Home » » My Son's UPSR Challenge: RM10 Vs 1 Dinar

My Son's UPSR Challenge: RM10 Vs 1 Dinar

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kacak sik nombor siri 1 dinar tok? ...P079777...

Sebenarnya ada cerita istimewa di sebalik nombor siri yang cantik ini...My son is 12 years old this year. Primary 6! Dah besar anak mama...Maksudnya anakku ini bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.  Since he goes to a Chinese School, so straight A in UPSR bermaksud 7A lah...bukannya 5A macam pelajar di sekolah biasa. Sebenarnya my intention to send my kids to a Chinese School hanyalah agar satu hari nanti mereka fasih berbahasa Cina dan mencontohi budaya masyarakat Cina yang selalu cemerlang dalam menuntut ilmu. Budaya Masyarakat Cina kah kalau cemerlang dalam peperiksaan? Sebenarnya, Islam menganjurkan kita CEMERLANG dari segala segi...bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, malah dalam adab terhadap manusia dan flora dan fauna pun MESTI cemerlang! Rasulullah s.a.w. banyak menunjukkan contoh bagaimana sayangnya baginda kepada kucing...Pernah suatu hari, semasa sedang duduk berehat, ada seekor kucing tertidur di hujung jubah baginda...Tidak mahu mengejutkan kucing tersebut, baginda memotong jubahnya dan berlalu pergi! MasyaAllah...

Berbalik kepada kisah anakku tadi...Untuk target 7A dalam UPSR memang takde dalam perancanganku. Aku tidak mahu anakku terbeban dengan target tinggi menggunung...biarlah anak-anakku belajar dalam suasana yang happy...Setakat hari ini alhamdulillah, resultnya boleh tahan...My kids are smart! Cuba perhatikan resultnya semasa di Tahun 5 pada tahun lepas...
Masih ada merah? Matematik Cina Paper 1: 33% dan Matematik Cina Paper 2: 20%
Hmm...Tapi ya Test Bulan Julai...Dalam Ujian Bulanan September dah nait 
ke 43% dan 40%...Not bad...There are still plenty of time to improve dear :)

Kalau anakku rajin sikit sure markahnya boleh naik tinggi...Lagipun dari Tahun 1-5, aku sentiasa busy dengan pencapaian students ku sendiri...Ramai cikgu seperti aku, mengajar anak orang bagaikan nak rak...anak sendiri terbiar...Apapun aku tidak mahu melakukan kesalahan seperti itu. My son is my aset! Tahun ini aku kena lebih serius...both anak sendiri dan anak orang mesti dipantau bagaikan nak rak hihi...

So I got this idea of using 1 dinar to challenge my son in UPSR...This was our conversations about 3 weeks ago...

Me: Untuk UPSR ikmal kelak, untuk setiap A yang ikmal dapat, mama akan berik hadiah sebanyak RM10...Mun ikmal dapat 1A, mama berik RM10...Mun dapat 2A, mama brik RM20....

My Son: Mun 6A? RM60 kah ma?

Me: Aok sayang...tapi...mun Ikmal dapat 7A...hadiahnya terus berubah jadi 1 dinar tok!
(Aku tunjukkan 1dinar dgn no. siri P079777 tadi kepadanya to show how serious i am...hadiah dah ada depan mata! Bukan setakat cakap di mulut sahaja...hehe...)

My Son: Hmm...berapa harga 1 dinar tok ma?

Me: More than RM700! Mun 7A jadi more than RM700, berapalah harga 1A mun camya...coba kira gak..

My Son: *kumat-kamit in mandarin*...1A jadi >RM100 lah ndak Ma? Wah! Banyaknya! Ikmal mok!

Dari perbualan ibu dan anak tadi, perasan tak anakku sangat excited bila dapat tahu harga hadiahnya melonjak naik 10 kali ganda jika dia dapat 7A...belum lagi mamanya crita yang nilai 1 dinar ini akan bertambah setiap tahun...Makin lama disimpan makin bertambah nilainya! Lebih baik daripada hadiah Samsung Galaxy SII!

Lanjutan dari perbualkan kami tadi...

Me: Mun benar Ikmal nak dapat 7A, mama akan tolong...
My Son: Tolong camni?
Me: Make sure buku ikmal cukup, Cek homework Ikmal everyday...Guide Ikmal in Math and Sains...Kejut Ikmal 15 min earlier supaya awal pagi dapat baca 1 karangan mandarin...No computer during weekdays....hehe...

Panjang senarai planning  mama ya...Alhamdulillah, my boy is smart...he agree with my planning...Cuma sekali sekala nya ada penyakit "M" yang perlu ditangani dengan bijak...InsyaAllah ada caranya...Yang penting, anakku ada semangat MAHU berjaya...Di sinilah kita cuba tanamkan unsur DUIT iaitu

D- DOA
U- USAHA
I- ISTIQAMAH
T- TAWAKKAL...

Dr Fadzillah Kamsah pernah menyatakan, "Anak-anak kita MEMANG CEMERLANG!"
Semoga anak-anak kita akan sentiasa CEMERLANG dan terus CEMERLANG! 
Amin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger