Home » » Emas Penyimpan Nilai Terbaik

Emas Penyimpan Nilai Terbaik


Bismillahirrahmanrrahim,
Salam sejahtera pembaca sekalian,

Setiap bulan gaji bersih kita jumlah nombornya adalah SAMA. Akan tetapi setiap tahun juga harga barang meningkat yang menyebabkan jumlah barang yang dapat dibeli semakin berkurangan. Inilah yang dimaksudkan saya sebagai nilai duit menyusut/merosot disebabkan oleh INFLASI. Apakah option yang kita ada? Baca artikel dibawah ini sehingga habis
Hari ini artikel saya memberi penjelasan mengapa semua orang tidak kira individu, pemilik company/syarikat, ketua keluarga, CEO dan akauntan sekalipun mesti memikirkan untukdiversify/beralih menyimpan sebahagian daripada aset/simpanan mereka dalam bentuk EMAS FIZIKAL.
Inflasi tidak memilih sama ada orang itu kaya ataupun sederhana, kedua-duanya affected oleh inflasi. Malah, semakin banyak wang kertas disimpan.. Semakin besar kesannya dirasai..
Terdapat 2 kategori pembeli emas iaitu:
  1. Beli emas untuk tujuan pelaburan
  2. Beli emas untuk tujuan simpanan
Secara peribadi saya lebih cenderung membuat simpanan emas untuk masa depan berbanding dengan tujuan pelaburan.
Harga emas meningkat pada kadar peratusan yang agak tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu.
Pihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yang disimpan, tetapi ‘meminjamkan’ emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan bagi tujuan mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi.

Menggunakan wang kertas dollar untuk mendapatkan segala komoditi yang ada di dunia seperti minyak dan gas
Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain seperti minyak mentah, emas dan komoditi lain dengan menggunakan wang kertas sahaja.
Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas perlu dimiliki oleh semua individu (saya dan anda), syarikat kecil atau besar dan negara sebagai rizab bagi melindungi kekayaan sesebuah keluarga atau syarikat.
Ini disebabkan kerana sifat wang kertas itu yang nilainya semakin hari semakin berkurang nilainya.
Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila semakin banyak wang kertas dicetak, semakin besar nilainya akan turun.
Apakah itu inflasi? (Durasi 1 minit):
Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.
Sebagai contoh, pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah RM12.47 bilion. Pada laporan BNM yang terkini, jumlah kitaran wang kertas RM di pasaran telah meningkat kepada lebih 200 bilion.
Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah sebanyak 16 kali ganda atau 1,600%. Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda. Belum lagi…
Tahun 1970 – Harga nasi lemak RM0.50
Tahun 2012 – Harga nasi lemak kuantiti sama berharga RM3.50
Apakah kesan monetary Inflation (Percetakan Wang) (Durasi 1 Minit)
Asasnya berdasarkan pemahaman, jika ringgit wang dicetak lebih dan terlampau banyak,nilainya akan turun. Namun apa yang berlaku ketika ini adalah nilai lambat turun, tetapi PASTI  nilai semakin menurun.

Ramai yang tidak sedar sebenarnya duit kertas yang baru sebenarnya salah satu cara increase supply of money
Lonjakan harga emas dalam USD adalah berkait langsung dengan bekalan wang Amerika.
Di Malaysia, kita masih terikut tukaran asing untuk mendapatkan harga emas.
Akan tetapi apabila “Ringgit” dibandingkan dengan emas yang disimpan oleh Malaysia, maka akan dapat tahu nanti berapa nilai ringgit yang sebenar. Malaysia mempunyai rizab emas fizikal sebanyak 36 tan! Jumlah wang circulate di pasaran adalah RM200 billion. Itulah nilai ringgit kita =)
Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar  3-4% setiap tahun.
Namun hakikatnya kadar inflasi sebenar adalah kadar yang lebih tinggi. Sistem kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah – harga siling.

Notis harga ayam panggang di 'Bimmers Kuching'.. Tahun 2010 harga RM2.00 untuk satu kepak ayam. Tahun 2011 harga dinaikkan menjadi RM2.50. Meningkat sebanyak 25% !!
Satu hari nanti ia akan membuak/explode jua. Petanda awal ialah “kerajaan tidak lagi mampu menanggung subsidi”. Pengsubsidian adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar. Malaysia adalah negara yang memberikan subsidi terbesar di dunia iaitu sekitar RM73 billion setiap tahun!

Adakah anda yakin pengsubsidian akan kekal dalam tempoh 4-5 tahun lagi?
Fungsi emas adalah menyimpan nilai sebenar.

Harga emas 50 gram pada 2009 sekitar RM6,000 sahaja
Andai kata ketika ini 50 gram emas mampu untuk menghantar anak ke universiti. Maka jika berlaku krisis kewangan pun, dengan 50 gram emas itu anda masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun ketika itu 50 gram emas harganya mencecah RM25,000.
** Contoh di atas berdasarkan andaian harga 50 gram ialah RM10,000 (ketika ini). Dan 8 tahun lagi pada tahun 2020 harga 50 gram dijangka meningkat ke pada RM25,000 (RM500 segram)

Harga emas dari tahun 2000 sehingga kini. Kenaikan harga emas disebabkan 2 faktor utama: Kelemahan dollar Amerika & permintaan emas pelaburan dari seluruh dunia
Suggestion/saranan saya adalah supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji dalam bentuk emas fizikal. Katakan 1 dinar setiap 2 bulan. Malah ada juga pembeli-pembeli emas tetap membeli 20 gram emas setiap bulan daripada saya. Tidak kira harga turun atau naik kerana beliau tahu dlm jangka masa yang panjang harga emas nya tetap meningkat.

Buat pengetahuan pembaca, ramai pasangan suami isteri di Sarawak sudah mula menyimpan 1 dinar setiap bulan. Seorang RM400. Ada juga pasangan suami isteri menggunakan kaedah membeli 1 dinar setiap 2 bulan (RM200 seorang). Ini membuktikan sebenarnya mudah jika anda menyimpan nilai dlm bentuk emas berdasarkan kemampuan
Memang kalau boleh tidak mahu nilai ringgit itu jatuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.
Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap dalam sekelip mata?

Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas pisang jepun pula tidak laku.
Maka, dapat disimpulkan bahawa menyimpan emas adalah sebenarnya menyimpan hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot/hilang akibat kenaikan inflasi atau krisis kewangan.
Fakta & Justifikasi:
  • Jika saya mempunyai wang kertas sebanyak RM1,000,000 (1 juta) – saya kehilangan nilai sebanyak 4% setiap tahun iaitu kira-kira RM40,000!
  • Jika saya mempunyai emas bernilai RM1,000,000 (5-6 kilogram emas) – setiap tahun nilainya bertambah sebanyak 20% setiap tahun! Tanpa berbuat apa-apa nilai emas tersebut berkembang dengan sendirinya, saya mengelar emas sebagai MAGNET KEKAYAAN!
  • Saranan saya adalah – mulakan simpanan anda dengan pelaburan emas. Bukannya menukar 100% ke dalam bentuk emas fizikal jika anda masih 50-50. Mulakan dengan jumlah 20% dari total simpanan anda.
  • Jika anda sudah merasai sendiri kenaikan harga emas then baru anda decide dengan jumlah yang lebih besar.
Kurang dari 8 tahun dari sekarang..

Original Source:   Public Gold Sarawak (PGS)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger