Home » » Bagaimana mengira dividen dan bonus ASB?

Bagaimana mengira dividen dan bonus ASB?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baru-baru ini saya menghantar satu email kepada pihak ASNB untuk bertanyakan bagaimana dividen & bonus ASB dikira. Berikut adalah jawapannya:

Tuan/Puan,

Kami dengan hormatnya merujuk kepada emel tuan/puan mengenai perkara di atas.

Untuk makluman, pengagihan pendapatan dan bonus (jika ada) akan dibayar melalui pelaburan semula ke dalam akaun ASB pada 1 Jan setiap tahun. Berikut adalah disertakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan/puan:-

(a)Pengagihan Pendapatan 

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2011:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2011  hingga Disember 2011     x KADAR
                                      12 Bulan

  • BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2011 sehingga Disember, 2011 (12 bulan).
  • Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
  • Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.

(b)Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2011 :-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2002 hingga Disember 2011    X   KADAR
                                120 Bulan

  • BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2002 hingga Disember 2011 (120 bulan)  dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
  • Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

Sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di 03-2057 3000/2057 3111 atau layari laman web kami diwww.asnb.com.my .

Sekian, terima kasih. 

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220

KOMEN ADMIN:

Daripada email di atas, kalau nak dividen dan bonus dikira bagi simpanan kita untuk satu-satu bulan, pastikan anda masukkan duit ke dalam ASB anda pada 1hb setiap bulan dan JANGAN keluarkan sehinggalah hari terakhir pada bulan tersebut. Jika dikeluarkan jugak, maka dividen bonus hanya akan dikira berdasarkan baki terendah pada bulan tersebut!

Contohnya:

31 Jan  - Baki dalam ASB 2000.00
1   Feb - Masuk RM1000.00
Jika tiada pengeluaran dibuat sehingga 29 Feb 2012, maka jumlah RM3000 akan dikenakan bonus.

Jika pada 7 Feb - Keluar Rm1000.00, maka baki RM2000 sahaja yang akan diberi div & bonus

Apa jadi kalau pada 9 Feb, kita masukkan RM3000.00 pulak?

Memandangkan baki terendah ialah RM2000, maka HANYA RM2000 sahaja yang akan diberi div & bonus


3 comments:

Yan|Aid said...

Assalammualaikum cikguemas.

Saya minta permission nak share cara kira dividen ASB ni dalam blog saya ye...tq

Noor Aishah said...

Thanks cikgu yati atas perkongsian ilmu tok..

ves said...

Pening la aq.. Nm tnye 1 je.. Yg dividen contohnye dia tulis (7.25 sen) tu sbnrnye RM7.25 or RM0.72(nombor 5 kt blakang nombor 2 tu sila abaikn sbb aq xtau nk sumbat kt mn.. Heheheh..)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger