Home » , , » Rebutlah 5 perkara Sebelum Datang 5 Perkara!

Rebutlah 5 perkara Sebelum Datang 5 Perkara!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, 
Alhamdulillah saya masih diberikan kelapangan masa dan badan yang sihat untuk menulis artikel untuk kita kongsikan bersama. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua. 

Diriwayatkan oleh Imam Hakim dalam kitab Al-Mustadrak, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu: masa sihat sebelum masa sakit, masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum masa sibuk dan hidup sebelum mati"

Jika kita nakkan dunia, kita perlu ilmu, jika kita nakkan akhirat pun kita perlu ilmu. Dunia dan akhirat tak dapat dipisahkan. Oleh itu kita perlu beringat dan sentiasa membuat perlaburan kedua-duanya; perlaburan untuk dunia dan akhirat, kerana utk dapat akhirat kita pun perlu dunia. Diringkaskan cerita...artikel berikut amat menarik hati dan perlu dipandang berat oleh kita yang makan gaji


Laporan berita dalam Utusan Malaysia ini mengatakan bahawa purata caruman KWSP untuk pencarum adalah sebanyak RM114,000 seorang selepas mereka pencen.

Apakah maksudnya?  

Secara purata, mengikut jangka hayat 55 sehingga 75 tahun, pencarum hanya menerima RM475 sebulan!
RM475 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM530.
Sekiranya pencarum melakukan pengeluaran KWSP awal, jumlah ini akan berkurang lagi dan merumitkan kos sara hidup mereka yang pencen.

Jadi apa perlu anda lakukan?

Jangan mengharapkan 100% simpanan KWSP sahaja. Anda perlu menyimpan juga sendiri!
Pengeluaran awal KWSP adalah “last resort” sekiranya mesti keluarkan wang sahaja! Mulakan perniagaan atau mula melabur supaya kewangan masa depan kita lebih terjamin.
Disini anda sudah mengetahui bahawa pelaburan emas fizikal merupakan satu peluang terbaik untuk menjamin simpanan anda dari dihakis inflasi!
Mudah-mudahan kita tidak pencen dalam keadaan tak berduit. Matlamat kita adalah untuk:

“Retire Rich, Retire Young!”

Sekiranya dah cukup syarat, keluarkanlah zakat emas dan perak. Sesungguhnya zakat akan mensucikan harta kita. Dengan melabur/menyimpan emas, kita akan berpeluang untuk mengeluarkan zakat. Jangan lihat ini sebagai satu kelemahan, Kita mesti melihat ini sebagai suatu kelebihan. Berbahagialah orang yang mengeluarkan zakat...Jika ada kesempatan, saya akan kongsikan kisah benar saya yang berkait dgn pengeluarkan zakat ini. Teruskan membaca blog saya. InsyaAllah setiap hari akan ada saja berita menarik untuk dikongsikan bersama.
Jika berminat untuk membeli emas/silver, sila baca artikel saya pada 10 Nov 2011 tentang "CARA MEMBELI PRODUK PUBLIC GOLD" (http://publicgold999.blogspot.com/2011/11/cara-membeli-produk-public-gold_10.html)



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger