Home » » ASB Reply My Email On Div & Bonus Calculation

ASB Reply My Email On Div & Bonus Calculation

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Artikel ini saya tulis last month tapi disebabkan kekangan masa, hanya sekarang baru ada masa nak edit dan post untuk dikongsi dengan rakan-rakan sekalian. Bagaimana kiraan untuk dividen & bonus ASB dibuat pada setiap hujung tahun? Ini adalah email yang saya kepada pihak ASB pada 13/01/2012.



Berikut ialah JAWAPAN daripada pihak ASNB: 

Tuan/Puan,

Kami dengan hormatnya merujuk kepada emel tuan/puan mengenai perkara di atas.

Untuk makluman, pengagihan pendapatan dan bonus (jika ada) akan dibayar melalui pelaburan semula ke dalam akaun ASB pada 1 Jan setiap tahun. Berikut adalah disertakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan/puan:-

(a)Pengagihan Pendapatan 

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2011:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2011  hingga Disember 2011     x KADAR
                                      12 Bulan

  • BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2011 sehingga Disember, 2011 (12 bulan).
  • Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
  • Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.

(b)Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2011 :-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2002 hingga Disember 2011    X   KADAR
                                120 Bulan

  • BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2002 hingga Disember 2011 (120 bulan)  dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
  • Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

Sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di 03-2057 3000/2057 3111 atau layari laman web kami diwww.asnb.com.my .

Sekian, terima kasih. 

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220




Berikut pula adalah contoh kiraan dividen ASB: 


"Untuk makluman, kaedah pengiraan dividen ASNB adalah berdasarkan kepada baki terendah setiap bulan seterusnya didarabkan dengan kadar dividen yang diisytiharkan oleh ASNB dan dibahagikan berapa bulan kita mencarum.

Mari mulakan pengiraannya:

Ogos

- Masukkan RM500.00
- Keluarkan RM100.00
- Masukkan RM100.00
Baki Minimum: RM400.00

Walaupun anda sudah masukkan RM400, tetapi oleh kerana ada pengeluaran pada bulan tersebut, baki minimum yang dikira ialah RM400.00, bukannya RM500.00 walaupun selepas itu RM100 dimasukkan semula.

September

- Baki dari bulan Ogos RM500.00
- Masukkan RM300.00
Baki Minimum: RM500.00

Meskipun RM300 telah dimasukkan tetapi RM500 adalah baki minimum pada bulan berkenaan. Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM500.00, bukannya RM800.00

Oktober

- Baki dari bulan Ogos RM800.00
- Masukkan RM200.00
Baki Minimum: RM800.00

Meskipun RM200 telah dimasukkan tetapi RM800 adalah baki minimum pada bulan berkenaan. Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM800.00, bukannya RM1,000.00

November

- Baki dari bulan Oktober RM1,000.00
- Tiada kemasukan pelaburan baru
- Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM1,000.00
- Baki kekal sehingga ke hujung tahun

Jadi pengiraannya ialah RM400 (Ogos) + RM500 (Sept) + RM800 (Okt) + RM1,000 (Nov) + RM1,000.00 (Dis)
= RM3,700 / 12 bulan X 0.07 (kadar dividen 7%)
= RM21.58"

Komen Admin:

Kalau duit ini kita plan tak nak pakai in more than 2 years, better go for gold. Sesungguhnya hasil kajian peribadi saya, emas takkan mengecewakan pelabur jangka panjang :) InsyaAllah. Jika berminat untuk membeli emas/perak Public Gold, jangan bertangguh lagi...sila hubungi saya di 019-8899467 / 019-8868494


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger