Home » » Perbandingan Antara Emas & ASB

Perbandingan Antara Emas & ASB

"Jika aku ada RM10,000.00, di mana patut aku laburkan wang aku RM10,000.00 itu?"
"Perlaburan yang manakah lebih menguntungkan?"
"ASB atau Emas?"


Memang logik persoalan di atas pastinya akan berlegar di minda kita. Kenapa saya bandingkan emas dengan ASB? Ini kerana ASB merupakan pilihan utama di kalangan kaum bumiputera untuk melabur bagi pendidikan anak di masa hadapan.

Untuk lebih jelas, elok kita buat perbandingan...Katakan kita melabur wang sebanyak RM10,000.00 dalam kedua-dua bentuk perlaburan ini.

1. Melabur RM10,000.00 dalam ASB

 
Jadual menunjukkan  dividen dan bonus ASB sejak 1990-2010

Graf menunjukkan jangkaan keuntungan jika kita laburkan wang RM10,000.00 dalam ASB.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kita hanya akan mendapat pulangan maksimum ASB seperti di atas HANYA jika kita tidak withdraw/mengeluarkan wang tersebut dari akaun sepanjang masa tersebut! Jika wang dikeluarkan, maka perolehan untung semakin berkurang kerana dalam ASB profit will be based on pro rate!

2. Melabur RM10,000.00 dalam EMAS

Graf menunjukkan kenaikkan harga emas di pasaran dunia sejak 1985-2010

Jadual menunjukkan perubahan harga emas seberat 100g sejak 1990-2010

Andaikan anda telah membeli 100 gram emas pada tahun 2008 dengan modal bernilai RM10,000.00. Pada 2011, iaitu selepas 3 tahun anda menyimpan emas tersebut, nilainya sudah meningkat ke RM18000.00. Memang untung bukan? Berapakah peratus keuntungannya? Mari kita kira:
Untung = RM18000.00 - RM10,000.00 = RM8000.00
Peratus keuntungan selama 3 tahun = (8000.00/10000) x 100% = 80%
Peratus keuntungan selama 1 tahun =  80 % bahagi 3 = 27%

Jika nak dibandingkan dengan ASB, yang manakah pilihan anda? Tepuk dada, tanya minda! Daripada kiraan di atas jelas menunjukkan peratus keuntungan menyimpan emas boleh melebihi 20%, sedangkan jumlah dividen & bonus ASB tidak pernah mencapai 10% sejak 5 itahun kebelakangan ini.

Ilmu dah ada, tindakan anda yang seterusnya paling penting
Rugi tak tahu tentang simpanan emas ini dari dulu lagi. Tapi lebih rugi jika dah tahu tetapi tiada 

tindakan! Nak beli emas atau perak, sila hubungi:

HARYATI (019-8899467)/ RASLI (0198868494)

Untuk dikongsi dan diamalkan…Doa Solat Duha:

“Jika rezekiku di langit, turunkanlah; 

Jika rezeki ku di perut bumi, keluarkanlah; 

Jika rezekiku sukar, permudahkanlah; 

Jika rezekiku haram, sucikanlah; 

Jika rezeki ku jauh, dekatkanlah”


Untuk mengetahui harga emas semasa sila layari www.publicgold.com.my




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger