Home » » Bila harga EMAS nak naik?

Bila harga EMAS nak naik?


Assalammualaikum,

Anda dah menyimpan emas? Jika sudah, alhamdulillah. Tapi mungkin ada satu kerisauan dalam hati mereka yang telah memulakan pelaburan emas terutamanya yang telah membeli pada tahun lepas ketika harga emas berada pada paras yang lebih tinggi berbanding harga semasa. Lebih-lebih lagi jika anda membeli pada bulan september di mana harga emas berada pada tahap yang paling tinggi iaitu USD1895/oz. Pada bulan tersebut, Public Gold 20gram bar hampir mencecah RM4000.

Jadi, hari ini ramai yang risau dan masih tertunggu-tunggu bila harga emas akan melonjak naik dan mencatatkan harga tinggi. Mari kita cuba mengubati kegusaran anda terhadap harga emas dengan memahami situasi harga emas sekarang dan apa yang perlu anda lakukan pada masa sekarang.

Untuk mengetahui adakah harga emas akan melonjak naik atau berapa lama tempoh yang perlu kita tunggu untuk melihat emas melonjak naik, kita perlu mengkaji saiz dan tempoh ketika correction - harga emas jatuh mendadak pada penghujung tahun lepas. Jika difikirkan secara logik akal, semakin besar penurunan harga emas, maka semakin panjang tempoh masa diperlukan untuk naik semula. Oleh itu, apa kata kita bermain dengan gold history price. Kita lihat sejarah harga emas untuk mengenalpasti jika ada pattern yang sama telah berlaku pada harga emas seperti sekarang yang mungkin boleh applikasikan untuk mengkaji situasi emas sekarang.

Graf emas Jan - Dis 2011

Pada 5 September 2011, harga emas telah mencatat rekod tertinggi iatu USD1895/oz dan seterusnya telah jatuh kepada USD 1531/oz pada 29 Disember 2011 iaitu penurunan sebanyak 19.2%.Untuk mengetahui bilakah harga emas akan mencapai harga USD 1895/oz semula, mari lihat sejarah harga emas dan berapa lama yang pernah diperlukan untuk emas naik semula selepascorrection yang agak besar.



Graf di atas menunjukkan tiga corrections yang besar semenjak tahun 2001. Di dalam graf itu juga dicatatkan berapa minggu yang diperlukan untuk harga emas tersebut
a) mencapai harga tertinggi sebelumnya, dan
b) kekal berada di atas paras tersebut.

Seperti yang dapat diperhatikan pada graf tersebut, sememangnya emas memerlukan beberapa tempoh masa untuk melonjak semula selepas satu-satu jatuhan harga. The bigger the correction, the longer it took. Misalnya, pada tahun 2006, selepas penurunan harga emas sebanyak 22.6%, ia memerlukan masa selama setahun empat bulan untuk harga emas tersebut naik dan mencapai harga tertinggi sebelumnya. Manakala, pada tahun 2008, ia memerlukan setahun enam bulan untuk emas memecah rekod tertinggi.

Correction yang telah berlaku pada penghujung tahun 2011, agak hampir sama dengan correction pada tahun 2003. Pada tahun 2003, harga emas telah jatuh sebanyak 16.2% dan harga tersebut naik semula selepas tujuh bulan dan dua bulan untuk terus kekal di atas paras harga tersebut.

Jadi, bila agaknya harga emas sekarang akan melonjak naik semula dan memecahkan rekod tertinggi sebelum ini?

Mari kita aplikasikan correction dan recovery pada tahun 2003 untuk correction semasa. Jika ia mengambil masa selama 29 minggu dan 4 hari untuk mencatat harga tertinggi selepas 16.2% penurunan, maknanya 19.2% penurunan memerlukan masa selama 35 minggu. Cuba anda kira 35 minggu dari tarikh correction tahun lepas, bilakah tarikh sebenar emas akan melonjak naik semula?

7 Mei 2012??

Itu cuma ramalan berdasarkan pattern yang telah lepas. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan pelbagai krisis yang masih belum selesai, tidak mustahil harga emas boleh turun kepada USD 1531/oz jika wang kertas dan liquidity memaksa para pelabur untuk menjual simpanan emas mereka. Eropah dan Amerika Syarikat juga mungkin akan meneruskan rancangan untuk mencetak lebih banyak wang kertas mereka. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya harga emas tidak akan mencecah USD 1900/oz selepas empat bulan akan datang .

Perlukah anda bersedih atau bimbang kerana masa itu terlalu lama? Jangan! Kerana anda sepatutnya bergembira. Anda mempunyai tempoh masa yang agak panjang untuk membeli atau memborong emas ketika harga masih rendah seperti sekarang ini. Jika harga emas telah melonjak semula ke harga tertinggi sebelum ini, maknanya anda tidak lagi dapat membeli pada harga hari ini.

Rebutlah peluang ketika harga emas masih rendah. Beli emas sekarang kerana jika harga emas telah mula naik dan mencecah USD1900/oz, anda tidak mungkin dapat menikmati kembali harga sekarang iaitu USD 1600/oz.

SOURCE:  GOLD PROCESSOR 


Untuk membeli sila hubungi saya di 019-8899467 / 019-8868494, boleh juga email ke cgharyati@gmail.com
Stok 1 dinar, 10g dan 20g available :)

3 comments:

Raudzah Zahari said...

Ulasan yang baik..tapi masih samar-samar coz world economic performance very fragile..

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Cik Raudzah,
Tq atas komen yang bernas. Ini artikel awal tahun 2012. Apa yang saya perhatikan, lately harga emas mula menurun terendah ialah pada 16 April 2013, di mana 1 dinar mencecah RM584 maksudnya RM137/g. Tapi hanya utk 20 min sahaja. Perlu diingatkan hanya emas fizikal PG sahaja setakat ini betul2 mengikut harga semasa. Kalau emas di kedai memang tidak sempat mencecah harga tersebut.

Untuk rakan-rakan yang belum membeli emas, mungkin ini masa terbaik untuk bertindak. Emas PG ini sangat sesuai dijadikan pelaburan jangka panjang > 3years. Jika anda bersemangat pun boleh dijadikan pelaburan jangka pendek dan sederhana. Saya sedang bereskperimen. Insya Allah, akan sedia berkongsi hasilnya di sini. Keep in touch ok :)

Meryl Heitinga said...

Kami ingin memaklumkan orang ramai bahawa JAMINAN KEWANGAN PINJAMAN SYARIKAT kini sedang memberi pinjaman pada kadar yang berpatutan sebanyak 2% setahun. Kami memberi jumlah pinjaman minimum 10,000.00 dan jumlah maksimum sebanyak 100,000,000.00. Jika anda memerlukan kewangan untuk pengembangan perniagaan, tujuan pertanian, pembayaran balik hutang, pinjaman kereta dan pinjaman pendidikan maka kita boleh membantu besar dan bantuan kepada anda. Untuk lebih banyak pertanyaan mengenai program kredit kami kami cadangkan anda menghubungi email rasmi kami di bawah: financialassuranceloans@gmail.com, financialassuranceloans@accountant.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger