Home » » Tukang tilik ramal Obama kalah

Tukang tilik ramal Obama kalah

05/01/12



ANTONIO VAZQUEZ menunjukkan kad yang digunakannya semasa menilik nasib bagi tahun 2012 di bandar raya Mexico kelmarin.



BANDAR RAYA MEXICO - Seorang ahli nujum terkenal Mexico, Antonio Vazquez meramalkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan tewas pada pilihan raya Presiden 2012 dan dua lagi pemimpin negara rantau Amerika Latin akan menghidap kanser, menurut ramalan tradisi sempena Tahun Baru kelmarin .
Dikenali dengan gelaran Brujo Mayor, Vazquez membuat ramalan tersebut pada satu upacara sihir di bandar Catemaco, timur laut Mexico.
Dia berkata, Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang mendakwa telah sembuh daripada kanser yang dihidapinya akan kembali menghidap penyakit berkenaan dengan kali ini, keadaannya akan menjadi lebih teruk.
Selain Chavez, Presiden Argentina Cristina Kirchner, Presiden Brazil Dilma Rousseff, bekas pemimpin Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dan Fernando Lugo dari Paraguay Fernando turut disahkan menghidap kanser sejak beberapa tahun lalu.
Pada bulan lalu, Chavez menyatakan bahawa wabak kanser dalam kalangan pemimpin berhaluan kiri Amerika Latin berpunca daripada komplot jahat AS.
Berjanggut putih panjang, Vazquez bagaimanapun mendakwa penyakit yang dihidapi para pemimpin berkenaan berasal daripada sihir yang ditujukan terhadap mereka.
Vazquez turut meramal parti politik tempatan, Parti Institusi Revolusi (PRI) yang memerintah Mexico sejak lebih 70 tahun dahulu hingga tahun 2000 akan kembali berkuasa dengan calonnya, Enrique Pena Nieto akan memenangi pilihan raya Presiden pada Julai depan.
Dia membuat semua ramalan itu berdasarkan tilikan kad tarot dan pemerhatian bintang-bintang.
Mendakwa tilikannya adalah 80 peratus tepat, Vazquez pada tahun lalu pernah meramalkan nilai mata wang euro akan lemah dengan negara-negara membangun kembali dihimpit kemelesetan ekonomi.
Beliau bagaimanapun tersilap apabila menilik bahawa seorang pemimpin Amerika Latin akan dibunuh pada tahun lalu.
Sementara itu, bekas Gabenor Negeri Massachusetts, Mitt Romney dan Rick Santorum mendahului lima ahli politik Parti Republikan pada penggundian awal di negeri Iowa bagi memilih calon Republikan pada pilihan raya Presiden 2012 bagi menentang Obama daripada Parti Demokrat.
Selain Romney, ahli-ahli politik Republikan yang bertanding dalam pemilihan tersebut ialah Ron Paul, Newt Gingrich Jon Huntsman, Rick Perry dan seorang ahli politik wanita, Michele Bachmann. - Agensi
SOURCE: KOSMO ONLINE


My sincere comment
Canggih jugak tukang tilik oversea ni...siap tilik nilai mata wang euro lagi! Perlu ke suruh dia tilik harga emas pulak? Dalam islam, tilik menilik ni hukumnya haram. Untuk harga emas, baik kita buat research...kaji sejarahnya. Mengikut sejarah, memang kalau "zoom out" harganya semakin meningkat...kalau "zoom in" pada grafnya, pasti akan nampak yang harga emas ini ada turun naiknya...Untuk makluman semua, sekarang harga emas di tahap rendah. But, Wait! Jangan anggap penurunan harga emas ini sebagai satu "ancaman", anggap ianya sebagai satu "peluang". Belilah emas sekarang, simpan...InsyaAllah, u'll be happy oneday :)
Perasan tak sekarang Jan2012, grafnya turun. Ha inilah masanya kita beli/tambah stok...
Hmm...berbalik kepada hal tilik menilik tadi, bagi saya sebagai seorang muslim since dah ada hadis tentang emas dan perak seperti di bawah ini, itupun dah cukup untuk menambahkan confident saya. 
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Akan tiba satu zaman di mana apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia maka simpanlah Dinar  dan Dirham."
(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
1 Dinar = ukuran emas 916 seberat 4.25g
dirham = 'matawang' perak

Sekarang dengan bangganya saya mengatakan bahawa insyaAllah 10.10.12, saya akan membayar zakat emas perak yang saya simpan. 
Boleh simpan precious metal anda di safe deposit di bank, insyaAllah selamat...
10.10.12 ini genaplah haul (masa 1 tahun) saya menyimpan emas yang melebihi nisabnya. Saya ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk berusaha mengumpul harta dan cuba untuk join group yang mampu membayar zakat. Sesungguhnya zakat akan mensucikan dan menyuburkan harta kita, insyaAllah...

“ Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)…. 
-surah al-Taubah 19: 103-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger