Home » » Kenapa SAYA PERLU simpan EMAS?

Kenapa SAYA PERLU simpan EMAS?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua...Semoga hari ini kita, lebih baik daripada semalam. Semoga hari ini kita dapat memberi lebih kebaikan berbanding semalam. Semoga hari ini ILMU kita lebih UPDATED berbanding semalam.Hari ini saya nak kongsi satu soalan yang selalu ditanya orang...Artikel menarik ini saya petik daripada blog www.emas999.wordpress.com

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.

Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
—————————————————-——
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

King Tut's Mask was made of more than 242 pounds of pure gold!



2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————–—————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 999 mencecah harga RM200 segram!!
Sila KLIK DI SINI untuk Perbandingan Emas & ASB

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
—————————————————————–——————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2011? RM 5 sehari pun tidak cukup..


4. Aset yang terunggul
————————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ dan 'wang pisang Jepun' yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

Wang Pisang Zaman Jepun hanya sah diperakukan semasa Pemerintahan Jepun


Matawang Iraq...Masih sah?


5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
—————————————————-
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. 
Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang. Fikir-fikirkan...
copied and edited from : http://emas999.wordpress.com/

Ilmu sudah digenggaman, JIKA sudah CUKUP DUIT, bertindaklah sekarang.
Sila KLIK DI SINI untuk ORDER & LOCK HARGA EMAS anda!
atau
Segera hubungi kami melalui sms/call di 019-8899467 / 019-8868494

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger