Home » , » ASB For KIDS!

ASB For KIDS!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,


Tahukah anda sekarang kita boleh membuka Akaun Remaja ASB untuk anak-anak seawal usia 6 bulan?
Suami saya telah membuka akaun anak dengan perlaburan permulaan sebanyak RM50.00 pada 10/10/2011. Suatu tarikh keramat dalam hidup kami sekeluarga...Tarikh bermulanya "revolusi" pengurusan kewangan yang lebih serius bagi kami...hehe...macam besar je bunyinya...Ada masa dalam post yang akan datang saya ceritakan...

Sebenarnya selama ini saya tidak pernah membuka akaun lain untuk anak2 selain daripada Akaun Tabung Haji. Kalau ada sahaja duit raya mereka, saya akan masukkan dalam ASB saya memandangkan itulah perlaburan yang paling tinggi pulangannya dan berisiko rendah.

Pada tarikh keramat 10.10.11, saya laburkan RM20k dengan membeli emas Public Gold untuk pendidikan anak-anak saya...RM15k itu sebenarnya hadiah tempat pertama yang anak-anak saya perolehi dalam Pertandingan Kreatif Sains & Matematik Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia...RM5k lagi ialah duit mereka yang ada dalam akaun ASB saya selama ni...Sila rujuk artikel pertama saya di blog ini...KLIK DI SINI

Berbalik kepada kisah ASB tadi...now my kids excited menyimpan! EXCITED? Apa maksudnya? Bila nampak sendiri buku akaun dengan nama mereka, anak-anak saya cuba untuk cari cara bagaimana nak generate income...



Interesting Effect Of My Kids Akaun Remaja ASB:


Seminggu selepas dapat akaun ASB, di luar pengetahuan saya dan suami, anak-anak saya rupa-rupanya merancang their own secret bussiness! 'Perniagaan' recyle dan reuse stationary!
Caranya:
1. They setup their own group....consists of 4 members including themselves
2. Mereka mintak kawan-kawan bawa barangan terutamanya stationary yang tidak digunakan di rumah ke sekolah...Hasilnya mereka dapat kumpul pencil, keychain, homemade bookmark, free gift sticker, notepad dan sebagainya.


3. Mereka senaraikan barangan dalam jadual dengan harganya.
Now they are ready for business!

Berikut adalah untung kasar 'company' si cilik ini:
Hari Pertama: RM18.00
Hari Kedua :  RM19.00
Hari Ketiga : Dapat verbal warning daripada Guru Kelas. Haha!

Apapun setelah dicampur dan dibahagi empat, setiap seorang ahli kumpulan mendapat RM9.25 seorang!

Mulai daripada hari itu, asal ada kesempatan, anak-anakku pasti akan menambah pelaburan ASB mereka.


Komen Mama:
Good that they had learnt something about making money but they need to be guided about "halal" source of income...Walau apa pun yang anak mama buat, ingatlah
Rules No. 1:
Allah sentiasa memerhati dan tahu apa yang kita buat termasuklah apa sahaja yang terlintas di hati kita. Be clear about our ultimate goal...iaitu Bahagia hidup di dunia dan di akhirat...

Rules No. 2:
Menuntut ilmu tetap No. 1. Untuk dapat akhirat, kita masih perlu ilmu dunia. Harta dunia tetap merupakan harta sementara. Boleh dikejar sama lajunya dengan kita mengejar 'harta' untuk bekalan di akhirat nanti.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger