Home » » Pergerakan Pelaburan Emas Setakat Ini

Pergerakan Pelaburan Emas Setakat Ini

17 Disember 2011


Ekonomi eropah mungkin dalam keadaan genting sekarang, tetapi kami tidak pasti pula apa kesannya kepada Malaysia. Dalam Jobstreet hari ini, diterangkan ramai pelabur menjual aset emas mereka khamis lalu untuk mengimbangi kerugian dalam ekuiti dan bon. Ini membuktikan emas sebagai penyelamat aset kerana jika pelaburan emas merugikan pelabur, mereka seharusnya menjual ekuiti untuk menampung kerugian emas bukannya menjual emas untuk menampung ekuiti.

Khamis lalu, berlaku penjualan emas dengan kuantiti yang besar di beberapa pasaran eropah dan india. Ini menyebabkan lambakan emas di pasaran. Apabila wujud lambakan emas di pasaran maka harga emas jatuh. Kami anggap anda faham bahawa emas bukannya komoditi yang dibeli untuk diindustrikan seperti besi, timah, getah atau aluminium. Emas yang dibeli kebanyakannya disimpan dalam bentuk asal samada jongkong, barang kemas atau syiling. Jadi tiada kilang, meminta emas untuk diproses menjadi tin ataupun DRB-HICOM membeli emas untuk bodi khas kereta proton tuah yang bakal dipasarkan awal tahun hadapan. no DEMAND….
Sentimen “wait & see” memainkan peranan utama ketika ini, ramai trader sedang menganalisa kemampuan emas untuk naik lebih tinggi sebelum kembali ke pasaran emas. Bagaimanapun, ketika ini, harga emas sedang menokok perlahan naik beberapa points pada hari sabtu.
Update: Index emas CHL pada khamis lalu menjunam sehingga 5995 (rekod kami) tetapi kembali naik 6235 ketika artikel ini ditulis.
Update silver: silver tidak berbeza dengan emas, harga silver juga mengalami kejatuhan pada pergerakan yang hampir sama.
Beberapa analisa pergerakan harga emas dari trader forex.

clearly whut?  Paling minimum harga emas untuk kekal berada dalam bullish trend sepatutnya berada didalam bulatan merah, tetapi harga emas telah jatuh lebih dari paras tersebut, bermaksud trend bullish emas 2011 telahpun berkecai, bagaimanapun harga emas tidak lebih murah dari akhir september 2011. (bullish trending bermaksud dalam keadaan menaik, bearish trending bermaksud dalam keadaan menurun)
Okey kita undur sedikit lagi masa kebelakang kerana trend harga emas tidak boleh dikira dalam tempoh setahun sahaja, kita ke titik lebih rendah pada akhir 2008.
See.. trend emas masih berada pada bullish trending, untuk tempoh masa 3 tahun. (akhir 2008-akhir 2011). Jadi, berapa lama harus kita tunggu untuk harga emas dapat kembali kepada harga semasa? Okey kita undur sedikit lagi masa untuk melihat sejarah.
Pada awal 2008, harga emas turut mengalami penurunan, malah lebih teruk berbanding sekarang, 34% drop, mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada paras semasa, jadi jika hari ini emas turun 18%, maka emas akan mengambil masa sekitar 1 1/2 bulan untuk kembali ke landasan asal. The most luckiest man, is who look on this graph and think about the opportunity.


SOURCE: HARGA EMAS MALAYSIA 


Untuk order, sila hubungi saya di 019-8899467 / 

019-8868494 atau email ke cgharyati@gmail.com


1 comments:

Blogger said...

eToro is the ultimate forex trading platform for newbie and professional traders.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger