Home » » Pelaburan Emas bagi persaraan

Pelaburan Emas bagi persaraan

بسم الله الرحمن الرحيم
Bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Salam sejahtera semua pembaca yang setia..
Today is Saturday, 11.02.12...walaupun sabtu, saya tetap turun ke sekolah untuk menjalankan tugas. Kita ada sekolah ganti hari ni. Ganti cuti Chinese New Year tempohari. In fact, banyak sekolah di sekitar bandar Kuching yang ada sekolah ganti pada tarikh yang sama! Hari ini saya nak share artikel yang ditulis oleh Master Dealer Sarawak, En Hafizul Hakim. Interesting artikel yang mesti dikongsi kepada semua pekerja, baik swasta mahupun kerajaan...Ok lets read...
Bagi kebanyakan orang yang bekerja makan gaji, pendapatan terhenti selepas sahaja mereka bersara. Dengan sedikit simpanan yang ada dalam KWSP @ EPF, mereka sukar meneruskan hidup dengan sebaiknya sepertimana ketika masih bekerja.
Pada ketika inilah penyakit mula datang dan memerlukan rawatan dengan kos yang mahal. Dalam masa yang singkat saja, kesemua wang yang dikumpul sejak mula bekerja sikit demi sedikit habis digunakan bagi membiayai bil perubatan.
Akhirnya jalan terakhir – terpaksa kembali bekerja dengan  pendapatan tidak seberapa.
Bagi orang seperti ini, simpanan tambahan adalah PERLU bagi menambah simpanan sedia ada selain KWSP. Berdasarkan kajian pakar perancang kewangan, seseorang memerlukan at least SEPARUH daripada pendapatan terakhirnya bagi mengekalkan cara hidup yang diamalkannya seperti biasa selepas bersara.
Ini bermakna sekiranya pendapatan terakhir seorang pekerja adalah RM3,000 maka dia memerlukan at least RM1,500 setiap bulan supaya hidup dengan selesa selepas bersara!
Justifikasi:
Katakan pekerja bernama Balotelli berusia 30 tahun yang mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan merancang membuat pelaburan persaraannya pada usia 58 tahun. Beliau merancang menyimpan secara 'mupok-mupok' (sedikit demi sedikit) melalui pelaburan emas. Berikut adalah langkah yang dapat di ambilnya.
  • Anggarkan unjuran pendapatan terakhirnya dengan mengambil kira POTENSI kenaikan gaji. Katakan beliau menerima kenaikan pendapatan secara purata 4% setahun. Oleh itu, unjuran terakhir beliau seperti berikut.
Tempoh Bersara:58 tolak 30 =28 tahun
Potensi kenaikan gaji pendapatan:RM3,000 x 1.04 x 28 tahun

** 1.04 adalah kenaikan 4% setiap tahun
= RM8,996
Oleh itu, potensi gaji terakhir beliau adalah lebih kurang RM9,000. Jadi, Balotelli memerlukan at least RM4,500 sebulan atau RM54,000 setahun!
  • Anggapkan Balotelli adalah orang yang sihat dan hidup sehingga umur 80 tahun iaitu 22 tahun selepas bersara. Oleh itu jumlah pendapatan yang beliau perlukan adalah:
  • RM 54,000 x 22 tahun = RM1,188,000!
Berdasarkan anggaran, beliau memerlukan at least RM1.2 juta bagi terus hidup selesa sehingga ke akhir hayatnya. So, Balotelli perlu ada simpanan sebanyak RM1.2 juta untuk menampung kehidupannya selepas bersara nanti.
  • Katakan beliau memilih untuk mengasingkan 10% (RM300 dari RM3,000) dari pendapatan bulanannya dan membeli emas 20 gram setiap tahun seperti di dalam jadual berikut:
UsiaSimpananUsiaSimpananUsiaSimpanan
303,600*405,329507,888
313,744**415,542518,204
323,894425,764528,532
334,050435,994538,873
344,211446,234549,228
354,380456,484559,597
364,555466,743569,981
374,737477,0135710,380
384,927487,2935810,795
395,124497,585Jumlah190,679
  • *Beliau membeli 20g emas menggunakan wang simpanan RM300 sebulan (RM300 x 12 = RM3600)
  • **Simpanan 10% untuk tahun seterusnya (ketika beliau berusia 31-58 tahun) hanya disimpan dalam ASB dan tidak digunakan untuk membeli emas lagi.
  • Dengan mengandaikan kenaikan harga emas sekitar 20% setahun, nilai emas dalam simpanan beliau sehingga usia persaraan adalah seperti dalam jadual yang berikut.
UsiaSimpananUsiaSimpananUsiaSimpanan
303,60040132,53950983,843
318,064*41164,588.96511,188,815.12
3213,570.5642203,270.60521,435,109.80
3320,334.1843249,919.12531,731,004.69
3428,612.5144306,137.12542,086,433.48
3538,714.9645373,848.09552,513,317.13
3651,013.1046455,360.59563,025,961.39
3765,953.0847553,445.31573,641,533.74
3884,070.5448671,427.47584,380,635.76
39106,008.5749813,297.79
*Mempertimbangkan kenaikan emas 20% setahun, 20g emas yang dibeli beliau semasa berusia 30 tahun akan berharga = RM3600 x 120% = RM4320 pada ketika beliau berusia 31 tahun. Jika dicampur simpanan cash 10% bulanan beliau maka jumlah value wang beliau ialah RM4320 + 3744 = RM8064.00...Jika beliau menggunakan wang RM3744 untuk membeli emas lagi, (maksudnya now dah ada 2 keping 20g gold bar) ketika beliau berusia 32 tahun value wangnya ialah RM13570...dan begitulah seterusnya!


Sekiranya kenaikan harga emas secara purata adalah konsisten sebanyak 20 peratus setahun, dan jika beliau konsisten membeli emas sekurang-kurangnya sebanyak 20g setiap setahun, insya-allah Balotelli berjaya menyediakan sebanyak RM4,380,636 menjelang persaraannya iaitu empat kali ganda berbanding matlamat asal sebanyak RM1.2 juta. Adakah ini mungkin terjadi? Lihat petikan akhbar Berita Harian di bawah:
Oleh itu, strategi membeli 20 gram sekeping  atau 5 keping dinar setiap tahun adalah mudah untuk di lakukan secara realiti =) Selamat mencuba!~

Harga 20 gram 999.9 pada tahun 2009 adalah sekitar RM2,200
Berminat membeli emas/perak, sila hubungi;
  • Haryati Mohd Sarkawi
  • Priority Dealer Public Gold (A9873)
  • H/p : 019-8899467 / 019-8868494
  • Email: cgharyati@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger