Home » » Bila Masa Paling Sesuai Untuk Membeli Silver & Gold?

Bila Masa Paling Sesuai Untuk Membeli Silver & Gold?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Seperti yang saya katakan sebelum ini, cuti Tahun Baru Cina ini memberi saya ruang untuk terus membaca tentang perlaburan emas dan perak. Saya ingin sangat tahu tentang teknikal analisis graf tapi takde masa dan cuba untuk jimatkan wang dengan menambah ilmu melalui bacaan dan mengikuti tutorial video di youtube. Entah macamana terjumpa website http://ariffshah.com yang sarat dengan ilmu yang kita boleh share. Post beliau ini dah outdated...last month tapi masih releven jika kita ingin memahami sedikit sebanyak tentang analisis graf...Takpe, slowly kita tambah ilmu...

"Berdasarkan tips-tips pakar dan daripada pembacaan ebook Pelaburan Silver, cara yang paling mudah untuk menentukan samada harga dan masa yang sesuai untuk membeli silver adalah dengan membeli ketika relatif harga silver adalah kurang daripada  1.

Bagaimana menentukan relatif harga silver?


1. Pergi ke stockcharts.com atau terus ke link ini untuk melihat harga silver.
2. Berdasarkan graf, anda dapat lihat garisan merah dan biru di sepanjang graf. Garisan itu dikenali sebagai moving average (MA) ataupun purata bergerak.
3. Garisan biru adalah 50-day moving average. Maksudnya angka yang ditunjuk disitu adalah purata harga bagi 50 hari yang lepas. Garisan merah adalah 200-day moving average (purata harga 200 hari).
4. Pengiraan untuk relatif harga adalah harga pasaran (spot price) dibahagikan dengan harga pada moving average. Biasanya, harga pada 200 MA diambil kira.
5. Jadi pada 29 November, relatif harga adalah 32/36.81 = 0.87. Masa yang paling sesuai untuk membeli adalah pada ketika relatif kurang daripada 1. Kalau lebih daripada 1, maksudnya harga silver sedang meningkat.
6. Relatif harga ni boleh digunakan untuk pembelian emas juga. Disebabkan harga gold masih di paras tinggi, pelabur membeli pada relatif harga berdasarkan 50 MA.
7. Jangan beli ketika relatif harga lebih daripada 1. Kenapa? Tengok carta ni.
8. Berita 14 September tu cakap, takde dah safe deposit box kat bank. Semuanya orang dah ambil sebab nak simpan emas.
9. Relatif harga emas masa tu (14 September) berdasarkan 50 MA adalah 1825/1720 = 1.06.
10. Kemudian tengok, Oktober dan November harga jatuh sehingga di bawah garisan 50 MA, waktu itulah yang sesuai untuk beli sebab relatif adalah kurang daripada 1.
11. Kalau harga jatuh lagi bawah paras 200 MA lagi cun kalau beli. Dalam masa setahun, insya allah kenaikan mesti melebihih 20%.
12. Itu sebab sekarang selera orang bertumpu pada silver sebab harga masih bawah 200 MA. Dan sekaranglah masa yang paling sesuai untuk beli.
13. Orang yang pandai akan beli ikut harga relatif. Saya pasti, ramai yang membeli emas masa bulan September tu, lebih-lebih lagi bila terbaca keratan akhbar seperti di atas. Sekarang tersangkut, kena tunggu lebih lama untuk harga emas naik. 
14. Pelaburan dan pasaran ni ada emosi dia. Bila dah sampai masuk surat khabar cakap semua orang sibuk beli emas, maka ada baiknya anda jangan ikut emosi pelabur masa tu. Memang dah terlambat.
15. Tunggu keadaan cool down macam sekarang untuk beli.
16. Nanti gold & silver naik balik, dalam surat khabar akan bising-bising lagi dan lagi ramai orang akan beli. Kepada yang dah tau dan beli masa relatif harga rendah boleh relax je tengok orang lain ni beli dan naikkan lagi harga sebab permintaan tinggi masa tu. Tersenyum sebab kita dah buat banyak untung =)
17. Boleh beli ebook pelaburan silver untuk bacaan lebih lanjut. Apa yang saya kongsikan ni basic je, tapi sebenarnya cukup dah sebagai panduan.
SOURCE: http://ariffshah.com


Update 13 Disember Berkaitan Gold & Silver

Penting! Sila baca entri ini sebab minggu ni dijangka ada pergerakan harga yang besar untuk gold dan silver.
Dah tonton video ni? Agak laju kan? Baca rumusan video di bawah. Untuk pengetahuan semua, video ni baru lagi diupload semalam. Jadi maklumatnya boleh dipakai dan updated.
1. 1950 – bekalan silver yang dilombong di permukaan bumi seluruh dunia mampu menampung keperluan sehingga 140 bulan. 1970 – bekalan berkurangan sebanyak separuh (70 bulan). 1990 – 55 bulan. 2010 – 11 bulan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, lokasi utama kita dapat silver sekarang adalah daripada permukaan bumi. Jadi kos dia lebih mudah. Bila silver mula dilombong di bawah tanah, kos akan meningkat berkali ganda, termasuklah harga silver.
2. Penggunaan silver dalam bidang elektronik tahun ini dijangkakan sebanyak 250 juta auns. Kena ingat, berbanding emas yang disimpan di dalam peti besi bank-bank dunia, silver digunakan dalam peralatan elektronik harian.
3. Dalam penggunaan untuk membuat panel solar, 75 juta auns silver telah digunakan pada tahun 2010. Pada tahun 2014, dijangka permintaan silver untuk membuat panel solar akan meningkat sehingga 130 juta auns (hampir 2 kali ganda dalam masa kurang daripada 5 tahun!)
4. Penjualan syiling Silver Eagle semakin bertambah dari tahun ke tahun dan telah mencecah sebanyak 35 juta syiling pada tahun 2010 atau sebanyak 4.8% silver yang dilombong pada tahun tersebut. Kemungkinan untuk syiling ini dileburkan semula untuk kegunaan industri adalah mustahil sama sekali, kerana ini adalah salah satu syiling silver terkenal di dunia. Hal ini adalah sama dengan silver yang digunakan dalam pembuatan smartphone.
5. Lombong baru di US dan Kanada mengambil masa sehingga 10 tahun sebelum ianya boleh mengeluarkan silver. Nevada di US yang selama ni merupakan negeri silver telah menunjukkan tanda-tanda bahawa tahap pengeluaran maksima silver di negeri tersebut telah pun berlalu. Pada tahun 1997 sebanyak 25 juta auns silver telah dikeluarkan oleh negeri tersebut manakala pada tahun lepas telah jatuh kepada 7.3 juta auns.
6. Berdasarkan laporan industri, pengeluaran silver sekarang semakin susah dan memerlukan kos & masa yang lebih banyak. Akan berlaku kekurangan silver menjelang 2020 atau mungkin seawal 2015.
7. Dengan kejatuhan harga silver baru-baru ini, pelabur di seluruh dunia sekarang sedang menunggu masa yang sesuai untuk membeli silver.
Itu adalah sedikit sebanyak ringkasan daripada video di atas. Saya buang part yang terlalu teknikal kerana ia memerlukan penjelasan yang panjang lebar.
Jadi sekarang, apa cerita minggu ni? Hari ni, harga emas telah jatuh sehingga ke paras support 1 iaitu dalam lingkungan $1680. Kalau siapa yang ikut Twitter saya, semalam lagi saya dah cakap gold akan jatuh minggu ni.
Untuk pengetahuan semua, harga support adalah apabila harga jatuh kepada paras terendah pada sesuatu masa. Biasanya kalau harga dah sampai paras support, ia akan melonjak balik, kekal ataupun jatuh. Kalau dah banyak kali harga melonjak balik pada kawasan support, ia dikenali sebagai strong support (lihat Support 2).
Adakah gold akan jatuh lebih jauh minggu ni? Jawapan saya berkemungkinan besar, ya. Pertama adalah disebabkan indeks kekuatan relatif (Relative strength index – RSI) yang semakin rendah (Lihat no. 1).
Kepada yang dah baca entri Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Membeli Silver & Gold, anda akan perasan harga gold dah jatuh bawah 50 MA (Lihat no. 2). Maksudnya sesuai dah sekarang. Terpulang kalau nak beli, tapi saya lebih suka menunggu harga jatuh lebih rendah. Seeloknya pada Support 2, iaitu $1612.
Tadi cerita pasal silver, kenapa sekarang cerita pasal gold? Senang je. Sebab kedua-dua ni berkait rapat. Kalau naik, dua-dua akan naik dan kalau jatuh, dua-dua pun jatuh. Saya suka tengok carta harga gold sebab pergerakan dia lagi ketara. Target belian silver saya adalah pada harga $28 dan seterusnya bawah $25.
Mungkin anda tertanya-tanya, kalau dah beli silver, bila harga tinggi nak jual kat mana/pada siapa? Yang tu nanti biasanya anda akan belajar sendiri, tapi kalau nak mudah, baca ebook Silver. Semua info macam tu dah ada dalam ebook.
Sekadar berkongsi ilmu. Kongsikan dengan rakan anda yang berminat dalam bidang ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger