10 dirham Produk Terbaru Public Silver Sedia Untuk Ditempah!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selamat berhujung minggu. Saya doakan agar pembaca sekalian sihat sentiasa. Hari ini saya ingin berkongsi ilmu tentang produk terbaru keluaran PG iaitu 10 DIRHAM. Satu lagi mata wang Islam yang telah digunakan sejak dari zaman Rasulullah S.A.W lagi. Dengan nilai permulaan sekitar RM150 sekeping, pastinya ia merupakan produk yang mampu milik. Hendak seribu daya, kalau sehari simpan RM1.00, dalam masa 5 bulan, at least dapat sekeping :) Kalau RM10 sehari? Boleh dapat 2 keping dalam masa 1 bulan! Interesting ganjaran untuk orang yang BIJAK menabung.


Untuk membeli produk ini, sila sms/email:
Nama anda, ic, no. tel, email, bilangan item yang ingin anda beli 
ke 019-8899467  atau cgharyati@gmail.com

10 dirham-Produk terbaru keluaran Public Silver

Harga permulaan bagi 10 Dirham PS ialah RM150. 
Harga yang mampu dibeli menggunakan duit gaji bulanan anda! 
Segera bertindak sebelum harga melonjak naik :)


Kelebihan 10 DIRHAM Public Silver:
  1. Harga lebih murah dibanding dengan dirham yang sedia ada di pasaran
  2. Spread/Susut nilai: 19%
  3. Sesuai dijadikan sebagai mas kahwin
  4. Sesuai dijadikan sebagai souvenir/cenderahati untuk majlis yang bersesuaian.
  5. Sesuai dijadikan duit raya mahupun hadiah kejayaan peperiksaan sebagai pengenalan kepada anak-anak kepentingan simpanan emas dan perak.
  6. Transport Cost Semenanjung Malaysia: RM5
  7. Transport Cost Sarawak/Sabah/Brunei: RM10
  8. Harga berdasarkan turun harga perak dunia
Fakta menarik tentang Dinar & Dirham:

1. Apakah itu Dirham?
Dirham ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975 gram. 
1 dirham = 2.975g perak (999 purity)
10 dirham = 29.75g perak (999 purity)

2. Apakah itu Dinar
Dinar adalah syiling emas yang juga matawang Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.
1 dinar Public Gold hari ini berharga sekitar RM800
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.

7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’


7 dinar = 4.25g x 7 = 29.75g
10 dirham = 2.975g x 10 = 29.75g

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

-Riwayat Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal-

3. DINAR & DIRHAM - INFLASI=SIFAR...

Buktinya?
          

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah 1 DIRHAM
Hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 DIRHAM 


 
Harga kambing pada zaman Rasulullah SAW ialah 1 DINAR
Hari ini, 1400 tahun kemudian seekor kambing masih lagi berharga 1 DINAR 

Persoalan:
Jika saya mempunyai tunai di tangan sebanyak RM800. Yang manakah yang lebih baik saya beli? 1 dinar atau 10 dirham?

Jawapan: 
Jika anda memilih untuk membeli 1 dinar, anda akan dapat 1 keping 1 dinar sahaja.
Jika anda memilih untuk membeli 10 dirham, anda akan dapat 5 keping 10 dirham.

Secara peribadi, saya galakkan anda membeli 1 dinar walaupun anda dapat 1 keping sahaja. Kenapa?
Lihat susut nilainya. (Susut Nilai = Spread)
Susut nilai, S = (Harga PG SELL - Harga PG BUY) bahagi Harga PG BUY
Peratus Susut Nilai = S x 100%
Jom kita kira...Susut Nilai 1 dinar ialah 6.7% , manakala Susut Nilai 10 dirham ialah 19%. Semakin rendah susut nilai semakin cepat kita dapat keuntungan. Walau bagaimanapun, belilah emas dan perak mengikut kemampuan. Yang penting kita ada stok di tangan.


Sekiranya rakan-rakan ada pertanyaan, sila hubungi saya segera.
Ikhlas Berkongsi ilmu, 
Haryati Mohd Sarkawi
PG Authorized Priority Dealer
Code: A9873
H/P: 019-8899467 / 019-8868494
email: cgharyati@gmail.com

Emas Penyimpan Nilai Terbaik


Bismillahirrahmanrrahim,
Salam sejahtera pembaca sekalian,

Setiap bulan gaji bersih kita jumlah nombornya adalah SAMA. Akan tetapi setiap tahun juga harga barang meningkat yang menyebabkan jumlah barang yang dapat dibeli semakin berkurangan. Inilah yang dimaksudkan saya sebagai nilai duit menyusut/merosot disebabkan oleh INFLASI. Apakah option yang kita ada? Baca artikel dibawah ini sehingga habis
Hari ini artikel saya memberi penjelasan mengapa semua orang tidak kira individu, pemilik company/syarikat, ketua keluarga, CEO dan akauntan sekalipun mesti memikirkan untukdiversify/beralih menyimpan sebahagian daripada aset/simpanan mereka dalam bentuk EMAS FIZIKAL.
Inflasi tidak memilih sama ada orang itu kaya ataupun sederhana, kedua-duanya affected oleh inflasi. Malah, semakin banyak wang kertas disimpan.. Semakin besar kesannya dirasai..
Terdapat 2 kategori pembeli emas iaitu:
  1. Beli emas untuk tujuan pelaburan
  2. Beli emas untuk tujuan simpanan
Secara peribadi saya lebih cenderung membuat simpanan emas untuk masa depan berbanding dengan tujuan pelaburan.
Harga emas meningkat pada kadar peratusan yang agak tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu.
Pihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yang disimpan, tetapi ‘meminjamkan’ emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan bagi tujuan mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi.

Menggunakan wang kertas dollar untuk mendapatkan segala komoditi yang ada di dunia seperti minyak dan gas
Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain seperti minyak mentah, emas dan komoditi lain dengan menggunakan wang kertas sahaja.
Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas perlu dimiliki oleh semua individu (saya dan anda), syarikat kecil atau besar dan negara sebagai rizab bagi melindungi kekayaan sesebuah keluarga atau syarikat.
Ini disebabkan kerana sifat wang kertas itu yang nilainya semakin hari semakin berkurang nilainya.
Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila semakin banyak wang kertas dicetak, semakin besar nilainya akan turun.
Apakah itu inflasi? (Durasi 1 minit):
Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.
Sebagai contoh, pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah RM12.47 bilion. Pada laporan BNM yang terkini, jumlah kitaran wang kertas RM di pasaran telah meningkat kepada lebih 200 bilion.
Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah sebanyak 16 kali ganda atau 1,600%. Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda. Belum lagi…
Tahun 1970 – Harga nasi lemak RM0.50
Tahun 2012 – Harga nasi lemak kuantiti sama berharga RM3.50
Apakah kesan monetary Inflation (Percetakan Wang) (Durasi 1 Minit)
Asasnya berdasarkan pemahaman, jika ringgit wang dicetak lebih dan terlampau banyak,nilainya akan turun. Namun apa yang berlaku ketika ini adalah nilai lambat turun, tetapi PASTI  nilai semakin menurun.

Ramai yang tidak sedar sebenarnya duit kertas yang baru sebenarnya salah satu cara increase supply of money
Lonjakan harga emas dalam USD adalah berkait langsung dengan bekalan wang Amerika.
Di Malaysia, kita masih terikut tukaran asing untuk mendapatkan harga emas.
Akan tetapi apabila “Ringgit” dibandingkan dengan emas yang disimpan oleh Malaysia, maka akan dapat tahu nanti berapa nilai ringgit yang sebenar. Malaysia mempunyai rizab emas fizikal sebanyak 36 tan! Jumlah wang circulate di pasaran adalah RM200 billion. Itulah nilai ringgit kita =)
Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar  3-4% setiap tahun.
Namun hakikatnya kadar inflasi sebenar adalah kadar yang lebih tinggi. Sistem kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah – harga siling.

Notis harga ayam panggang di 'Bimmers Kuching'.. Tahun 2010 harga RM2.00 untuk satu kepak ayam. Tahun 2011 harga dinaikkan menjadi RM2.50. Meningkat sebanyak 25% !!
Satu hari nanti ia akan membuak/explode jua. Petanda awal ialah “kerajaan tidak lagi mampu menanggung subsidi”. Pengsubsidian adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar. Malaysia adalah negara yang memberikan subsidi terbesar di dunia iaitu sekitar RM73 billion setiap tahun!

Adakah anda yakin pengsubsidian akan kekal dalam tempoh 4-5 tahun lagi?
Fungsi emas adalah menyimpan nilai sebenar.

Harga emas 50 gram pada 2009 sekitar RM6,000 sahaja
Andai kata ketika ini 50 gram emas mampu untuk menghantar anak ke universiti. Maka jika berlaku krisis kewangan pun, dengan 50 gram emas itu anda masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun ketika itu 50 gram emas harganya mencecah RM25,000.
** Contoh di atas berdasarkan andaian harga 50 gram ialah RM10,000 (ketika ini). Dan 8 tahun lagi pada tahun 2020 harga 50 gram dijangka meningkat ke pada RM25,000 (RM500 segram)

Harga emas dari tahun 2000 sehingga kini. Kenaikan harga emas disebabkan 2 faktor utama: Kelemahan dollar Amerika & permintaan emas pelaburan dari seluruh dunia
Suggestion/saranan saya adalah supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji dalam bentuk emas fizikal. Katakan 1 dinar setiap 2 bulan. Malah ada juga pembeli-pembeli emas tetap membeli 20 gram emas setiap bulan daripada saya. Tidak kira harga turun atau naik kerana beliau tahu dlm jangka masa yang panjang harga emas nya tetap meningkat.

Buat pengetahuan pembaca, ramai pasangan suami isteri di Sarawak sudah mula menyimpan 1 dinar setiap bulan. Seorang RM400. Ada juga pasangan suami isteri menggunakan kaedah membeli 1 dinar setiap 2 bulan (RM200 seorang). Ini membuktikan sebenarnya mudah jika anda menyimpan nilai dlm bentuk emas berdasarkan kemampuan
Memang kalau boleh tidak mahu nilai ringgit itu jatuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.
Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap dalam sekelip mata?

Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas pisang jepun pula tidak laku.
Maka, dapat disimpulkan bahawa menyimpan emas adalah sebenarnya menyimpan hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot/hilang akibat kenaikan inflasi atau krisis kewangan.
Fakta & Justifikasi:
  • Jika saya mempunyai wang kertas sebanyak RM1,000,000 (1 juta) – saya kehilangan nilai sebanyak 4% setiap tahun iaitu kira-kira RM40,000!
  • Jika saya mempunyai emas bernilai RM1,000,000 (5-6 kilogram emas) – setiap tahun nilainya bertambah sebanyak 20% setiap tahun! Tanpa berbuat apa-apa nilai emas tersebut berkembang dengan sendirinya, saya mengelar emas sebagai MAGNET KEKAYAAN!
  • Saranan saya adalah – mulakan simpanan anda dengan pelaburan emas. Bukannya menukar 100% ke dalam bentuk emas fizikal jika anda masih 50-50. Mulakan dengan jumlah 20% dari total simpanan anda.
  • Jika anda sudah merasai sendiri kenaikan harga emas then baru anda decide dengan jumlah yang lebih besar.
Kurang dari 8 tahun dari sekarang..

Original Source:   Public Gold Sarawak (PGS)

Jana Pendapatan PASIF!

Bagaimana Menggunakan Gaji Untuk Membeli Emas

"Kaedah Praktikal Bagaimana Anda Mampu Membeli Emas Dengan hanya Sumber Gaji Anda Sahaja."



Sila ikuti langkah di bawah ini untuk download ebook PERCUMA. Anda perlu bertindak dengan SEGERA sebelum tamat tempoh promosi.

Langkah 1: Klik LINK INI: EBOOK PAKEJ PELABURAN EMAS   
Langkah 2: Register NAMA dan email anda
Langkah 3: Sahkan email dengan klik pada link yang terdapat dalam email anda
Langkah 4: Download ebook PERCUMA
Langkah 5: Register  PAKEJ PELABURAN EMAS
Semoga berjaya!

Penduduk Vietnam Sorok Emas di rumah

Tabiat Sukar Dikikis (simpanan yang baik)
Sorok Emas di rumah


TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.

Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.
Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.
Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.


“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.
Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.
Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.

Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.

Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.

Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.
“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.

Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.

Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.

“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.
Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai.
“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.

Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.


Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.

Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.
Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.

“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.

Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.

Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.
Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.

Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.

“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.
Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.
Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.

“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long. – AFP

Sumber :Harian Metro,18/02/2012

Artikel Asal: PemborongEmas.com

Pelaburan Emas bagi persaraan

بسم الله الرحمن الرحيم
Bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Salam sejahtera semua pembaca yang setia..
Today is Saturday, 11.02.12...walaupun sabtu, saya tetap turun ke sekolah untuk menjalankan tugas. Kita ada sekolah ganti hari ni. Ganti cuti Chinese New Year tempohari. In fact, banyak sekolah di sekitar bandar Kuching yang ada sekolah ganti pada tarikh yang sama! Hari ini saya nak share artikel yang ditulis oleh Master Dealer Sarawak, En Hafizul Hakim. Interesting artikel yang mesti dikongsi kepada semua pekerja, baik swasta mahupun kerajaan...Ok lets read...
Bagi kebanyakan orang yang bekerja makan gaji, pendapatan terhenti selepas sahaja mereka bersara. Dengan sedikit simpanan yang ada dalam KWSP @ EPF, mereka sukar meneruskan hidup dengan sebaiknya sepertimana ketika masih bekerja.
Pada ketika inilah penyakit mula datang dan memerlukan rawatan dengan kos yang mahal. Dalam masa yang singkat saja, kesemua wang yang dikumpul sejak mula bekerja sikit demi sedikit habis digunakan bagi membiayai bil perubatan.
Akhirnya jalan terakhir – terpaksa kembali bekerja dengan  pendapatan tidak seberapa.
Bagi orang seperti ini, simpanan tambahan adalah PERLU bagi menambah simpanan sedia ada selain KWSP. Berdasarkan kajian pakar perancang kewangan, seseorang memerlukan at least SEPARUH daripada pendapatan terakhirnya bagi mengekalkan cara hidup yang diamalkannya seperti biasa selepas bersara.
Ini bermakna sekiranya pendapatan terakhir seorang pekerja adalah RM3,000 maka dia memerlukan at least RM1,500 setiap bulan supaya hidup dengan selesa selepas bersara!
Justifikasi:
Katakan pekerja bernama Balotelli berusia 30 tahun yang mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan merancang membuat pelaburan persaraannya pada usia 58 tahun. Beliau merancang menyimpan secara 'mupok-mupok' (sedikit demi sedikit) melalui pelaburan emas. Berikut adalah langkah yang dapat di ambilnya.
  • Anggarkan unjuran pendapatan terakhirnya dengan mengambil kira POTENSI kenaikan gaji. Katakan beliau menerima kenaikan pendapatan secara purata 4% setahun. Oleh itu, unjuran terakhir beliau seperti berikut.
Tempoh Bersara:58 tolak 30 =28 tahun
Potensi kenaikan gaji pendapatan:RM3,000 x 1.04 x 28 tahun

** 1.04 adalah kenaikan 4% setiap tahun
= RM8,996
Oleh itu, potensi gaji terakhir beliau adalah lebih kurang RM9,000. Jadi, Balotelli memerlukan at least RM4,500 sebulan atau RM54,000 setahun!
  • Anggapkan Balotelli adalah orang yang sihat dan hidup sehingga umur 80 tahun iaitu 22 tahun selepas bersara. Oleh itu jumlah pendapatan yang beliau perlukan adalah:
  • RM 54,000 x 22 tahun = RM1,188,000!
Berdasarkan anggaran, beliau memerlukan at least RM1.2 juta bagi terus hidup selesa sehingga ke akhir hayatnya. So, Balotelli perlu ada simpanan sebanyak RM1.2 juta untuk menampung kehidupannya selepas bersara nanti.
  • Katakan beliau memilih untuk mengasingkan 10% (RM300 dari RM3,000) dari pendapatan bulanannya dan membeli emas 20 gram setiap tahun seperti di dalam jadual berikut:
UsiaSimpananUsiaSimpananUsiaSimpanan
303,600*405,329507,888
313,744**415,542518,204
323,894425,764528,532
334,050435,994538,873
344,211446,234549,228
354,380456,484559,597
364,555466,743569,981
374,737477,0135710,380
384,927487,2935810,795
395,124497,585Jumlah190,679
  • *Beliau membeli 20g emas menggunakan wang simpanan RM300 sebulan (RM300 x 12 = RM3600)
  • **Simpanan 10% untuk tahun seterusnya (ketika beliau berusia 31-58 tahun) hanya disimpan dalam ASB dan tidak digunakan untuk membeli emas lagi.
  • Dengan mengandaikan kenaikan harga emas sekitar 20% setahun, nilai emas dalam simpanan beliau sehingga usia persaraan adalah seperti dalam jadual yang berikut.
UsiaSimpananUsiaSimpananUsiaSimpanan
303,60040132,53950983,843
318,064*41164,588.96511,188,815.12
3213,570.5642203,270.60521,435,109.80
3320,334.1843249,919.12531,731,004.69
3428,612.5144306,137.12542,086,433.48
3538,714.9645373,848.09552,513,317.13
3651,013.1046455,360.59563,025,961.39
3765,953.0847553,445.31573,641,533.74
3884,070.5448671,427.47584,380,635.76
39106,008.5749813,297.79
*Mempertimbangkan kenaikan emas 20% setahun, 20g emas yang dibeli beliau semasa berusia 30 tahun akan berharga = RM3600 x 120% = RM4320 pada ketika beliau berusia 31 tahun. Jika dicampur simpanan cash 10% bulanan beliau maka jumlah value wang beliau ialah RM4320 + 3744 = RM8064.00...Jika beliau menggunakan wang RM3744 untuk membeli emas lagi, (maksudnya now dah ada 2 keping 20g gold bar) ketika beliau berusia 32 tahun value wangnya ialah RM13570...dan begitulah seterusnya!


Sekiranya kenaikan harga emas secara purata adalah konsisten sebanyak 20 peratus setahun, dan jika beliau konsisten membeli emas sekurang-kurangnya sebanyak 20g setiap setahun, insya-allah Balotelli berjaya menyediakan sebanyak RM4,380,636 menjelang persaraannya iaitu empat kali ganda berbanding matlamat asal sebanyak RM1.2 juta. Adakah ini mungkin terjadi? Lihat petikan akhbar Berita Harian di bawah:
Oleh itu, strategi membeli 20 gram sekeping  atau 5 keping dinar setiap tahun adalah mudah untuk di lakukan secara realiti =) Selamat mencuba!~

Harga 20 gram 999.9 pada tahun 2009 adalah sekitar RM2,200
Berminat membeli emas/perak, sila hubungi;
  • Haryati Mohd Sarkawi
  • Priority Dealer Public Gold (A9873)
  • H/p : 019-8899467 / 019-8868494
  • Email: cgharyati@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger