Home » » Lock Harga 10g Gold @ 12.09 tengah malam

Lock Harga 10g Gold @ 12.09 tengah malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,

Malam tadi, ketika mata hampir terlelap pada jam 11.42, tetiba kawan dari Perak menghantar text pesanan ringkas (sms).
Kawan:  "A'kum, Kak Ti dah tido dah? Fb sy slow sikit"
Saya : "Wslm. Br nk tido. Takpe. Akak dah buat special blog for gold. Dh bc?"
Dapat tau je saya tak tidur lagi, kawan tu pun terus call menyatakan niatnya nak lock harga 10g gold. Masa tu harga 10g gold ialah RM2013.00...Masih tinggi berbanding pada 3 minggu lepas hanya RM1857.00! Bila dia nekad nak lock harga walaupun harga semasa sedang melambung naik, saya pun lock harga beliannya.

Persoalannya:
1. Kenapa saya tidak menyuruh kawan tadi untuk menunggu harga turun dulu baru nak lock?
2. Bagaimana saya yang berada di Sarawak mampu membuat urusniaga sedangkan kawan saya tadi berada di Perak?

Jawapan:

1. Jika ditanya kepada mereka yang telah menyimpan emas lebih awal, kebanyakannya akan setuju bahawa ketika mereka membeli emas dahulu, harga emas pada ketika itu berada di paras tertinggi. Tapi setelah setahun berlalu pasti kita akan berkata "Eh...murah na juak kitak meli emas ya, bos!" Ideanya di sini ialah: BELI emas bila dah CUKUP DUIT.
Harga emas yang terus melonjak naik...
Jika pada tahun 2001, 1g emas harganya RM40.00...sekarang 2011, 1g sudah mencecah RM200.00!
Ada jugak kawan saya yang sampai sekarang stress menunggu harga emas yang tak turun-turun...So, untuk mengurangkan stress ikutlah prinsip BELI BILA CUKUP DUIT. Lagipun tujuan kita membeli emas untuk simpanan jangkamasa panjang, bukannya beli dan terus jual! Simpanlah emas selama 1 tempoh dan jika perlu jualkan emas anda apabila harga jualan melebihi harga beliannya  :)

2. Membeli utk kawan di negeri lain? Inilah kelebihan Public Gold. Kita boleh membantu kawan baik kita untuk lock harga walau di mana kita berada, pada bila-bila masa mengikut harga semasa. Public Gold mempunyai rangkaian cawangan di seluruh Malaysia. Maka, kawan saya akan mengambil emasnya di cawangan Ipoh, Perak.

Berikut ialah sales order kawan saya tadi. Dia nekad untuk membeli walaupun harga sedang melonjak naik kerana baginya 10g gold itu adalah untuk simpanan jangka panjang. Semoga usaha ini akan membuahkan hasil...amin...

Jelas menunjukkan:
A: Order dibuat pada jam 12.10 pagi (urusniaga boleh dilakukan 24jam)
B: Pembeli perlu membuat bayaran kepada PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD. dalam masa 24 jam
C: Pembeli boleh membayar terus ke kaunter atau menggunakan cash deposit atau internet banking ke bank yang dinyatakan.

Senang bukan? Jika berminat untuk menyimpan emas untuk pendidikan anak, bertindaklah sekarang!
Sayangkan anak, Simpanlah emas!
Sila hubungi saya di talian 019-8899467
Untuk mengetahui harga emas semasa sila layari www.publicgold.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger