Home » » Dari rumah besar ke penjara

Dari rumah besar ke penjara

24/12/11

KHIR TOYO

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tertuduh. Beliau turut melucutkan hak ke atas hartanah itu untuk dikembalikan kepada kerajaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Sebaik keputusan dibacakan, Mohamad Khir, 46, dilihat sugul sebelum berbincang dengan tiga peguam belanya. Zahrah Kechik pula mengusap lengan kiri tertuduh sambil berkata sesuatu.

Penyokong Mohamad Khir yang memenuhi mahkamah turut terdiam hingga ada yang menggelengkan kepala ketika keputusan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan Zahrah, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini pada harga RM3.5 juta melalui pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni pada 29 Mei 2007.

Sedangkan syarikat itu membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Rasuah didakwa berlaku dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beliau yang memegang jawatan berkenaan dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini.

SOURCE: KOSMO ONLINE



BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik ketika tiba di perkarangan Mahkamah Shah Alam, hari ini. Khir Toyo didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan, tujuh tahun lalu. - Foto Fariz Iswadi Ismail
SOURCE: Berita Harian Online Dec 23, 2011 12:25 pm

Dr Khir Toyo dipenjara setahun, dua lot tanah dan sebuah banglo diarah serah kepada kerajaan
Source: Berita Harian Online

UNTUK RENUNGAN DAN IKTIBAR

• "...dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi RASUAH) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)..." - Surah Al Bakarah ayat 188

• "Sesiapa yang membeli pakaian dengan harga 10 darham sedang satu darham daripadanya terdapat wang yang haram, nescaya Allah S.W.T tidak menerima ibadat solatnya" - Hadis riwayat Al Baihaqi

•"Saya fikir BN akan kehilangan kuasa yang dipegangnya sejak lebih 50 tahun lalu jika terus memberi tempat kepada pemimpin yang korup, jika BN mahu menang mereka kena singkirkan orang-orang ini (pemimpin korup)." - Tun Dr Mahathir

Islam melarang keras amalan rasuah di kalangan penganutnya...ini saya bawakan kisah benar Nabi Muhammad berkait dengan amalan rasuah di zaman baginda dahulu...

Pembesar khafir mursyrik Mekah telah menawarkan apa sahaja yang nabi Muhammad SAW mahukan sama ada kekuasaan, pangkat, wanita dan harta kekayaan dan sebagainya sebagai RASUAH supaya baginda SAW meninggalkan tugas murni dan khudus menyebarkan dakwah islamiah, menegak keadilan sejagat serta iltizam dan istiqamah dalam akhlak yang mulia serta melaksanakan amanah, tanggungjawab dan tugas yang telah diletakkan ke atasnya. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh baginda Rasullullah SAW kerana Allah S.W.T demi kepentingan agama, dakwah, ummah dan negara mengatasi segala-galanya..

Baginda telah menggambarkan sikap tegasnya kepada seluruh ummah dan dunia apabila telah menolak RASUAH yang cuba diberikan kepadanya oleh khafir mursyik Mekah melalui pujukan bapa saudaranya Abu Talib agar baginda tidak meneruskan tugas suci tersebut dengan sabdanya yang bermaksud : "Wahai bapa saudaraku (Abu Talib) sekalipun mereka meletakkan matahari di sebelah tangan kananku dan bulan di sebelah tangan kiriku agar aku meninggalkan (tidak menyebarkan) mempertahankan ajaran Islam ini, nescaya tidak sekali-kali akan aku tinggalkan sehinggalah Allah S.W.T memberi kemenangan kepada agama ini atau aku terkorban kerana mempertahankannya". MasyaAllah...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger