat  sedangkan gaji kita sama sahaja? Berikut ialah kos mengerjakan umrah oleh Al Marwah Travel And Tours tahun ini...







Oleh kerana kos yang semakin meningkat, i must have my own unique plan. So, i tell u...this is my plan...simpan emas...saya simpan 20g x 3 keping untuk pergi bersama keluarga lagi...InsyaAllah at least time my eldest son, Muhd Ikmal Hakimi form 5 (2017) kita akan pergi lagi, InsyaAllah...Amin.
Salah satu 20g Public Gold Bullion yang saya simpan :)

Kenapa saya pilih untuk menyimpan emas? Mari saya tunjukkan fakta menarik tentang menyimpan menggunakan emas...
Pada tahun 2000, harga 1 keping 1 dinar ialah RM140. Kos mengerjakan umrah pada tahun tersebut ialah sekitar RM3500. Jika saya memilih untuk membayar menggunakan matawang dinar, saya perlu membayar sebanyak 25 keping 1 dinar untuk kos RM3500 tersebut.

Pada tahun 2009, harga 1 keping 1 dinar ialah RM507. Kos mengerjakan umrah pada tahun tersebut ialah sekitar RM4000. Jika saya memilih untuk membayar menggunakan matawang dinar, saya perlu membayar sebanyak 8 keping 1 dinar untuk kos RM4000 tersebut. 

Haa...perasan sik, untuk 'percutian' ke destinasi yang sama, kita perlu membayar lebih setiap tahun. Ini menunjukkan wang kita susut nilainya disebabkan oleh INFLASI...sedangkan bilangan 1 dinar yang diperlukan semakin berkurang. Inilah yang dikatakan emas sebagai penyimpan NILAI wang kita...Emas kalis inflasi...Menurut Master Dealer Sarawak, Saudara Hafizul Hakim, Secara purata harga 1 gram emas meningkat sebanyak RM30 setiap tahun! Banyak tu...boleh kata 20% every year...much-much better that AS....AS....AS.... :)

Illustrasi kreatif oleh rakan dealer, Azrul Azmil Perali ini cukup untuk menerangkan konsep emas sebagai penyimpan VALUE wang gaji kita :)

Jika rakan-rakan nak beli emas silalah hubungi saya di 019-8899467 /019-8868494...Email pun akan dilayan dengan segera...cgharyati@gmail.com. Sekarang sedang offer, kalau anda membeli mana-mana produk Public Gold sebanyak RM20k dalam satu resit anda akan terus dilantik menjadi dealer. Maksudnya anda akan diberi komisen 1% daripada belian anda...termasuklah belian pertama RM20k tadi. Kalau nak menjual kepada Public Gold pun anda akan diberi komisen sebanyak 0.5%...Cepat-cepat, dealer di Brunei dan Singapura juga diperlukan. Kebetulan harga emas rendah sekarang...Hubungi saya untuk lock emas pertama anda :)

7 comments:

Hafizul Hakim said...

nice one cikgu!

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Alhamdulillah, semoga menjadi panduan untuk ibu bapa menabung emas untuk membawa anak-anak ke tanah suci...Mun pandei menabung emas, sik perlu jadi bisnesman...sik perlu tunggu dah bongkok tiga baru nak g...cikgu biasa pun mampu pergi oneday, insyaAllah :)

poyenGurLmisi said...

T, like the sharing.

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

I myself love this article dear.
It refreshes me with all the sweet memories that we had, now my kids already 12 n 10 yrs. compare to that time was 6 n 4 yrs. If we were to go again the experience will sure be different. So young parents, do keep ur money in physical

Mohd Tarmizie said...

Alhamdulillah..mgkin suatu hari kelak saya hantar kedua mak bpk ke tanah suci juak..moga dipermudahkan segala urusan..

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Mohd Tarmizie,semoga Allah permudahkan dan semoga hasrat murni tercapai. Istiqamah dan berdisiplin membuat tabungan dinar dan dirham pastinya mampu merealisasikan hasrat hati. Amiin.

Meryl Daniels said...

apakah Anda pernah mencari tawaran pinjaman tertentu? Mungkin pemberi pinjaman yang sah atau pinjaman murah dan cepat sebesar 2% per tahun untuk membayar tagihan darurat dan utang? hubungi kami sekarang, greatfuturefinancialservices@gmail.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger