Home » , , » Tips 1: Ajarkan Anak Tentang ASET & LIABILITI

Tips 1: Ajarkan Anak Tentang ASET & LIABILITI


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sebagai ibubapa di zaman yang serba mencabar ini, kita perlu mengajar dan menerangkan perbezaan antara aset dan liabiliti kepada anak-anak kita secara tidak formal. Ini sangat perlu, kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anak-anak menjadi mangsa inflasi dan materialistik. Nauzubillah...Menyedari hakikat ini, saya ingin berkongsi ilmu yang telah saya praktikkan dalam mendidik anak. Cara ini sesuai dengan saya, mungkin juga boleh dijadikan panduan untuk rakan-rakan yang masih tercari-cari cara terbaik...

Lesson Plan 1: 
Define ASET & LIABILITI dalam bahasa yang mudah.

Aset:
-Nilainya akan BERTAMBAH selepas suatu tempoh tertentu.
-Kalau hari ini kita beli harganya RM100, dalam masa 5 tahun lagi kalau kita jual harganya jadi RM200

Liabiliti:
-Nilainya akan BERKURANG selepas suatu tempoh tertentu.
-Kalau hari ini kita beli harganya RM100, dalam masa 5 tahun lagi kalau kita jual harganya jadi RM50

Lesson Plan 2: 
List down aset and liabiliti 

Senaraikan aset dan liabiliti dalam ruang lingkup kehidupan anak; sesuai dengan umur mereka. Kalau di peringkat sekolah rendah, contoh aset ialah MASA, ILMU BERMANFAAT & BUKU NON FIKSYEN. Kalau anak-anak tanya apa reasonnya, terangkan begini.

MASA: Pepatah "masa itu emas" dalam family saya dah tak wujud lagi. Kenapa? Emas boleh dibeli...Tapi masa? Ada sapa-sapa jual masa? Sebab tu lah, masa adalah aset no. 1 kita yang mesti diuruskan dengan bijak agar kita tidak menyesal suatu hari nanti. Hargai masa sepanjang masa. Bak kata Prof Muhaya, audit masa kita. Gunakan MASA untuk membuat kerja yang berfaedah, bukan sahaja untuk keperluan di dunia tetapi juga untuk perlaburan akhirat kita...

ILMU: Semakin banyak ilmu seseorang semakin tinggi kualiti hidup seseorang itu. Ilmu akan menjaga kita pada suatu hari nanti. Katakanlah kita ada banyak harta, katakan kita baru beli kereta besar...Malam pertama kereta di luar rumah kita, entah berapa kali kita bangun nak periksa, ada lagi tak kereta kita parking di luar...Maksudnya di sini, kita yang mesti menjaga harta kita...bukan harta yang menjaga kita! Berbeza dengan aset kedua yang kita perlu cari iaitu ILMU. InsyaAllah ILMU yang BERMANFAAT akan 'menjaga' kita...

BUKU: Saya ada satu set buku Keyword With Ladybird "Peter & Jane" yang saya gunakan untuk mengajar anak-anak saya membaca. Bagus buku ni...ibubapa digalakkan untuk memilikinya...Kalau ada anak berumur 3-4 tahun, dah boleh mula untuk belajar membaca...Alhamdulillah, anak-anak saya dah boleh membaca sebelum masuk Tahun 1 lagi...Siri  pertama saya beli kira-kira 8 tahun lepas ketika harganya RM8.45...Siri kedua saya beli 2 tahun kemudian dah naik RM9.90...Maka, ini boleh dijadikan contoh aset kepada anak-anak sebab harganya semakin bertambah...
Rakan sekerja senior saya, Pn Teo (sekarang dah pencen) membeli buku ini dengan harga sekitar RM5.00 sahaja tetapi enggan menjualkannya kepada saya kerana baginya buku-buku ini adalah aset yang boleh dijadikan warisan keluarga!

Bagaimana pula dengan contoh liabiliti? Banyak dek...untuk anak-anak kebanyakan mainannya ialah liabiliti...boleh beli tapi biar bersederhana...Teringat saya dulu, my son masa berumur 4 tahun pernah nangis2 dan berguling2 di lantai kedai sebab nak beli mainan. Alhamdulillah, my husband nekad...biarkan dia menangis sekejap dan dukung balik ke kereta...Biarlah orang di sekeliling memerhati...anak kita, kitalah yang bertanggungjawab. Selepas beberapa kali kerenahnya tidak dilayan, my son dah tak mintak dibelikan mainan :)

Lesson Plan 3: 
Give them 'real life' example tentang liabiliti dan aset

Haa...kita boleh bawak anak ke kedai yang mahu membeli balik handphone second hand. Opss...bukan maksud saya kita perlu jualkan handphone kita...Just tanya kalau nak dijual, bp tauke tu sanggup ambik...Dari sini kita secara tidak langsung mengajar anak-anak matematik. Katakan harga beli RM500.00. Harga jual, katakan RM200.00...Soalannya: Berapakah peratus penurunan harga? Bila kita tujuk cara kira pastinya anak kita akan lebih faham apa maksud liabiliti.



Hasilnya:

My daughter, now is 9yrs old. Dia dah ada simpanan sebanyak RM500 dlm Akaun Remaja ASB. Dia juga faham dan tahu jika kita simpan duit dalam ASB, walaupun duit tu nampak macam 'tidur' dalam akaun tetapi sebenarnya duit tu sedang bekerja...Kalau duit itu tidak dikeluarkan, hujung tahun  dia akan dapat dividen bonus...
My daughter's ASB Account

Baru-baru ni my daughter ask me a few questions about silver and gold because i let her touched our stock of 500g silver, 1 dinar, 10 g gold bar and 20g gold bar (before kita simpan di safe box di bank)...When i told her that harga emas naik lebih cepat dan tinggi...ini yang berlaku...

My daughter: Mama, adik nak beli goldlah...
Me: Sik perlulah dek...mama memang dah ada simpan gold dgn value RM10k untuk future study adek kelak...Duit adek biar jak dalam ASB :)

The next day my husband said our little princess approached him and requested the same thing! Prove that she is very determine! Haha...Selepas berbincang, akhirnya kami benarkan...dengan syarat wang simpanannya dah mencecah RM800...Mampukah dia menabung untuk capai RM800.00 tahun ini? Rasanya takde masalah. Sebabnya saya ada dua plan untuk tambah wang saku mereka.

My Plan 1: Surat Tawaran Kerja

Oleh kerana my kids everyday bawak bekal ke sekolah, saya boleh katakan mereka tak diberi wang belanja seperti anak-anak orang lain. Keperluan buku dan alatulis memang saya sentiasa pastikan cukup. Hmm...bagaimana saya nak mengajarkan mereka bagaimana mengurus wang saku, kalau mereka tiada wang saku? Ha...di sinilah timbulnya idea...Saya berikan mereka "OFFER LETTER"...

Offer letter 16 Julai 2011...

Berjaya tak? Saya tak katakan berjaya 100%...Cuma apa yang boleh katakan, ada peningkatan dari segi tingkah laku...Sekurang-kurangnya ringan sikit beban saya. Isteri bekerja tanpa pembantu rumah memang penat sikit...Dengan offer letter seperti ini, kita dapat agihkan kerja yang anak-anak mampu buat dengan lebih sistematik...Tanpa kita sedari, anak-anak kita pun mulai berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan kita...

My Plan 2: Galakkan membaca Al-Quran

Frankly speaking ilmu tajwid saya kurang...jadi saya tak confident untuk mengajar mereka ilmu mengaji Quran. Alhamdulillah, tanggungjawab ini suami saya yang laksanakan. Tapi disebabkan kekangan masa, suami saya tidak dapat mengajar mereka setiap hari. Maka saya keluar dengan idea..."1 page, 10 sen", masuk juzuk baru dapat extra "1 juzuk, RM5.00"...Saya cuba untuk menanamkan RASA bertuhan iaitu RASA sentiasa diperhatikan oleh Allah dalam diri anak-anak saya dengan membenarkan mereka mengambil sendiri duit dalam bekas apabila selesai membaca Al-Quran.

Mama: Mun dah baca 1 mukasurat, adek & abang ambik jak dirik mpun 10sen dari tabung mama. Sik perlu cakap kat mama. Mun kitak duak ambik lebih sekalipun mama memang sikkan tauk...Tapi...mesti ingat, ALLAH sentiasa nampak. Mun ambik lebih daripada sepatutnya, sik HALAL lah jadi duit ya...

Duit syiling dalam bekas yang saya biarkan di meja untuk 'upah' membaca Al-Quran
Katakan, mereka baca 1 m/s dalam bahasa Arab dan membaca terjemahannya di m/s seterusnya...
Maka mereka berhak untuk mengambil sendiri 20sen daripada bekas ini...

Apapun, kaedah di atas telah dan sedang saya praktikkan. Sesungguhnya apa yang baik itu diilhamkan kepada saya oleh Allah swt...Apa yang buruk itu memang daripada kelemahan saya sendiri...Kesimpulan yang boleh saya share di sini ialah sebagai ibubapa zaman sekarang, kita perlu kreatif dan inovatif...Tujuan didikan kita sama sahaja seperti tujuan ibubapa zaman dulu mendidik anak...tak lain dan tak bukan, untuk melihat anak-anak kita berjaya hidup di dunia dan di akhirat...

Cuma disebabkan zaman yang serba mencabar ini, cara kita mendidik juga perlu selari dengan zaman canggih ini...Untuk berjaya, basic didikan mestilah berdasarkan Al-Quran dan hadis...Nabi Muhammad s.a.w. kalau tak silap saya pernah berpesan, "Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya..." MasyaAllah! Jauh sungguh baginda berfikir...melangkaui masa...Maksudnya mulai sekarang tak bolehlah kita kata, "Dulu, nenek didik mak macam ni.......bla...bla...

Renung-renungkanlah, artikel yang saya copy dr Saudara Hafizul Hakim di bawah ini:
  • “ORANG kurang bijak ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG Bijak ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul.
  • Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin “
  • Robert Kiyosaki sering menyebut, cara termudah untuk mengenal pasti mana satu aset dan mana satu liabiliti adalah: Apa-apa yang masuk ke dalam poket anda digelar ASET & apa-apa yang KELUAR dari poket anda adalah liabiliti.

9 comments:

khoir said...

sangat2 berguna sebagai panduan buat insan yg blum ada anak...

ka . ka . mim said...

kmk x sempat nk baca abis tp sempat baca offer letter ktk ngn anak ktk... kreatif juak cara ya... salam kenal kak :)

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Alhamdulillah, sama-samalah kita share cara mendidik anak di zaman serba mencabar tok. Banyak perkara yang kita perlu tanamkan dalam diri anak2...sbg seorang cg sek men, dah puas kmk nangga parents kita yang nangis bila baruk sedar anak berolah...Kids nowadays mun sik kuat rasa berTuhan mudah gilak nak mulak mak bapak...Semoga Allah permudahkan urusan kita. Amin...Btw, mun berminat nak tauk tentang gold investment tok, just taip jak soalan k...TQ

Muhammad Ridhwan said...

This is a very good article cikgu. Kamek as a young adult pun inspired bila baca entri tok. :)

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Kmk pun sama juak. Happy dapat berkongsi ilmu. Mun ada nak share ur methode, just feel free to post here. Sama2 kita berubah ke arah kebahagiaan hidup berkeluarga :)

florence lahong said...

T, baru malam tok i abis baca paparan kitak tok..its very nice n creative ideas to tackle the nowadays kids..gud for sharing coz sharing is caring..love it dear..keep it up n pliz come wit mor n mor ideas...syukur dah terbuka hati n really nekad on dat day...thnx God for the miracle happened after i read the post shared on the wall.

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

MasyaAllah...great to hear that dear...will try to post more whenever have time & ideas...happy for u too :)

just azura! said...

terbaik post ini!. kalau saya ada anak kelak, pasti buat perkara yang sama. :)

Anonymous said...

the best..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger