Home » »

Perkongsian ilmu:


Data di atas ialah harga emas PG apabila harga emas dunia mencecah USD1723.70/oz.
Harga 10g emas PG pada ketika itu ialah RM1939.00

Hari ini, harga emas dunia agak rendah iaitu USD1616.60/oz...
Harga 10g emas PG pada hari ini ialah RM1827.00

Jika harga emas dunia mencecah USD1800/oz, pastinya harga 10g emas PG akan di sekitar RM2000...
Jika harga emas dunia mencecah USD2000/oz, pastinya harga 10g emas PG akan di sekitar RM2200..
Maka berapakah peratus keuntungan anda?
[(RM2200-RM1827)/RM1827] x 100% = 20%
Jika kenaikan harga emas ini berlaku pada bulan Ogos 2012, Keuntungan 20% tadi adalah untuk 8 bulan simpanan sahaja dan bukannya untuk 1 tahun seperti sistem perbankan lain!
Renung-renungkan :)

Jika anda ingin membeli emas, anda ada dua pilihan:
1. Beli sekarang dan simpan
2. Monitor harga, beli dan simpan

Jika anda mampu untuk monitor harga, mari join saya monitor harga pada minggu hadapan...Lebih 30% pakar analisis harga emas mengatakan harga emas akan turun minggu hadapan (insyaAllah)...sehingga Chinese New Year...selepas itu harga emas akan terus naik dan naik (insyaAllah)! Jika nak buat loan, ha...inilah masanya. Loan saya di Bank Rakyat baru sahaja diluluskan dan saya sedang memantau harga terbaik untuk mula memborong...

Jika anda ingin membuat loan, pertimbangkanlah kemampuan anda membayarnya...Janganlah sampai menjerut leher sendiri...Pastikan duit gaji yang lebih selepas membuat bayaran bulanan loan anda tadi cukup untuk belanja asas...bayar bil (letrik, air, rumah, kereta), belanja dapur (mungkin kurangkan makan di luar...lagipun makan di rumah lebih sihat :), belanja sekolah (buku & tuisyen anak-anak), belanja ibu bapa...dan amal jariah (mungkin potongan e-wakaf untuk menjamin perlaburan akhirat kita)...

Kenapa "Saya Mesti Pilih" Bank Rakyat? Sebagai seorang muslim, saya tidak mahu terlibat dengan riba'. Loan Bank Rakyat berlandaskan syariah...Dalam masa yang sama, saya juga inginkan keuntungan, maka saya mengambil loan untuk jangka masa 3 tahun sahaja di mana kadar yang dikenakan ialah 3.25% setahun...Katakan harga emas tidak mencapai target saya, saya akan biarkan duit pinjaman tadi di dalam ASB saya...I don't have nothing to loose...ASB pun menjana keuntungan melebihi 7% untuk cover loan saya tadi :)...Yang penting ialah selain daripada menjalankan core business sebagai seorang guru, saya juga dapat menjana pendapatan pasif seperti ini...Core business MESTI diutamakan. Saya juga mahu rezeki saya HALAL...Itulah antara doa yang saya panjatkan setiap hari...Semoga kita sama-sama beroleh:
"Rezeki yang halal dan berkat...
Ilmu yang bermanfaat...
Kesihatan yang berpanjangan...
Anak soleh dan solehah yang senang dididik...
Kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..."
Amin...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger