Home » » Akhirnya My 1st EPP Settled!

Akhirnya My 1st EPP Settled!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini settle Easy Payment untuk 2 ketul 500g silver yang saya dan suami buat 4 bulan lepas. Seorang 1 ketul :)...bertambah lagi stok Plan A kami iaitu pelan perlaburan jangka masa panjang kami. Maksudnya silver ini kami akan simpan dalam safe box di bank untuk lebih daripada 5 tahun...dan hanya akan dijual jika keadaan terdesak.

Public Silver 500g dengan nombor siri P004830 dan P004831 siap tercatat pada sijil dan bar sebagai satu tanda security.

Jumlah bayaran saya selama 4 bulan ialah RM2096.00. Ini meliputi harga (RM2046), transport ke Sarawak (RM40 seketul) dan admin charge untuk EPP iaitu 0.5% daripada harga belian (RM10)

Jadual menunjukkan bagaimana bayaran saya bayar selama 4 bulan. Berikut ialah ringkasannya:

"My 1st Payment = RM522 + RM10 (admin fee)
My 2nd Payment = RM522
My 3rd Payment = RM522
My 4th Payment = RM520"
JUMLAH BAYARAN = RM2096

Kenapa saya buat EPP? Sebenarnya 4 bulan lepas, saya tak cukup cash untuk membeli 500g silver secara one lump sum. EPP membolehkan saya berDISIPLIN untuk membuat bayaran. Hasilnya hari ini saya dapat hasilnya. Kalau katakan saya mempunyai wang untuk membuat semua bayaran sekalipun, EPP masih lagi pilihan yang bijak. Charge sebanyak 0.5 bagi tempoh 4 bulan masih lebih baik, memandangkan jika saya simpan wang untuk bayaran 3 bulan seterusnya tadi di dalam ASB saya masih boleh enjoy dividen bonus ASB yang masih lebih tinggi...Jika dividen bonus ASB ialah 8%, untuk 4 bulan berapa persen kita untung? 8/12 darab 4 = 2.66%...masih tinggi untung dibanding 0.5% admin charge tadi :)

Harga 500g silver hari ini ialah RM2066. Campur transportation RM40, harga bersih sebenarnya ialah RM2106....dibandingkan EPP saya RM2096? Masih lagi saya untung RM10! Hihi...

Kenapa pilih SILVER? 
Kan harga silver lambat NAIK? 
Boleh UNTUNG ke beli silver ni? 

Persoalan di atas mungkin berlegar di fikiran rakan-rakan sekalian, bukan? Baik saya terangkan mengikut reseach dan pandangan peribadi saya. Sapa yang tak nak untung? Saya tidak terkecuali. Harga silver tidak seaktif harga emas yang naik/turun disebabkan oleh kekuatan/kelemahan USDollar dan juga urusniaga emas oleh pemborong emas dunia. Harga silver berubah disebabkan permintaan industri...Industri elektronik dan kecantikan banyak menggunakan produk ini.

1) FAKTA SEJARAH yang memungkinkan harga SILVER NAIK

Berdasarkan fakta terkini kesan daripada tsunami yang berlaku di Jepun di mana Ekonomi Jepun telah mengalami kerugian sebanyak USD171 Billion estimated by the investment bank Credit Suisse. Malapetaka tsunami ini juga telah menyebabkan banyak company hold pengeluaran produk mereka seperti Toyota Motor Co, Sony Corp dan juga Panasonic.
Selain itu, kemusnahan reaktor nuclear Jepun yang membekalkan sumber elektrik ke seluruh negara Jepun terjejas teruk dan menyebabkan penduduk jepun terpaksa menghadapirotating power outage (every 45 minute to 1 hour bekalan elektrik tiada di sesebuah kawasan). (Baca seterusnya di Japan’s Economic Losses due to Tsunami).
Kesan daripada kerosakan serta lumpuhnya sektor ekonomi Jepun, pakar ekonomi dunia berpendapat negara Jepun akan menggunakan SILVER untuk memainkan peranan utama dalam recovery proses ekonomi mereka. Silver bukan sekadar logam yang berharga malah merupakan benda asas utama dalam industri mereka. Salah satu material yang paling konduktif (aktif) yang banyak digunakan dalam sektor fotografi, compact discs, semikonduktor & peralatan perubatan. (Untuk lebih terperinci klik Silver to play a major role in Japan recovery.


2) JIKA harga SILVER naik RM1/gram, berapa saya untung?


Berat Silver Kami : 500g x 2 = 1,000 gram (1kg)

Harga sekarang: RM4.116 segram

Total Harga: RM4116.00

Kalau harga silver naik RM1.00 segram, maka kenaikan adalah sebanyak (RM1.00 x 1,000 gram) iaitu RM1,000! Maka peratus keuntungan kami pada masa itu nanti ialah 
(RM1000/RM4116) x 100% = 24.30%!

Since harga silver sekarang murah, kenapa nak lepaskan peluang or nak tunggu harganya dah mencecah RM10 segram baru nak beli kan? Fikir-fikirkanlah...



Jika berminat untuk membeli emas/perak sama ada secara fullpayment atau EPP (easy payment) sila hubungi saya di 019-8899467 / 019-8868494. 
Semoga perlaburan kita diberkati Allah. Amin

8 comments:

Chelsea MeRule said...

mcm mana awak nk jual balik silver tu?? kt siapa?? boleh gadai tak silver nih?? maaf byk plak soalan.

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

TQ ada feedback, komen & soalan sangat dialu-alukan :)
1. Kat mana nak jual silver?
Jwpn: Boleh jual balik kepada Public Gold Marketing Sdn Bhd dgn harga PG BUY pada nila2 masa. Kalau kita dealer, setiap jualan balik kepada Public Gold kita akan dpt komisen 0.5%

2. Gadai? Setakat ni setahu saya belum boleh digadai. Sebab tu la, silver ini kita MESTI target untuk simpanan jangka panjang. Kalau kita memang ada membeli emas untuk perlaburan digalakkan kita laburkan 80% dlm btk emas dan 20% dlm bentuk silver. Robert Kiyosaki pernah menyatakan: "Gold & Silver are God's Money!"
Read this for more info on http://www.viddler.com/explore/JBWilson/videos/2/

Mr Anon said...

salam puan,

pembelian guna epp nih bayar dulu baru dapat barang or brg dapat dulu n continue bayar sampai habis?

tqvm

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Salam,

Betul. EPP bayar dulu secara ansuran dalam masa 4 bulan.
Pada bulan ke empat kita call PG dan bagi tau tarikh bila nak collect.
Kalau katakan kita settle EPP lebih awal, lebih awallah kita dapat item tu.

Kebaikan EPP ini ialah
1. Kita 'seolah-olah' membeli emas/perak dengan harga 4 bulan lepas.
2. Kita boleh berdisiplin membayar selama 4 bulan utk mendapat emas/perak.
Wasalam.

florence lahong said...

T, wat d different...if pay cash..dpt discount ka?or if EPP bole dpt discount juak kah or duak2 sikda discount?

florence lahong said...

T,another Q,i went to the website Kitco survey the price but aku sik paham gilak la maca or molah analisis price ya..how wo?

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Dear Flo,
Happy to see ur comment here :)
Ans: Untuk customer biasa TIADA diskaun diberikan utk EPP or Fullpayment. Untuk dapat diskaun mesti jadi dealer dulu.
1. If u buy RM20k in 1 receipt, then u'll entitle as a NOrmal Dealer (ND). Belian pertama (RM20k) dan seterusnya akan dpt komisen 1%
2. If u buy RM100k in 1 receipt, then u'll entitle as a Priority Dealer (PD). Belian pertama (RM100k) dan seterusnya akan dpt komisen 1.5%

So for me, if mampu then better be a Priority Dealer directly. Wp emas di tangan we sell to our friends, title PD kita masih dpt. Ada 'long cut' utk jd PD...in 6 month (Jan-Jun) and (July-Dec), if can rekrut 5 ND, can also become PD...Reminder, if u become dealer in Oct, ur 6 months also ended in Dec....

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Kitco Survey? Analisis price? Actually nobody knows what will happen to the price in short term. Sometimes survey said naik, but then turun and vice-versa. As for this 2 months, i can say IS still the best time to buy. The price is near to 'support' line which means 'low' price. The potential for the price to raise is higher....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger