Profesor Umar Ibrahim Vadillo tentang Dinar dan Dirham

Sistem ekonomi dunia lebih menguntungkan negara barat. Dunia ketiga (sebutan dunia ke tiga adalah terminologi yang dibuat dari sudut pandangan kapitalis) dan masyarakat miskin akan terus terpinggir. Bagaimana Islam menyelesaikan ketidakadilan ini?
Dinar emas dan Dirham perak adalah mata wang yang diterapkan pada zaman Nabi Muhammad, yang kini mulai dibangkitkan semula. Kerana, dianggap mampu melawan sistem ekonomi yang berbau riba. Gerakan dinar dirham pertama kali diusung oleh satu komuniti muslim di Eropah, bernama Murabitun pada 1991, dan sudah menyebar ke berbagai negara.
Gerakan ini dicetuskan antara lain oleh Profesor Umar Ibrahim Vadillo seorang ahli ekonomi Islam yang berasal dari Sepanyol. anak murid kepada Syaikh Abdul Qadir As-sufi. Profesor Umar Ibrahim Vadillo banyak menerbitkan buku-buku dan membentangkan kertas kerja serta seminar berkaitan Dinar/Dirham serta pembangunan sistem muamalat Islam.
Sedikit tentang beliau
Umar Ibrahim Vadillo was born in 1964. After attending the Augustinian College in Navarre he went to study agronomy at the University of Madrid. While still at university he embraced Islam. There followed a long period of study applying the commercial parameters defined in Islam’s founding legal document Imam Malik’s Al Muwatta, to modern financial practice. This led to his studies on Zakat, which implied the necessary use of the Islamic Gold Dinar and Silver Dirham. He has lectured extensively in various universities, notably in Morocco, Malaysia and Indonesia.
His promotion of an Islamic real wealth currency was adopted by Dr. Erbakan, Turkish Prime Minister until deposed, as well as the late King Hassan II of Morocco who undertook to restore Zakat to its correct legal position, just before his death. Umar Ibrahim Vadillo’s study of Dinar-based finance was used as a working paper by Dr. Mahathir, the former Prime Minister of Malaysia. He is currently engaged in promoting the issue in Indonesia . He resides in Cape Town, South Africa.
Dalam satu kesempatan kunjungannya ke Indonesia, wartawan Azzikra, Doddy Yuniarto dan Peter Walandow serta fotografer Ganang Arfiardi menemuinya untuk sebuah wawancara, petikannya:
Apa kepentingan Dinar dan Dirham bagi umat Muslim di dunia ?
Kita sebagai bangsa muslim telah memiliki sistem mata wang sendiri . Dinar emas dan Dirham perak. Mata wang ini sudah dipakai sebagai alat tukar selama ribuan tahun dan mulai dihidupkan kembali sebagai jalan menuju kehalalan, kewajaran dan kejujuran. Sistem mata wang kertas yang selama ini kita gunakan, seperti Rupiah di Indonesia atau Ringgit di Malaysia, terus mengalami depresiasi (susut nilai). Kembali kepada sistem Dinar Dirham sangat penting untuk kebebasan setiap individu dalam memilih alat tukar yang stabil.
Kenapa mata wang kertas selalu mengalami depresiasi ?
Bila anda memonopoli mata wang dan hal itu menekan pada semua orang, maka anda merosak perekonomian dan nilai dari mata wang itu sendiri. Ketika wang kertas dibuat terus menerus dalam jumlah besar, setiap pemilik wang kertas akan kehilangan atas nilai wang kertasnya. Inflasi sebagai salah satu akumulasi pencetakan wang kertas yang dilakukan negara, boleh disebut sebagai sebuah kejahatan. Jika disebutkan ada inflasi 20 peratus, bererti terjadi pencurian 20 peratus dari masyarakat. Wang kertas diciptakan oleh bank-bank dan mata wang rasmi pertama kali dibuat baru sekitar 200 tahun yang lalu. Wang kertas bukanlah wang menurut hukum Islam.
Mengapa disebut sebagai perompakan ?
Inflasi hanya menguntungkan segelintir orang kaya, tetapi nampaknya lebih mengenai kaum miskin. Ketika anda meminjam wang, inflasi bekerja untuk anda, kerana pada saatnya nanti, anda akan mengembalikan pinjaman wang yang nilainya sudah lebih murah. Yang terjadi dengan sistem wang kertas adalah sebenarnya wang yang ada di dompet kita sudah jatuh nilainya.
Bank ikut selesa dalam sistem ini?
Ketika berbicara mengenai wang kertas, tidak hanya secara tunai, jumlah terbesar edaran wang kertas tidak berada pada bentuk wang kertas, tetapi dalam bentuk format elektronik. Hanya dua atau tiga peratus yang beredar di masyarakat dalam bentuk wang kertas, selebihnya berada dalam deposit di perbankan. Bank memiliki kemampuan dan kapasiti unik iaitu menciptakan kredit. Mereka juga boleh mencetak wang dari kosong. Katakan, bank memiliki Rp. 10.000 dalam bentuk fizikal, mereka memiliki kapasiti untuk melipatgandakan wang hingga 20 kali lipat dalam bentuk elektronik. Bagaimana cara mereka? Dengan transaksi kewangan melalui komputer. Wang-wang ini dicetak secara banyak dengan menghasilkan keuntungan luar biasa kepada bank-bank. Hal ini memudahkan mereka untuk mengendalikan perekonomian dunia sesuai keinginan mereka.
Mengapa umat Islam justeru ikut menjadi sebahagian dalam sistem ini?
Sejak 100 tahun lalu, umat Islam telah dipaksa untuk memakai mata wang kertas, sebuah formula kapitalisme. Mereka berusaha memasukkan nilai kapitalisme dalam Islam. Jika ada bank, maka jadilah bank Islam, insuran menjadi insuran Islam, inflasi maka menjadi inflasi Islam, kad kredit maka kad kredit Islam dan seterusnya. Yang mereka lakukan bukanlah mengislamkan kapitalisme, tapi memperkayakan kapitalisme melalui hukum Islam. Pada pandangan internasional, dunia memiliki pengganti ‘emas’ baru iaitu US Dollar, dan Amerika Syarikat memiliki keistimewaan luar biasa untuk memberi kita selembar wang kertas, dan kita memberi mereka minyak, emas, dll. Mereka mencetak wang dollar sebanyak-banyaknya sementara kita mengerah keringat demi memperoleh wang tersebut.
Bagaimana sikap Islam dalam situasi ini?
Allah swt telah menekankan bahawa riba itu haram. Riba adalah instrumen bagi kaum kuffar menghancurkan Islam. Di setiap negara muslim seperti Arab Saudi, Pakistan, Indonesia dan negara lainnya, boleh ditemui riba. Keuntungan besar dari Dinar dan Dirham adalah memperbaiki keutuhan dari perekonomian Islam. Nilai satu Dinar di Maroko sama dengan satu Dinar di Turki, dan juga di Indonesia. Kerana nilai emas sama dimanapun di dunia. Semuanya terlindung dalam satu sistem nilai mata wang.
Nilai emas pernah tergugat ketika raja Mansa Mousa mengunjungi Kairo dan mendermakan begitu banyak emas sehingga nilai emas di Kairo jatuh, apakah ini ini bererti emas juga tak stabil ?
Tentu ada sejarah seperti hal itu, sama ketika terjadi demam emas besar-besaran di California pada masa lalu. Pengeluaran emas diluar jumlah emas di seluruh dunia hanya hampir kurang dari satu persen ketika itu. Harga emas dan perak mudah dimanipulasi seperti komoditi lainnya. Tidak seperti wang kertas yang misalnya senilai satu juta rupiah dalam satu kertas, nilainya tak ubahnya wang sepuluh ribuan yang juga sama-sama wang kertas. Jika Bank Indonesia hendak memberi anda satu juta rupiah, maka mintalah satu juta rupiah dalam koin emas, satu juta rupiah sekitar 10 kilo emas, sekitar 150 ribu dollar, itulah nilai sebenarnya dari nominal rupiah tersebut. Kini anda hanya memiliki berlembar-lembar wang kertas yang tidak sampai sepuluh peratus nilainya dari Dinar Dirham.
Apakah pertumbuhan ekonomi dunia akan terpacu dengan system ini?
This is completely nonsense. Ini seperti anda memberi makan pada para perompak yang telah mengatur ekonomi anda. Pencuri yang baik tidak hanya mencuri dari anda tetapi juga membuat anda merasa senang akan keadaan yang diciptakannya. Mereka membuat anda percaya pada mereka. Perekonomian di Indonesia, menurut mereka senilai 200 juta dolar, Microsoft sendiri disebutkan senilai 800 juta dolar, maka Bill Gates bekerja empat kali dibanding seluruh masyarakat Indonesia bekerja selama satu tahun penuh. Ini adalah pencurian. Membiarkan satu negara mengambil keuntungan besar-besaran dari sebuah negara kecil, yang mereka lakukan dengan sistem wang kertas. Jadi, pertumbuhan ekonomi dunia didasarkan pada pencurian terhadap bangsa muslim.
Apakah perekonomian Islam ditentukan oleh Dinar dan Dirham saja?
Dinar dan Dirham adalah sebahagian dari perekonomian Islam. Perdagangan Islam terdiri atas lima rukun ; Dinar dan Dirham sebagai mata wang, pasar terbuka Islam, caravan guilds sebagai pusat produksi Islam serta syarikat. Pada masa kini, muncul gergasi peruncitan seperti Carrefour, Wallmart ataupun Sogo. Bangsa Islam mempunyai pasar Islam atau dalam bahasa arab disebut souq atau bazar. Kita punya pasar terbuka yang boleh untuk siapapun. Jika kita ke Teheran atau Istanbul, souq masih berdiri dan menaungi sekitar lebih dari 4000 pedagang, 23 hotel dan karavan di dalam pasar yang seluas 40 hektar. Ketika anda masuk ke dalam pasar ini, maka anda bebas berdagang. Jika anda masuk ke supermarket saat ini, anda hanya boleh membeli barang-barang yang memang diperbolehkan masuk ke Carrefour dan sejenisnya. Mereka melakukan monopoli. Jika anda menjual sesuatu harus melalui mereka. Jika tidak, anda harus menjual dipinggir jalan dan tidak ada infrastruktur untuk anda.
Bolehkah pertumbuhan ekonomi berkembang lebih pesat dengan sistem ini ?
Tak perlu diragukan! Sistem Dinar dan Dirham akan memacu pertumbuhan ekonomi melebihi apa yang telah dilakukan sistem kapitalisme. Tapi anda juga harus bertanya apa istilah pertumbuhan atau growth? Misalnya GDP di Indonesia naik empat persen, tapi lihat disekitar anda orang-orang miskin ada dimana-mana. Lalu apa ukuran growth itu sendiri? Seratus tahun kita dibungkam untuk hal ini. Kita harus keluar dari anggapan seperti islamisasi kapitalisme. Lihatlah sejarah Rasul mengenai Dinar dan Dirham dan sistem ekonomi Islam di Madinah. Satu ayam dizaman Nabi di Madinah satu Dinar, satu ayam di Indonesia saat ini tetaplah satu Dirham. Selama lebih dari 1.400 tahun, inflasi adalah kosong.
Caranya ?
Langkah pertama adalah pencetakan mata wang Dinar dan Dirham, kedua membangun kembali pasar lalu mendirikan kembali caravan untuk memutuskan monopoli dan membolehkan para pedagang untuk memasarkan produknya dari satu pasar ke pasar lainnya yang akhirnya akan menambah nilai tambah produknya. Setelah itu kita bangun guilds atau taifa, ini sangat penting dan telah dilupakan. 99 peratus masyarakat yang hidup dalam kota-kota Islam saat khallifah berkuasa hidup dalam taifa.
Bagaimana kita boleh keluar dari praktik riba ?
Kita tahu bahwa tidak ada yang menghentikan kita dari meninggalkan riba ini kecuali diri kita sendiri. Kemudian pertanyaan, “Bagaimana memerangi riba?” harus diganti dengan “Bagaimana kita harus mengganti kelakuan kita sehingga kita tidak perlu riba lagi?”. Bila kita berpikir dengan cara ini, kita berada didalam kedudukan yang lebih baik untuk menyarankan jawaban-jawaban yang seharusnya. Pada saat sekarang tingkah laku kita sendiri membutuhkan keberadaan bank-bank dan sistem keuangan mereka. Oleh kerananya jika kita membuang bank-bank riba tetapi meneruskan tingkah laku yang sama, beberapa hari kemudian kita menerima pembentukan bank lain. Tidak ada yang akan berubah hanya dengan menyebutnya sebuah “bank Islam”. Kita harus merubah tingkah laku kita. Untuk melakukan itu kita harus mengingkari bahwa karakteristik manusia yang utama adalah karakteristik ekonomi. Kita bukanlah unit-unit perekonomian.
Bagaimana dinar dirham jadi jawapan kepada ketergantungan pada mata wang US Dollar ?
Dunia sudah dibanjiri terlalu banyak Dollar. Di pasar wang dunia kini transaksi Dolar telah mencapai angka 800 trillion Dolar AS per tahun. Sementara nilai perdagangan dunia yang merupakan sektor real sebenar ‘hanya’ 4 trillion Dolar AS per tahun. Ertinya, transaksi pasar wang itu besarnya 20 kali lipat nilai transaksi perdagangan sektor sebenar. Keadaan ini jelas mencemaskan, kerana transaksi di pasar wang sesungguhnya bersifat maya, kerana tidak ada barang yang diperdagangkan, kecuali wang itu sendiri.Dalam lima tahun terakhir, AS telah mencetak 10 triliun US Dollar, semuanya dalam bentuk mata wang kertas, bukan elektronik dalam bank. Dengan wang sebanyak ini mereka boleh membeli Indonesia sebanyak enam kali. Nah, dengan dinar dirham, maka ketergantungan dapat dihentikan.
SOURCE: EMAS SEMASA 

Gaji kurang RM5,000 dapat caruman baharu

28/12/11

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja menaikkan kadar caruman majikan kepada pekerja bergaji kurang daripada RM5,000. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kira-kira 5.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan mendapat kadar caruman majikan lebih tinggi berkuat kuasa Januari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar caruman berkanun majikan dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus sebelum ini sebagai rangsangan dalam simpanan persaraan pekerja.

"Kenaikan tersebut akan memberi faedah kepada 5.3 juta pekerja yang mana 92 peratus daripada mereka ialah ahli aktif KWSP," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, jelas Nik Affendi, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Menurutnya lagi, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji kurang daripada RM5,000 juga layak menikmati faedah itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

My Komen: 
Untuk penjawat awam yang menikmati kenaikan gaji baru pada bulan depan, buatlah azam baru untuk menabung sekurang-kurangnya 10% daripada wang gaji anda. Gunakan wang tersebut untuk membeli emas. Sesungguhnya emas akan memastikan nilai wang anda tidak turun...Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi saya di 019-8899467 / 019-8868494 atau email saja ke cgharyati@gmail.com

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012

26/12/11

GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin.


LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.

Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.

"Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.

"Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya.

Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.

Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.

Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.

"Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.

"Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas," tambahnya. - AFP


SOURCE: KOSMO ONLINE

Komen: Ha...perhatikan ayat terakhir...Emas memang menguntungkan...segeralah hubungi saya untuk membeli emas pertama/tambahan anda. Tinggal 5 hari lagi untuk kita melangkah ke tahun baru 2012.

Ringgit dijangka mengukuh berbanding Dollar AS

2011/12/24 KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mengukuh berbanding dollar Amerika Syarikat (US) minggu depan, berdasarkan faktor luaran yang meningkat, kata peniaga.

Mereka berkata, ringgit dijangka bergerak selari dengan mata wang serantau berikutan keyakinan terhadap unjuran ekuiti global susulan operasi pembiayaan agresif oleh Bank Pusat Eropah serta data US yang lebih kukuh.

Seorang peniaga berkata, peserta pasaran enggan membeli mata wang Asia sejak kebelakangan ini, selain berhati-hati terhadap unjuran bagi bulan yang akan datang berikutan kebimbangan terhadap impak krisis hutang zon euro ke atas ekonomi Asia.

"Saya menjangkakan mata wang Asia mungkin meningkat jika euro mula pulih," katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit mencatat prestasi turun naik berbanding dollar AS.

Ia memulakan minggu ini pada kedudukan negatif, meningkat pada Selasa dan Rabu dan menurun pada Khamis dan melantun semula pada Jumaat untuk ditutup pada kemuncak minggu ini pada 3.1550/1600 berbanding 3.1770/1790 pada minggu lalu.

Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia rendah berbanding dollar Singapura kepada 2.4403/4460 daripada 2.4360/4394 sebelumnya, namun mengukuh berbanding yen kepada 4.0423/0508 daripada 4.0767/0809 minggu lalu

Berbanding pound British, ia susut kepada 4.9527/9615 daripada 4.9320/9360 sebelumnya, namun mengukuh berbanding euro kepada 4.1242/1317 daripada 4.1377/1419 minggu lalu.

Pasaran ditutup pada Isnin depan sempena cuti Krismas. - BERNAMA

Elak wang KWSP habis

Oleh JUNHAIRI ALYASA


Datuk Salleh Majid, 
Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Kajian mendapati kira-kira 70 peratus pesara di Malaysia hanya mampu menampung kehidupan mereka selama tiga tahun sahaja jika hanya bergantung kepada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Penganalisis ekonomi yang juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Datuk Salleh Majid (gambar) berkata, masalah tersebut telah menyebabkan ramai di kalangan pesara terpaksa kembali bekerja semula demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Bercakap kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


SOURCE: KOSMO ONLINE 

Pemilik kereta mayat tunjuk perasaan

24/12/11

SEBUAH kereta mayat yang menyertai tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai jalan dipandu di bandar Thessaloniki kelmarin.

THESSALONIKI, Greece - Para pemilik kereta mayat kelmarin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di dua buah bandar utama di Greece bagi membantah kenaikan cukai jalan tahunan.

Menurut mereka, kenaikan itu akan menyebabkan perniagaan kereta mayat berkubur.

Para pemandu itu menyatakan, mereka terpaksa membayar cukai jalan enam kali ganda menjelang minggu depan kerana kereta mayat telah dikategorikan sebagai kenderaan persendirian.

Pemilik kereta mayat di bandar ini memandu kenderaan tersebut dari sebuah kawasan perkuburan ke sebuah bangunan pentadbiran wilayah.

Rakan-rakan mereka yang lain di bandar raya Athens memandu kereta mayat dengan perlahan semasa melintasi bangunan Parlimen. - Agensi

SOURCE: KOSMO ONLINE

*Satu lagi fakta menarik kesan daripada inflasi...Senyum Kambing...

Dari rumah besar ke penjara

24/12/11

KHIR TOYO

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tertuduh. Beliau turut melucutkan hak ke atas hartanah itu untuk dikembalikan kepada kerajaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Sebaik keputusan dibacakan, Mohamad Khir, 46, dilihat sugul sebelum berbincang dengan tiga peguam belanya. Zahrah Kechik pula mengusap lengan kiri tertuduh sambil berkata sesuatu.

Penyokong Mohamad Khir yang memenuhi mahkamah turut terdiam hingga ada yang menggelengkan kepala ketika keputusan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan Zahrah, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini pada harga RM3.5 juta melalui pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni pada 29 Mei 2007.

Sedangkan syarikat itu membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Rasuah didakwa berlaku dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beliau yang memegang jawatan berkenaan dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini.

SOURCE: KOSMO ONLINE



BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik ketika tiba di perkarangan Mahkamah Shah Alam, hari ini. Khir Toyo didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan, tujuh tahun lalu. - Foto Fariz Iswadi Ismail
SOURCE: Berita Harian Online Dec 23, 2011 12:25 pm

Dr Khir Toyo dipenjara setahun, dua lot tanah dan sebuah banglo diarah serah kepada kerajaan
Source: Berita Harian Online

UNTUK RENUNGAN DAN IKTIBAR

• "...dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi RASUAH) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)..." - Surah Al Bakarah ayat 188

• "Sesiapa yang membeli pakaian dengan harga 10 darham sedang satu darham daripadanya terdapat wang yang haram, nescaya Allah S.W.T tidak menerima ibadat solatnya" - Hadis riwayat Al Baihaqi

•"Saya fikir BN akan kehilangan kuasa yang dipegangnya sejak lebih 50 tahun lalu jika terus memberi tempat kepada pemimpin yang korup, jika BN mahu menang mereka kena singkirkan orang-orang ini (pemimpin korup)." - Tun Dr Mahathir

Islam melarang keras amalan rasuah di kalangan penganutnya...ini saya bawakan kisah benar Nabi Muhammad berkait dengan amalan rasuah di zaman baginda dahulu...

Pembesar khafir mursyrik Mekah telah menawarkan apa sahaja yang nabi Muhammad SAW mahukan sama ada kekuasaan, pangkat, wanita dan harta kekayaan dan sebagainya sebagai RASUAH supaya baginda SAW meninggalkan tugas murni dan khudus menyebarkan dakwah islamiah, menegak keadilan sejagat serta iltizam dan istiqamah dalam akhlak yang mulia serta melaksanakan amanah, tanggungjawab dan tugas yang telah diletakkan ke atasnya. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh baginda Rasullullah SAW kerana Allah S.W.T demi kepentingan agama, dakwah, ummah dan negara mengatasi segala-galanya..

Baginda telah menggambarkan sikap tegasnya kepada seluruh ummah dan dunia apabila telah menolak RASUAH yang cuba diberikan kepadanya oleh khafir mursyik Mekah melalui pujukan bapa saudaranya Abu Talib agar baginda tidak meneruskan tugas suci tersebut dengan sabdanya yang bermaksud : "Wahai bapa saudaraku (Abu Talib) sekalipun mereka meletakkan matahari di sebelah tangan kananku dan bulan di sebelah tangan kiriku agar aku meninggalkan (tidak menyebarkan) mempertahankan ajaran Islam ini, nescaya tidak sekali-kali akan aku tinggalkan sehinggalah Allah S.W.T memberi kemenangan kepada agama ini atau aku terkorban kerana mempertahankannya". MasyaAllah...

Sistem gadai simpan lebih menguntungkan, Datuk Salleh Majid

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Kami ingin berkongsi paparan di akhbar berita harian minggu lalu berkenaan coretan Datuk Salleh Majid iaitu bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang menjelaskan berkenaan konsep pelaburan emas di Ar-Rahnu secara gadai simpan (Ar-Rahnu) , beliau lebih pakar dan berpengalaman didalam sebarang bentuk pelaburan samada ekuiti, bond, forex di Malaysia kerana tugas beliau sebagai Presiden Bursa Saham, dan beliau memilih pelaburan emas secara Ar-Rahnu sebagai konsep pelaburan emas terbaik masa ini. ikuti tulisan beliau dibawah.



Emas… Kilauan merentasi zaman kini menjadi sandaran orang Melayu untuk menjadi Khalifah mentadbir bumi. Sandaran emas yang selama ini sekan-akan “Bayangan Emas” kini menjadi satu pola perubahan kepada masyarakat melayu mempeloporinya untuk merubah kehidupan yang selama ini agak kurang harmoni.

Jika sistem kewangan keluarga disandarkan kepada emas maka ia menjadi simpanan yang menguntungkan dalam jangka panjang dan disinilah Ar-Rahnu memainkan peranannya.

Kelahiran Ar-Rahnu yang semakin bertambah oleh perbankan Islam dan koperasi seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana simpanan yang menguntungkan untuk jangka panjang.

Sistem Gadai Simpan adalah lebih menguntungkan kepada masyarakt kerana ia secara lansung menjadi aset keluarga dan negara. Langkah permulaan ini adalah satu langkah ke arah menuju satu wawasan yang semua orang inginkan iaitu keharmonian.

Cara belian emas yang menguntungkan ialah menggunakan kemudahan Ar-Rahnu dan bagi mengelakkan penipuan, ketulenan emas disahkan oleh pihak ketiga iaitu Ar-Rahnu dan emas disimpan diatas nama pembeli dengan keselamatan emas yang terjamin.

Peluang pelaburan dalam bentuk simpanan emas yang kenaikan purata harga emas sebanyak 27% setahun dan menggandakan nilai harta tidak seharusnya dilepaskan dan usaha yang lepas menunjukkan masyarakt Melayu masih ketinggalan dari segi memiliki kekayaan…-more on bharian 14 Disember 2011-

Datuk Salleh Majid adalah bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)

SOURCE: HARGA EMAS MALAYSIA

1 Dinar Untuk Motivasi Anak Cemerlang UPSR/PMR/SPM

Assalamualaikum wrt & Salam Sejahtera,
What a new day! Today result PMR keluar. Saya doakan agar anak-anak kita yang telah mengambil peperiksaan PMR 2011 berjaya dengan cemerlang. Semoga semua ibubapa tersenyum lebar apabila melihat keputusan dipampang di papan notis sekolah hari ini. Hmmm...my eldest son akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. So, cuti sekolah ini, saya cuba untuk buat jadual study yang relax untuknya...

Untuk anak yang cemerlang dalam Peperiksaan PMR ini, for sure ibubapa tengah memikirkan apakah hadiah terbaik untuk diberikan? Untuk ibubapa yang berada, alatan elekronik seperti  PSP, IPOD, Samsung Galaxy Tab dan netbook mungkin menjadi pilihan.
Untuk ibubapa yang BIJAK menabung, mungkin reward untuk anak tersayang diberi dalam bentuk wang, 1A = RM20.00 katakan. Atau mungkin dalam bentuk Wang Simpanan Premium, 1A = RM50.00....
Apapun pilihan anda, bagi saya ANDA akan LEBIH BIJAK jika menghadiahkan anak dengan SILVER/GOLD BAR/DINAR.




Jadual di bawah menunjukkan harga terkini emas dan perak pada jam 12.55 hari ini.


Merujuk kepada jadual di atas, daripada membeli gadget/mainan elektronik yang selepas setahun akan OUTDATED baik anda beli 100g silver (RM377.00) atau 1 dinar (RM736.00) sebagai hadiah PMR!
Dengan memberikan mereka hadiah emas pada hari ini, dalam masa 3 tahun akan datang, mereka boleh menjual emas itu untuk membeli peralatan yang lebih canggih...Ini kerana purata peratus kenaikkan harga emas adalah sekita 20% hingga 40% setahun...Jika 20% setahun, dalam masa 3 tahun akan datang harga 1 dinar dijangka akan menjadi RM1177! Tak percaya? Tak pa, saya tak rugi apapun hihi...sama2 kita tunggu dan lihat :) Apapun ini jangkaan saya saja. Tidak mustahil nilainya makin tinggi bukan!Haha...

Hmmm...better saya tunjukkan bagaimana saya membuat kiraan untuk mendapat nilai yang saya jangkakan tadi. Inilah yang dinamakan kebarangkalian dalam matematik :)

2011, Harga 1 dinar = RM736.00
Jika setiap tahun naik 20%,
kenaikan harga setiap tahun dijangka =  20% x RM736.00 = RM147.20
Kalau 3 tahun, kenaikan harganya = RM160.40 x 3 = RM441.60
Maka harga jangkaan pada tahun 2014 = RM736.00 + RM441.60 = RM1177.60
Kiraan ini dengan mengambilkira kenaikan 20%...Kalau kenaikannya  40%??? Trylah kira :)

Wahai kawan-kawanku, Sesungguhnya EMAS dan PERAK akan sentiasa UP-TO-DATE
Sejarah membuktikan harga emas dan perak sentiasa meningkat setiap tahun. Jika anda berminat, sila hubungi saya segera di 0198899467 / 0198868494


Teruskan membaca blog saya setiap hari...Saya akan cuba untuk update blog selalu...
Kedong cuti sekolah, bolehlah jadi blogger kejap...
Apapun tujuan utama saya menulis ialah for SHARING...Tujuan kedua  SELLING!

Perdana Menteri lancar reka bentuk wang kertas baru



Kakitangan Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas Malaysia RM20 yang terbaru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur. Foto: Aizuddin Saad (21/12/2011)
Kakitangan Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas Malaysia RM20 yang terbaru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur. Foto: Aizuddin Saad (21/12/2011)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan.
Wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri matawang baru Malaysia. 


Wang berwarna kuning keemasan itu memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing. Semua wang kertas baru akan diedarkan pertengahan tahun depan.

Not RM50 sudah pun diedarkan dan syiling yang dilancarkan Julai lalu akan diedarkan Januari 2012.


Foto Menarik
Not wang kertas Malaysia yang terbaru


SOURCE: MY METRO

NAJIB Tun Razak bersama Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz melihat koleksi siri mata wang baharu selepas majlis pelancaran Pelan Induk Kewangan dan siri mata wang baharu yang bakal dikeluarkan oleh BNM di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan Malaysia Online/Amin Farij Hasan


SIRI WANG BARU DIEDAR JANUARI OLEH SHAHRIZAN SALIAN DAN S ANAND KUMAR
BHNEWS@BHARIAN.COM.MY
2011/12/22
NAJIB menunjukkan not RM20 siri baru pada pelancaran Pelan Sektor Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baru di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, semalam sambil diperhatikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.


Duit baru: Siri mata wang baru yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan akan mula digunakan pada Julai depan. - Foto Aizuddin Saad

South Korea adds 15 tons of gold to reserves

20/12/11
Bank of Korea

SEOUL(BullionStreet): 
Four months after its 25 tons gold purchase, Asia’s fourth largest economy South Korea on Friday said it added 15 more tons of gold to its reserves.
According to the Bank of Korea, the central bank, the move was aimed to hedge against global volatility caused by European and US debt crises.

The purchase was made through London gold markets last month, bringing its total reserves to 54.4 tons at the end of November.

The bank said its gold holdings account for one percent of its foreign-exchange reserves, which stood at $308.63 billion at the end of November, the eighth largest in the world.

However, Korea’s gold reserves remain very low compared to some other Asian nations including China, Japan and India.

Gold has become increasingly attractive to central banks worldwide, and prices have risen sharply since the global financial crisis as it is considered a safe haven while a weaker dollar makes it even more attractive.

The yellow metal has more than doubled since the 2008 meltdown and soared to almost $2,000 an ounce earlier this year, although it has weakened slightly as the dollar has strengthened against the troubled euro.

European central banks have stopped selling gold. China, which has the world’s biggest foreign-currency reserves, has been increasing its gold holdings mainly through domestic producers.

Precarious debt situations in the United States and Europe have boosted the safe-haven appeal of gold, lifting bullion to a series of record highs in July, as investors and central banks chased prices higher.

The central bank of Asia’s fourth-largest economy said that, with prices hovering near historic highs, gold looked less lucrative as an investment but it was the right time to buy gold.


SOURCE: PGS

Chavez bawa pulang simpanan emas negara RM35.1 bilion

19/12/11
CARACAS – Venezuela kelmarin menerima penghantaran pertama simpanan jongkong emas negara berkenaan yang berada di seberang laut, kata Presiden Hugo Chavez.

Chavez berkata, penghantaran tersebut dibuat selepas Venezuela meminta semua simpanan emasnya di luar negara dipulangkan.



BEBERAPA kereta perisai membawa jongkong emas melintasi Istana Miraflores di Caracas kelmarin. - Reuters

Simpanan emas Venezuela itu di beberapa buah bank Eropah termasuk Britain itu dibawa dengan sebuah penerbangan dari Paris.

Askar-askar kemudian mengawal emas tersebut yang diisi ke dalam sekurang-kurangnya lima buah kereta perisai menuju ke Bank Pusat di Caracas.

Pada Ogos lalu, Chavez mengumumkan rancangan mendapatkan kembali simpanan emas Venezuela di luar negara berjumlah 211.35 tan dan bernilai AS$11 billion (RM35.1 bilion).

Beliau juga mengisytiharkan hasratnya untuk memindahkan aset cair Venezuela berjumlah AS$6.2 (RM19.5 bilion) bilion yang disimpan di Bank Switzerland, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) ke negara rakan seperti China, Rusia dan Brazil. – AFP


SOURCE: PGS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger