Home » » Tembok USD1600/oz PECAH!!!

Tembok USD1600/oz PECAH!!!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semasa artikel ini ditulis jam sudah menunjukkan pukul 2.19 pagi...Rakan-rakan dealer PG masih ramai yang online...Masing-masing sedang monitor harga emas yang sejak kelmarin semakin rendah. Pagi tadi harga 10g gold bar = RM1829...sekarang sudah mencecah RM1777...Kini harga emas dunia sudah memecah tembok USD1600/oz...Hah! Inilah masanya untuk memborong! Menambahkan stok emas fizikal untuk perlaburan. Jika anda bijak, beli sekarang semasa harganya SANGAT rendah ini. Bila harga naik nanti, bolehlah kita buat mega sale...macam-macam sale boleh buat, namakan sale itu sempena 'hari jadi'lah , sempena 'hujung minggu'lah, sempena 'hari merdeka'lah, sale 'hari raya' dan sebagainya...Saya juga nak borong dan kalau anak saya dapat result UPSR yang baik, insyaAllah saya nak buat Mega Sale Sempena UPSR hehe...mesti ada planning :) Bercakap tentang UPSR, sebagai ibubapa saya sentiasa mendoakan kejayaan anak saya. Of course doa sahaja tidak mencukupi, MESTI ada usaha. Barulah boleh bertawakkal. So cuti ni saya disiplinkan  Ikmal dengan sembahyang tak tinggal, insyaAllah...Pada sebelah pagi buat latihan model, belah petang barulah boleh online/pc game/tv... Matematik memang saya boleh ajar tapi paper Mandarin... huhu...saya tak dapat nak ajar!

Eh, melalut pulak da...ha, sambung balit cerita emas tek...Proses membeli emas pada masa harga murah dan menjualnya pada masa harga mahal boleh diteruskan untuk mendapatkan lebih pulangan. Proses ini boleh diteruskan kerana harga emas memang akan turun naik...tapi perlu diingatkan, turunnya harga emas tidak akan lebih rendah daripada tahun sebelumnya...inilah indahnya / uniknya perlaburan emas...

So sempena pecahnya tembok USD1600/oz, maka saya nak share sikit info ini...
Berikut adalah graf harga emas tiga hari ini:
 Petunjuk:
Biru - Isnin 12/12/11
Merah - Selasa 13/12/11
Hijau - Rabu 14/12/11
Jelas menunjukkan Rabu, harga emas paling rendah, paras terendah so far hampir kepada USD1560/oz


Ini pula graf yang fokus kepada hari ini sahaja.
Graf ini lebih berfokus kepada urusniaga hari ini sahaja. 
Perhatikan, hampir di setiap titik ada graf turun dan naik...


Berikut pula adalah graf untuk tempoh yang lebih panjang. 
Jelas menunjukkan untuk jangka panjang (contohnya Graf 10 tahun), bila kita zoom out grafnya memang semakin meningkat! Tapi bila kita 'zoom in' (rujuk graf 60 hari), sebenarnya pada setiap titik peningkatan harga itu akan ada turun naik...Nasihat ikhlas daripada saya ialah asingkan duit yang anda tidak plan untuk guna lebih dari 2 tahun, dan laburkan dengan membeli emas fizikal ini. Sementara harga masih RENDAH!


Now, saya suka untuk menunjukkan harga emas PG sekarang berbanding dengan beberapa hari sebelumnya:


Nampak tak kenapa saya kata harga sekarang sangat murah? Kalau tak nampak tengok sekali lagi :)

Senario di atas mengingkatkan saya pada artikel yang pernah saya post sebelum ini:
Kalau harga emas mencecah USD2000/oz nanti, bayangkan sahaja berapa banyak anda untung. Masa tu nanti bolehlah bawak anak-anak pergi melancong...paling best kalau dapat buat umrah.

Menurut kata En Hafizul Hakim, Master Dealer Public Gold Sarawak, harga emas secara puratanya naik antara RM30 - RM40 untuk setiap 1 gram.
Katakan kita beli 10g gold sekarang. Harganya RM1777.
1 gram untung RM30 - RM40 setahun
10g untung RM300 - RM400 setahun

Now, katakan kita tak nak beli emas tapi kita laburkan dalam ASB, simpan duit RM1777 tadi selama setahun di ASB dan tak keluar-keluar. Agak2 berapa anda untung? Oklah cincai...katakan dividennya
ialah 8% mari kita  tekan kalkulator, 
Untung simpan RM1777 di ASB = RM1777 x 8/100 = RM142

Ha...yang mana pilihan anda? 
RM300 atau RM142

So sempena harga rendah sekarang, yang nak promo jadi dealer PG.

1. Anda akan automatik menjadi Normal Dealer dengan belian sebanyak RM20,000 (termasuk kos pengangkutan) dalam 1 resit dan akan mendapat komisen 1% atas semua belian anda (termasuklah belian RM20k tadi)

2. Anda akan automatik menjadi Priority Dealer dengan belian sebanyak RM100,000 (termasuk kos pengangkutan) dalam 1 resit dan akan mendapat komisen 1.5% atas semua belian anda (termasuklah belian RM100k tadi)

Jika berminat, sila hubungi saya di 019-8899467 / 019-8868494



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger