Home » , , , » Emas - Menjamin Pembiayaan Pendidikan Anak

Emas - Menjamin Pembiayaan Pendidikan Anak

Assalamualaikum wrth,

Alhamdulillah hati ini tergerak untuk menulis sesuatu tentang perlaburan/simpanan emas. Saya sebenarnya baru 1 bulan berkecimpung dalam bidang ini. Pada awalnya niat saya hanya ingin melaburkan wang berjumlan RM15 000.00 yang anak-anak saya menangi dalam Pertandingan Kreatif Sains & Matematik Peringkat Kebangsaan 2011 bagi menjamin pendidikan mereka nanti.


Sebagai ibu dan pendidik, saya sentiasa menekankan tentang pentingnya ilmu kepada anak-anak saya. Sejujurnya saya agak khuatir dengan pendidikan anak-anak saya pada masa hadapan. Lebih-lebih lagi Muhd. Ikmal lahir pada tahun 2000 iaitu tahun 'naga emas' menurut kalender Cina. Pada tahun 2000 di seluruh Malaysia terdapat  ramai bayi telah dilahirkan berbanding dengan pada tahun sebelumnya. Bayangkan saja apabila Ikmal menjejak kaki ke Tahun 1, buku teks dan buku kerja tidak mencukupi! Pihak penerbit terpaksa mencetak semula buku disebabkan peningkatan bilangan pelajar di Tahun 1 pada tahun 2007. Melihat kepada senario inilah, saya hampir pasti apabila Ikmal berusia 17 tahun nanti, dia akan bersaing hebat dengan kawan-kawan yang sebayanya untuk mendapat biasiswa dan tempat di universiti. Apakah mungkin pada tahun tersebut masih ada biasiswa atau pinjaman PTPTN? Oleh itu saya dan suami merancang untuk melabur dalam emas.



Berikut ialah perlaburan kami untuk pendidikan anak-anak pada 10/10/2011
1) Modal:
a) Hadiah Pertandingan Kreatif Sains Dan Matematik 2011= RM 15,000.00
b) Sumbangan Suami                                                      = RM    2666.00
c) Sumbangan Saya                                                        = RM    2500.00
    Jumlah Modal                                                                RM  20,166.00


Wang sebanyak RM 20,166.00 ini ialah modal kami untuk membeli 1 bar 10g dan 1 bar 100g.
Berikut ialah harga emas terkini, tidak sampai sebulan daripada tarikh kami membeli emas tadi.


Adakah kami telah mendapat keuntungan? Mari kita lihat!

1) Untuk 10 g emas,
    Modal saya RM1857.00.
    Harga jual hari ini ialah RM1860.00
    Hmmm....kurang-kurang saya dah dapat RM3.00

2) Untuk 100 g emas,
    Modal saya RM 18,229.00
    Harga jual hari ini ialah RM 18, 852.00
    Wah! Saya dah dapat untung RM 623.00!

Ini hanya untuk kurang daripada 1 bulan....Kalau 10 tahun?
Ilmu sudah ada, oleh itu saya menyeru  kepada para ibu bapa agar menyimpan emas untuk pendidikan anak-anak kita. Anak-anak kita sangat bernilai...Aset bagi perlaburan kita di akhirat nanti, insyaAllah.
Oleh itu, mulalah menyimpan emas agar mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada suatu hari nanti...

Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.

Apabila kita membuat belian sebanyak minimum RM20,000.00 dalam 1 resit, kita secara rasminya dilantik menjadi dealer Public Gold. Begitulah dengan perlaburan saya tadi! Jika anda berminat, saya sudi berkongsi maklumat. Anda boleh hubungi saya, di talian 019-8899467 untuk membeli ems/perak. Cara membeli, boleh juga rujuk "CARA URUSNIAGA" dan sistem "EASY PAYMENT PURCHASE" di atas.
Untuk mengetahui harga semasa emas & perak, sila layari http://publicgold.com.my/







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger