Home » » Jom Refleksi Diri Dalam Masa 2 Bulan

Jom Refleksi Diri Dalam Masa 2 Bulan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
1 Mac 2012!
Dah masuk bulan baru dah kita...means 2 bulan dalam tahun 2012 sudah berlalu...Jom sama-sama kita buat refleksi diri tentang pencapaian kita dalam masa 2 bulan ini. Adakah azam tahun baru dah 15% tercapai? Kalau belum, kita mesti sedar dan berusahalah ke arah itu, sesungguhnya masa tidak akan menunggu kita...Kalau masih nak bertangguh, pastinya perkara yang sama akan berlaku seperti tahun-tahun lepas. Prof Muhaya pernah berkata lebih kurang begini maksudnya, "Orang yang TIDAK BIJAK akan melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dengan harapan untuk mendapat hasil yang berlainan!" Nauzubillah...Jauhkanlah diri kita daripada perkara yang sedemikian.


Berbalik kita kepada refleksi diri tadi. Bagi saya yang mempunyai seorang anak yang bakal menduduki UPSR tahun ini, so far so good. Ganjaran "Cabaran 1dinar untuk 7A UPSR" (KLIK DI SINI) nampaknya berjaya memberi motivasi kepada anak saya...Alhamdulillah. Saya juga berjaya upgrade berbanding dengan tahun-tahun lepas. 
Tahun ni saya lebih kerap memantau kerja sekolah anak-anak...Sebagai seorang guru Fizik, subjek matematik sekolah rendah memang 'kacang' bagi saya :) Maka, saya ajarkan anak saya topiknya in advance...lebih awal daripada cikgu mengajar di sekolah. Alhamdulillah, anak-anak saya dengan mudah dapat menyelesaikan masalah matematik yang ada dalam buku kerja yang dibeli dr kedai Buku Popular. Mungkin soft skill yang ada pada ibubapa dapat mempengaruhi dan memudahkan ilmu tersebut diterima oleh anak2 kita...


Satu lagi kebaikan bila kita mengajar anak kita in advance ialah insyaAllah anak-anak kita akan merasa lebih confident dan gembira semasa di dalam kelas. Apa tidaknya, bila dah faham bolehlah mereka angkat tangan untuk menjawab dan ada juga guru yang baik hati bagi token. Oleh itu saya seru rakan2 ibubapa sekalian, cubalah untuk mengajar sendiri anak2 kita...at least intronya...kalau tak mampu lebih, sekurang-kurangnya kita fokus pada 1 subjek. Kenapa kaum Yahudi bijak? Semasa bayi dalam kandungan lagi, ibu-ibu kaum Yahudi ini dah buat latihan Matematik...tiap-tiap hari! Ada masa insyaAllah saya akan cerita amalan mereka semasa sedang mengandung dalam usaha untuk menjadikan mereka bangsa "TERPILIH"...kononnya!*Sudah muak dengan isu Palestine*


Sebagai ibubapa yang BIJAK, kita tidak sepatutnya mengharapkan guru 100% untuk membangunkan prestasi diri anak-anak kita. Anak kita, 100% tanggungjawab kita. Anak sendiri, takkanlah nak berkira masa untuk mengajarkannya...InsyaAllah, dengan pertalian darah yang ada ilmu kita akan mudah anak-anak kita terima :)
Hmm...apa kaitan post ini dengan "ANAKKU CELIK WANG"? Ini intro saja...Persoalan kenapa tahun ni saya kena upgrade dan mesti monitor kerja sekolah anak saya ialah kerana: Anak saya memilih untuk "Straight A's TANPA Tuisyen!" So as a mother, i must do something...Bila-bila saya free, insyaAllah saya akan tuliskan dan kongsikan artikel tentang pilihan anak saya dan apa langkah yang saya sedang ambil untuk memastikan kejayaannya. Sesungguhnya segala yang baik itu daripada Allah swt. Yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya doakan semoga kita semua berjaya menjadi lebih positif untuk mencapai sasaran kita pada tahun ini. Amin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger