Home » » Harga Emas Semasa CNY 2012

Harga Emas Semasa CNY 2012

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Happy Chinese New Year! 

Dapat tidur tak malam tadi? Bandar Kuching gegak gempita disebabkan bunyi mercun tak henti2 bila jam menghampiri detik 12 malam semalam. Kalau di Kuching dah macam ni...di Sibu saya tak tergambar. Apapun, semoga kemeriahan tersebut akan menggambarkan keuntungan emas (untuk rakan seangkatan...hihi...) dan pertambahan nilai diri kita untuk tahun ini. Amin.

Berikut adalah harga emas pada pagi Perayaan Tahun Baru Cina 2012. Harap data ini boleh menjadi panduan...Ramai dah kawan-kawan saya kata harga emas turun semasa musim perayaan seperti ini. Benarkah? Kita tunggu dan lihat...Masalahnya kawan-kawan saya tidak dapat memberi data yang menyokong pandangan mereka tadi...setakat cakap-cakap saja....Takpelah, kita sama-sama collect data sendiri :)


Ternyata harga masih lebih tinggi (USD1664/oz) jika nak dibandingkan USD1531/oz pada 29 Disember 2011 iaitu 26 hari lepas...Takpe kita tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas hari ini. Bagi rakan-rakan yang sudah membeli, mungkin masih boleh berasa lega. Kenapa? Kerana sekiranya harga emas naik selepas ini, emas sudah kita beli dan dah ada pun di tangan kita. Bagi yang belum membeli, saya cadangkan belilah sekurang-kurangnya seketul hari ini. Jika harga emas naik, kita takkan menyesal kerana sudah bertindak...Fikir-fikirkan...untuk government servant, di bawah skim SBPA, gaji memang naik...Gunakanlah duit 'extra' itu untuk membuat EPP emas anda...Bayar 4 bulan akan dapat hasilnya :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger