Home » » Gaji kurang RM5,000 dapat caruman baharu

Gaji kurang RM5,000 dapat caruman baharu

28/12/11

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja menaikkan kadar caruman majikan kepada pekerja bergaji kurang daripada RM5,000. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kira-kira 5.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan mendapat kadar caruman majikan lebih tinggi berkuat kuasa Januari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar caruman berkanun majikan dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus sebelum ini sebagai rangsangan dalam simpanan persaraan pekerja.

"Kenaikan tersebut akan memberi faedah kepada 5.3 juta pekerja yang mana 92 peratus daripada mereka ialah ahli aktif KWSP," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, jelas Nik Affendi, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Menurutnya lagi, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji kurang daripada RM5,000 juga layak menikmati faedah itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

My Komen: 
Untuk penjawat awam yang menikmati kenaikan gaji baru pada bulan depan, buatlah azam baru untuk menabung sekurang-kurangnya 10% daripada wang gaji anda. Gunakan wang tersebut untuk membeli emas. Sesungguhnya emas akan memastikan nilai wang anda tidak turun...Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi saya di 019-8899467 / 019-8868494 atau email saja ke cgharyati@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger