Home » , , , , » A Dinar For Dina - Happy 9th Birthday, Sweetheart!

A Dinar For Dina - Happy 9th Birthday, Sweetheart!

Our dearest sweetheart, Irdina Hani,
all that you hope for,
all that you dream of,

all that makes you happy --

that's what you're wished,

with love, on your birthday

and always..


From:
Mama, Abah & Abang
"We do Love U so much! Mwaah!"
-10 December 2011- 


Alhamdulillah hari ini 10.12.11, adalah hari ulang tahun ke 9 kelahiran my dearest daughter, buah hati, pengarang jantung...Irdina Hani...Semoga dengan pertambahan usia, bertambah mature lah juak anak mama. Doa mama setiap hari semoga Allah anugerahkan anak mama dengan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan berkat, kesihatan yang berpanjangan, idea yang kreatif dan inovatif...semoga Allah jadikan anak mama anak yang solehah, yang akan menjadi 'Muslimah Profesional' suatu hari nanti. Amin...

Panjang doa mama...Hmm...sebagai ibubapa, rugi besar kalau kita tidak mendoakan anak-anak kita setiap hari. Anak-anak kita bukan sahaja aset kita di dunia, tetapi juga aset di akhirat. Merekalah yang akan mendoakan kita nanti, insyaAllah. Untuk menjamin anak-anak kita menjadi anak yang soleh & solehah, sentiasalah tekankan pentingnya ilmu. Jika kita nakkan dunia, kita perlu ilmu. Jika kita nakkan akhirat? Pun kita perlukan ilmu...Berbalik kepada cerita birthday tadi...InsyaAllah, hari ini saya buat birthday party sikit, untuk meraikan anak tersayang...Dah bila cerita pasal birthday, sure ada yang tanya, "Apa hadiah birthday taun tok?" Actually petang semalam, saya dah bawa Dina ke Popular Bookstore untuk memilih hadiahnya...Semalam dia pilih pencil colour 48 warna jenama Swan yang berharga RM24.00...tapi sebenarnya saya dah prepare hadiah surprise untuknya!

Dengan bertambahnya ilmu saya tentang pelaburan emas dan menggunakan komisen belian pertama Public Gold,
i'm proud to say that tahun ni hadiah surprise birthday Irdina ialah....
1 DINAR!

A Dinar For Dina!

"Sik best eh...bukan dapat main..."Kalau itulah jawapan Dina nanti, saya akan terangkan kepadanya kenapa 1 Dinar ini special...1 Dinar ialah hadiah yang SANGAT UPDATED...insyaAllah nilainya takkan 'outdated'...setiap tahun nilainya akan bertambah...Nilainya sebanyak RM777 hari ini, insyaAllah mungkin bertambah sebanyak 20% tahun hadapan...boleh mencecah sehingga RM93o! Fuyoh! Apapun kita tunggu dan lihat :)

                                
So, bermula tahun ini, seboleh mungkin mama akan cuba untuk menyimpan 1 dinar setiap kali birthday anak-anak mama. Untuk apa? Untuk pendidikan mereka suatu hari nanti...
Sales order yang saya buat semalam untuk membeli 1 dinar untuk hadiah kepada yang tersayang..

Harga 1 dinar yang saya belikan untuk Dina semalam, RM777.00. Mahal bukan?
Kalau sekarang kita kata mahal, 5 tahun akan datang, kita akan kata, 
"Aih...murah na juak...rugi sik beli dolok!"

Kenapa saya berkata demikian? Rujuk saja graf sejarah kenaikan harga emas di bawah ini...dah tau jawapannya!
Graf ini jelas membuktikan, harga emas setiap tahun naik antara 20-40% setahun.
 
Harga 1 dinar Public Gold pada Januari 2010 dan Ogos 2010
Dalam masa 7 bulan, nilai 1 dinar naik daripada RM545 kepada RM579

Bandingkan pula dengan harga hari ini, RM777.00!

************
Bila Irdina berusia 17 tahun nanti iaitu 8 tahun lagi, agak-agaknya berapa dah nilai 1 dinar yang saya hadiahkan pada hari ini?
Mengikut jangkaan pengiraan saya, jika kita ambik kenaikan minimum iaitu 20%, 
8 tahun...maka kenaikkannya ialah 20% x 8 = 160%


Anggaran nilai 1 dinar pada tahun 2017 = RM777 x 260% = RM2020
Jika saya simpan 10 dinar? Maka jumlah wang di tangan saya pada masa itu jika saya jualkan ketujuh-tujuh 1 dinar tadi = RM2020 x 10 = RM20200.00
Alhamdulillah, sekurang-kurang cukup untuk permulaan...untuk kos tambang pergi, penginapan, makanan, buku rujukan sementara menunggu bantuan lain berupa biasiswa kalau masih wujud...hmmm...


Perlu diingatkan, kiraan ini saya buat berdasarkan kenaikan minimum 20%...
Jika kenaikan 40%? Maka saya akan untung 2 kali ganda! InsyaAllah. 
************
InsyaAllah, satu langkah kecil saya hari ini dengan menyimpan 1 dinar setahun akan memudahkan pembiayaan yuran pengajian  anak-anak saya suatu hari nanti...Lihat sahaja anggaran yuran pengajian yang semakin meningkat...Apa mungkin masih ada PTPTN atau biasiswa JPA pada masa tersebut? Wahai kawan-kawan, jomlah kita sama-sama menjadi ibubapa yang BIJAK...rancang pelaburan untuk pendidikan sempurna anak-anak kita suatu hari nanti :)

Kos pengajian Ijazah tempatan dalam tempoh 10 - 15 tahun akan datang

Ilmu sudah digenggaman, JIKA sudah CUKUP DUIT, bertindaklah sekarang..
Simpanlah sekurang-kurangnya 1 dinar setiap tahun untuk pendidikan anak anda.
Sila KLIK DI SINI untuk ORDER & LOCK HARGA EMAS anda!
atau
Segera hubungi kami melalui sms/call di 019-8899467 / 019-8868494
atau email di cgharyati@gmail.com



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger