Home » » Ringgit dijangka mengukuh berbanding Dollar AS

Ringgit dijangka mengukuh berbanding Dollar AS

2011/12/24 KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mengukuh berbanding dollar Amerika Syarikat (US) minggu depan, berdasarkan faktor luaran yang meningkat, kata peniaga.

Mereka berkata, ringgit dijangka bergerak selari dengan mata wang serantau berikutan keyakinan terhadap unjuran ekuiti global susulan operasi pembiayaan agresif oleh Bank Pusat Eropah serta data US yang lebih kukuh.

Seorang peniaga berkata, peserta pasaran enggan membeli mata wang Asia sejak kebelakangan ini, selain berhati-hati terhadap unjuran bagi bulan yang akan datang berikutan kebimbangan terhadap impak krisis hutang zon euro ke atas ekonomi Asia.

"Saya menjangkakan mata wang Asia mungkin meningkat jika euro mula pulih," katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit mencatat prestasi turun naik berbanding dollar AS.

Ia memulakan minggu ini pada kedudukan negatif, meningkat pada Selasa dan Rabu dan menurun pada Khamis dan melantun semula pada Jumaat untuk ditutup pada kemuncak minggu ini pada 3.1550/1600 berbanding 3.1770/1790 pada minggu lalu.

Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia rendah berbanding dollar Singapura kepada 2.4403/4460 daripada 2.4360/4394 sebelumnya, namun mengukuh berbanding yen kepada 4.0423/0508 daripada 4.0767/0809 minggu lalu

Berbanding pound British, ia susut kepada 4.9527/9615 daripada 4.9320/9360 sebelumnya, namun mengukuh berbanding euro kepada 4.1242/1317 daripada 4.1377/1419 minggu lalu.

Pasaran ditutup pada Isnin depan sempena cuti Krismas. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger