Home » » Harga rumah naik 20 peratus!

Harga rumah naik 20 peratus!

Peningkatan kos bahan mentah, isu kuota Bumiputera beban pemaju

PUTRAJAYA: Unjuran harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus dalam separuh kedua 2011 bukan disebabkan permintaan pasaran yang tinggi, tetapi sebaliknya berpunca daripada kenaikan harga bahan binaan dan kos pembinaan.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael K C Yam, berkata berdasarkan maklum balas diperoleh daripada sektor berkenaan, 65 peratus berpendapat harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus menjelang akhir tahun ini.
Sehubungan itu, katanya, 47 peratus pemaju berkata, mereka bercadang menaikkan harga jualan bagi projek masing-masing sehingga 15 peratus menjelang pelancaran jualannya akhir tahun ini.

Kesan inflasi terhadap kos pembinaan rumah
“Pemaju kini dibebani kenaikan harga batu bata, besi, simen dan pasir, selain masalah kekurangan tenaga kerja, manakala sikap tidak telus dan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani isu perumahan bagi kuota Bumiputera turut menyumbang kepada peningkatan kos operasi pemaju.
“Harga batu bata meningkat 27 peratus kepada 42 sen tahun ini berbanding 33 sen tahun lalu, harga besi kerangka meningkat 13 peratus kepada RM2,589 satu tan berbanding RM2,285 satu tan pada 2010. Sejak Julai lalu, harga simen, pasir, batu bata dan besi masing-masing naik lagi sehingga 46.2 peratus, 81.1 peratus, 47.2 peratus dan 69.5 peratus.
“Jadi, Panel Majlis Kebangsaan REHDA menggesa supaya peruntukan kuota Bumiputera disemak semula kerana ia antara punca utama pemaju menanggung kerugian, selain dibebani kenaikan harga bahan binaan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mengikut syarat sekarang, pemaju mesti memperuntukkan antara 30 hingga 70 peratus unit rumah untuk kuota Bumiputera dan unit yang tidak terjual hanya boleh dilepaskan jika mendapat kelulusan kerajaan negeri berkenaan.
Pemaju juga perlu membayar kadar diskaun tujuh peratus untuk kuota Bumiputera sebagai levi kepada kerajaan negeri berkenaan.
Michael berkata, unit rumah kuota Bumiputera kurang diminati pembeli Bumiputera sendiri kerana ia hanya boleh dijual kepada pembeli Bumiputera saja, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan pembeli pada masa depan.
Beliau berkata, fenomena itu menyebabkan pembeli Bumiputera lebih cenderung membeli unit rumah bukan kuota Bumiputera dan keuntungan pemaju pula terjejas kerana tidak ada pembeli untuk unit rumah kuota Bumiputera itu.
Katanya, syarat kuota Bumiputera itu harus dikaji semula kerana bimbang industri hartanah mungkin diperalatkan sebagai senjata politik pihak tertentu.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan pasaran hartanah negara masih kukuh kerana bergantung kepada pembeli tempatan yang menduduki sendiri hartanah dibeli, sekali gus terlindung daripada kemerosotan ekonomi yang memberi kesan ketara terhadap pasaran hartanah di negara maju.
Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Industri Hartanah REHDA bagi separuh pertama tahun ini, hanya 52 peratus pemaju, berbanding 55 peratus pemaju pada separuh pertama 2010, melancarkan projek baru.
Walaupun jumlah projek baru berkurangan, purata saiznya bertambah kepada 150 unit setiap projek pada separuh pertama 2011 berbanding hanya 100 unit bagi tempoh sama tahun lalu, sekali gus membuktikan pemaju lebih cenderung memilih projek mempunyai permintaan pasaran tinggi.
SOURCE: PGS
Komen admin:
  1. Apa tindakan anda selanjutnya? Jika masih membuat simpanan dalam bentuk paper investment (ASB, ASN dan sama waktu dengannya) maka simpanan anda tidak akan cukup untuk masa depan. 
  2. Masa untuk bertindak, tukar wang kertas anda dalam bentuk emas fizikal sekarang!
  3. Jika rumah sebelum ini berharga RM200,000 maka setelah kenaikan bernilai RM240,000! Kenaikan sebanyak RM40,000.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger