Home » » Prestasi harga emas sepanjang tahun 2011

Prestasi harga emas sepanjang tahun 2011

Asslamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Cuti Tahun Baru Cina ini membolehkan saya membaca dan terus membaca berkenaan dengan perlaburan emas di internet. Makin dibaca makin seronok bila kita ada ilmu lain daripada rutin harian saya. Artikel di bawah ini saya perolehi daripada website Jutawanemas.com. Interesting artikel yang boleh dijadikan panduan.

"Jika anda perhatikan graf harga emas untuk tahun 2011, anda dapati pergerakan harga emas sangat menarik. Daripada awal tahun 2011 sehingga 6 September 2011 harga emas naik sehingga 30.51%
(garisan biru bertanda A). Banyak tu


Gambar: Graf harga emas sepanjang tahun 2011.

Kemudian dari harga puncak tersebut harga emas telah mengalami penurunan sebanyak 17.2% (garisan hitam)

Dengan kata lain, jika anda mengukur pencapaian tahunan emas maka tahun 2011 harga emas mencatat kenaikan sebanyak 13.31% sahaja (garisan Hijau B)
Jadi apakah rahsia memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda?

Salah satu rahsia untuk memaksimakan pulangan adalah anda perlu menjadi pelabur aktif. Anda perlu peka terhadap pergerakan harga emas dan bersedia menjual emas anda apabila harganya mencecah ketinggian tertentu.

Sebagai contoh, dengan menggunakan garisan trendline anda boleh melihat garisan kenaikan harga emas dengan mudah.

Trendline dan historical price merupakan kaedah favourite saya bagi menentukan bilakah masa yang sesuai untuk membeli@memborong emas dan bilakah masa terbaik untuk menjual emas.


Gambar: Trendline dapat dilukis dengan mudah menggunakan perisian Meta Trader.

Untuk menjadi pelabur aktif, kemahiran analisis teknikal harga emas menggunakan Meta Trader 4 sangat penting.

Ia membantu anda menganalisis pergerakan harga emas dengan lebih mudah.

Source: Jutawanemas.com

My Personal Comment:

Saya sedang cuba cara ini...Saya bahagikan perlaburan emas saya kepada 2 plan:
1. Plan A: Untuk jangka panjang
2. Plan B: Untuk jangka pendek

Plan A saya khaskan bagi perlaburan untuk pendidikan anak dan juga aktiviti untuk masa pencen nanti. Saya anggap emas dalam plan ini sebagai emas yang 'tidur lena' dan hanya dikejutkan / dijual bila keadaan terdesak. Elok beli emas yang lebih berat bagi kategori ini. Sebab makin berat emas tu makin rendah spread/susut nilainya. Makin rendah spread makin cepat dan makin besar keuntungan :)

Plan B pula untuk saya generate extra income yang boleh digunakan untuk melancong, membeli keperluan/kehendak tertentu...contohnya handphone/laptop baru (dengan syarat kita benar-benar memerlukannya). Handphone yang gunakan sekarang dah 3 tahun usianya...Selagi masih elok, saya takkan tukar...Sama juga dengan laptop saya saya gunakan sekarang...dah 4 tahun, alhamdulillah masih efficient untuk rutin saya :)

Emas dalam Plan B ini saya anggap "tidur-tidur ayam"...Dalam plan ini, saya cuba untuk amalkan cara otai2...beli bila harga rendah & jual bila harga tinggi...hehe...maksudnya bila harga jual mencecah target saya, katakan 25% untung per year, saya akan jualkan...Duit yang dapat tu akan saya simpan dalam ASB dan beli semula bila harga turun. Proses berterusan...Setakat ini saya perasan harga emas aktif pada waktu malam terutamanya pada malam hari Rabu dan juga malam hari Khamis... 

Sebenarnya ada banyak lagi cara lain untuk generate income...Saya juga ada terbaca tentang 
1) Emas & Arrahnu
2) Emas, ASB & Overdraf
Cumanya saya belum ada masa dan masih ada kekangan untuk mempraktikkan ilmu tersebut. 
Takpe, prinsip saya kita amalkan apa yang kita mahir dulu...biar lambat tetapi selamat...sekurang-kurangnya kita sudah mula bertindak...Mari kita sama-sama cuba untuk upgrade ilmu kita tentang emas & perak. Semakin banyak ilmu semakin faham kita tentang risiko dan kelebihannya. Saya akan cuba untuk share ilmu di blog ini. Semoga dapat membantu menjadi guideline untuk rakan2 sekalian.

Sharing Is Caring :)
Komen & Idea lain daripada rakan-rakan sangat2 dialu-alukan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger