Home » » Pelabur keluarkan berbilion yuan

Pelabur keluarkan berbilion yuan

17/12/2011



SEORANg kerani membawa sejumlah wang kertas yuan di sebuah bank di Suining, wilayah Sichuan, China pada Selasa lalu.



BEIJING - Para pelabur China mengeluarkan berbilion-bilion mata wang yuan dari bank-bank utama dalam tempoh 10 hari pertama bulan ini, lapor akhbar 21st Century Business Herald semalam.
Deposit wang merosot 400 bilion yuan (RM200.3 bilion) semasa mata wang yuan berada dalam tekanan paling besar sejak ekonomi global merudum pada 2008 dengan ekonomi domestik perlahan serta kekalutan masalah kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan permintaan untuk dolar AS.
Pengeluaran wang yuan itu bakal menjejaskan pinjaman dengan empat buah bank utama mengeluarkan hanya 30 bilion yuan (RM15.03 bilion) dalam bentuk pinjaman baharu dalam tempoh 10 hari.
Bank-bank China mengeluarkan yuan berjumlah 562.2 bilion (RM281.6 bilion) pada November lalu.
Menurut akhbar 21st Century Business Herald yang memetik sumber-sumber, separuh daripada pengeluaran wang itu adalah daripada Bank of China yang mempunyai perniagaan tukaran wang asing terbesar.
Akhbar itu melaporkan, beberapa buah bank lain yang terjejas ialah Industrial and Commercial Bank of China, China Construction Bank dan Agricultural Bank of China.
Para penyimpan wang mungkin mengeluarkan dana masing-masing kerana mereka sangsi mata wang yuan akan mengukuh pada tahun depan.
China yang bergantung kepada eksport melaksanakan kawalan ketat ke atas mata wang yuan.
Pengkritik-pengkritik menyifatkan kawalan tersebut tidak adil kerana ia membolehkan China menjual produknya pada harga murah.
Ketika permintaan untuk produk China semakin lemah, pemerintah dijangka bertindak untuk menghalang penyusutan nilai yuan bagi mengelakkan kejatuhan eksport dan kehilangan pekerjaan di sektor pengilangan yang menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara. - AFP

SOURCE: KOSMO ONLINE

Kesimpulan: 
Penyusutan matawang merujuk peningkatan INFLASI.
Lebih banyak wang diperlukan untuk membeli barangan dan perkhidmatan.
Kalau dulu nasi lemak berharga RM0.50. Sekarang untuk kuantiti nasi lemak yang sama, harganya meningkat ke RM1.00. Kalau dulu kos perubatan, RM1000.00 katakan. Hari ini perkhidmatan perubatan yang sama  mungkin mencecah RM3000.00. Bayangkan 10 tahun lagi...

"Satu-satunya perlaburan yang KALIS INFLASI ialah EMAS.
Satu-satunya matawang yang disebut di dalam Al-Quran ialah DINAR."

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk membeli emas sementara harganya masih rendah. Harga 10g emas 999.9 keluaran Public Gold hari ini ialah RM1801.00. Masih murah jika dibandingkan 5 hari lepas. Jadual bi bawah membuktikannya.

Harga emas pada 03/12/11



Harga emas pada hari ini 18/12/11


Sila KLIK DI SINI untuk ORDER & LOCK HARGA EMAS/SILVER anda!
atau
Segera hubungi kami melalui sms/call di 019-8899467 / 019-8868494
atau email di cgharyati@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger