Home » , » Dengarlah Sayang-Fakta EMAS...

Dengarlah Sayang-Fakta EMAS...

Emas kini menjadi satu medium yang penting di mana ia merupakan salah satu daripada elemen pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang lumayan dan menguntungkan. Memang diakui emas adalah aset yang lebih bernilai jika dibandingkan dengan syiling tembaga mahupun wang kertas. Ini kerana dinar emas telah digunakan oleh manusia sejak dari zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad Saw dan di kala wujudnya satu ketamadunan yang besar iaitu di zaman tamadun Rom dan Mesir.

Mesir di kala itu diperintah oleh seorang manusia yang bernama Firaun atau dalam bahasa Inggerisnya di panggil Pharaoh. Pharaoh dilahirkan dari keturunan seorang raja yang kaya raya dan mempunyai harta yang terdiri dari perhiasan-perhiasan daripada emas, jongkong-jongkong emas, syiling-syiling emas dan mahkota daripada emas. Beliau juga mempunyai seorang pembantu ataupun lebih tepat lagi dinamakan sebagai menteri besarnya atau perdana menteri yang digelar Qarun. Qarun dikatakan mempunyai ilmu yang hebat yang dikurniakan oleh Allah Taala. Ilmu tersebut ialah ilmu membuat emas. Memang hebat ilmu tersebut. Ilmu membuat emas ini belum lagi dijumpai oleh mana-mana pakar kimia dari seluruh dunia di abad teknologi moden ini.

Dikatakan, kunci perbendaharaan Pharaoh ataupun Firaun ini sahajapun perlu diangkat oleh 40 orang lelaki yang mempunyai tubuh badan yang sasa kerana terlalu besar dan berat. Bolehkah anda bayangkan berapa punya besar kunci tersebut sehingga ianya perlu diangkat oleh 40 orang lelaki berbadan sasa ? Dan bolehkah anda bayangkan berapa punya besar bilik atau tempat atau stor penyimpanan emas Firaun ini? Sehingga ke hari ini Piramid di Mesir masih belum boleh diterokai atau dibuka sepenuhnya untuk mengetahui apakah sebenarnya rahsia yang terdapat di dalamnya. Dimanakah emas-emas peninggalan Firaun tersebut disimpan masih menjadi tanda tanya bagi kebanyakan pengkaji Piramid Giza dari seluruh dunia. 



Sekitar kawasan Piramid Giza yang telah wujud beribu tahun yang lampau.



Satu lagi persoalan yang timbul di sini ialah berkenaan nasib-nasib pengkaji piramid kepunyaan Firaun di Mesir ini. Kebanyakan pengkaji Piramid Firaun ini akan mengalami nasib yang malang ataupun mati dalam keadaan yang amat mendukacitakan. Ini kerana ianya dikatakan datang dari sumpahan Firaun yang mungkin berhasrat untuk mengekalkan harta Qarunnya di situ. 



Keranda dan topeng Firaun/Pharaoh yang diperbuat daripada emas murni.
 

Firaun juga dikatakan mempunyai ahli sihir yang hebat. Dan ahli-ahli sihir tersebut jugalah yang cuba mengalahkan mukjizat Nabi Allah Musa Alaihissalam namun dengan izin Allah Taala, sihir-sihir tersebut berjaya dipatahkan oleh Baginda Nabi Musa Alaihissalam dengan hanya menggunakan tongkat. Tongkat tersebut sebenarnya merupakan tongkat pemberian Nabi Allah Syuaib Alaihisalam sebagai hadiah kepada Nabi Musa Alaihissalam.

Di zaman serba moden kini pun emas merupakan satu aset yang bernilai. Dan nilai emas tersebut sukar untuk diukur berdasarkan mata wang kertas dan syiling tembaga. Mana mungkin emas disamakan dengan wang kertas dan syiling tembaga. Tembaga dan kertas, adakah ianya boleh ditukar dengan emas? Hakikatnya, kedua-dua elemen ini menjadi bernilai hanya setelah ianya dicop dengan menggunakan cop rasmi kerajaan satu-satu negara yang berdaulat, kemudian diberikan nilai dan diakui sah oleh Institusi perbankan negara tersebut.

Dalam waktu yang sama, emas dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. Di kala harga emas sentiasa naik, wang kertas dan syiling tembaga semakin tidak bernilai. Sehingga ramai orang tidak menyedari hakikat tersebut ataupun lebih tepat lagi tertipu.

Berdasarkan sebuah hadist;

Dari Abu Bakar Ibn Abi Maryam, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,

‘Akan tiba satu zaman kelak di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia’.

(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

InsyaAllah, perkara ini akan berlaku suatu hari nanti. Contoh yang paling dekat ialah penduduk negara Kemboja/ Campuchea/ Cambodia atau ada beberapa nama lain lagi yang diberikan oleh penjajah. ‘Berapa banyak punya nama daa....’.Loghat Allahyarham P. Ramlee.

Setelah penjajah Amerika menjajah negara ini. Kebanyakan penduduk negara ini tidak mempunyai pilihan lain selain meninggalkan tanah pusaka dan harta mereka dan berhijrah ke negara yang lebih aman contohnya di Malaysia. Persoalannya, adakah mereka membawa wang / syiling Kemboja/ Campuchea? Tidak... mereka meninggalkan tanah dan rumah mereka dan melarikan diri dengan membawa emas. Ya..emas. Ini kerana mereka tahu bahawa wang kertas/ syiling negara mereka tidak akan bernilai di negara lain. Justeru, mereka melarikan diri dengan jongkong emas. Mereka juga tahu yang emas diterima pakai di mana-mana negara sekalipun hatta cop rasmi emas tersebut berasal dari negara dunia ketiga.

Sama juga dengan perkara yang terjadi di negara Iraq. Setelah Amerika menjajah dan memusnahkan negara Iraq pada tahun 1993 sehingga kini, ramai orang menjual dinar kertas Iraq dengan harga yang murah dengan harapan apabila negara tersebut aman kelak, ianya akan kembali dijual pada harga yang tinggi di samping memperolehi sedikit sebanyak  keuntungan.

Namun, perkara itu tidak terjadi. Apa yang terjadi ialah Amerika menukar pemerintahan negara Iraq kepada pemerintah yang akan menuruti telunjuk dan kehendak mereka. Dalam waktu yang sama sudah pasti wang kertas negara Iraq telah dicetak dalam bentuk dan lukisan  yang lain. Manakala wang kertas yang lama sudah tidak dipakai dan tidak bernilai lagi. Sama keadaannya seperti yang cuba diciptakan oleh penjajah Amerika ke atas Presiden Saddam Hussein.

Tentera Amerika telahpun menamatkan riwayat beliau dan beberapa orang menteri yang taat setia pada beliau. Beribu-ribu ataupun beratus ribu orang awam rakyat Iraq telah dibunuh dan diperkosa. Manakala tentera Amerika Syarikat telah menawan kawasan-kawasan strategik pengeluaran minyak di Iraq dan merompak hasil masygul kepunyaan rakyat Iraq serta emas kepunyaan negara tersebut. Semoga Allah Taala menurunkan bala dan bencana kepada tentera Amerika. Merekalah penjenayah dan perompak yang sebenarnya.








Gambar tentera Amerika mencuri jongkong emas negara Iraq.



Oklah...kita lupakan perang Iraq dan Amerika dengan emas rompakannya. Mungkin ada hikmahnya kenapa Allah Taala menjadikan sesuatu perkara itu berlaku. Semuanya berlaku dengan kehendak dan izin dari Allah Taala.

So..kita cerita tentang pelaburan emas yang terdapat di Malaysia. Antara kaedah yang terbaik ialah dengan membeli produk dari Public Fine Gold International Sdn Bhd. Syarikat ini membekalkan produk berasakan emas yang terdiri daripada Dinar dan Jongkong emas seberat 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga 250 gram. Ini kerana ia boleh memberikan anda pulangan yang lumayan setiap tahun dengan purata kenaikan sebanyak 20% setahun dan ianya boleh menjadi bonus tahunan kepada anda.

Produk keluaran Public Gold yang terbaru ialah jongkong emas seberat 25 gram.



Copied from: http://pengkajiemas.blogspot.com



Call ataupun mesej aje saya di talian 019-8899467, InsyaAllah...kita boleh berurusan jual beli emas. Saya juga kini telah boleh melantik ejen di bawah saya untuk menjual produk Public Gold dan Public Dinar dengan modal serendah RM20000.00 sahaja. Kalau dulu untuk menjadi dealer untuk rangkaian Public Gold memerlukan modal sebanyak lebih kurang RM40k, tapi kini hanyalah RM20k sahaja. So..kepada yang berminat, silalah jangan lepaskan peluang tersebut dan terus hubungi saya di talian 019-8899467 / 019-8868494 atau email di cgharyati@gmail.com.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger