Home » » Sharing Is Caring

Sharing Is Caring

Salam Sejahtera,

Baru sebentar tadi saya mendengar segmen "Muslim Profesional"  yang saya download daripada website Radio IKIM. Perbincangan dan kupasan tentang  "SIKAP MEMBERI" oleh Tetamu jemputan, Ustaz Pahrol Mohd. Juoi sangat menarik hati saya...Entah berapa kali dah saya ulang dengar...tak jemu-jemu. Antara isi penting yang boleh dikongsi di sini ialah: "The MORE we GIVE, The MORE we GET"...

Untuk menjadi hamba yang berjaya, kita perlu selalu memberi. Menurut Ustaz Pahol, setiap apa yang kita beri akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda di akhirat nanti. Setiap pemberian kita ibarat, 1 benih yang akan menghasilkan 7 ranting, setiap ranting akan ada 100 benih yang sama. Maksudnya, jika kita sedekah RM1.00 hari ini, kita akan terima keuntungan 700 kali ganda iaitu RM700.00 di akhirat nanti. MasyaAllah...Rugi kalau tak kejar perlaburan hebat ini!
SEDEKAH          
 
di akhirat dapat
RM 700.00!


Kalau sedekah RM10.00? RM10.00 x 7 x 100 = RM7000.00! Wah! Manyak untong oooo!

Bagaimana kalau kita tak cukup wang ringgit? Rugilah tak dapat untung 700% itu! Tunggu sebentar...teruskan membaca! Memberi di sini bukan terbatas kepada wang ringgit atau harta material. Memberi boleh jadi apa saja. Memberi senyuman, memberi tenaga, memberikan doa, memberi ilmu...Hmm...interesting! Disebabkan hal inilah maka saya akan terus berkongsi maklumat dan ilmu yang bermanfaat ini. Tujuan utama saya menulis blog ini ialah untuk SHARING. Tujuan kedua ialah barulah SELLING!

Hasil survey peribadi saya mendapati ada kawan-kawan kita yang tidak mahir menguruskan duit gaji masing-masing. Duit gaji cukup-cukup untuk membayar sewa rumah, kereta, petrol, belanja sekolah anak-anak, bil-bil telefon, letrik, air, internet dan sebagainya. Ada lebih, baru simpan di ASB atau bank. Alangkah bagusnya kalau kita ada ilmu money management. Bacalah buku-buku pengurusan kewangan agar kita tahu langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan mendapat nilai maksimum daripada pendapatan kita.
 

Satu cara untuk menjana pendapatan extra ialah dengan cara melabur di tempat yang boleh mendatangkan keuntungan. Maka, saya mencadangkan agar mulalah menyimpan EMAS/PERAK.

Hari ini saya nak kongsi satu kisah benar....Seorang kawan saya telah membeli emas 100g pada tahun 2008
Pada masa itu, harga 100g emas ialah RM 12,000.00. Mahal bukan?
Tanpa menghiraukan rakan lain, kawan saya terus membeli dan menyimpan emasnya.
Berapakah keuntungan emasnya pada hari ini?
Untuk menjual emas, sila rujuk kepada PG BUY 100g
Keuntungannya = RM18,518.00 - RM12,000.00 = RM6,518.00
Peratus keuntungannya 3 tahun (2008-2011) =  (RM6,518.00/RM12,000.00) X 100% =  54.32%
PURATA PERATUS SETAHUN =  54.32% BAHAGI 3 = 18.11%


Hmmm...pilihan di tangan anda!
Tiada siapa dapat mengubah nasib anda melainkan anda sendiri.
Bak kata Saudara Azizi Ali, "time is too short to be ordinary"
Segera bertindak dengan menghubungi kami di 019-8899467 / 019-8868494

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger