Home » , , , , , » Andai Gajiku Dalam Unit 'Dinar'!

Andai Gajiku Dalam Unit 'Dinar'!

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera,
Semakin hari semakin bertambah ilmu kita tentang perlaburan emas ini...Semakin menarik nampaknya..Kali ini saya nak share Ilmu "Kelebihan Emas!" 
‘Gaji Pendapatan – Dinar vs RM’

Saya mula berkhidmat pada tahun 1997...Pada tahun 2000, gaji pokok saya ialah RM1639.00.

Sikitkan...tapi jika purata jangka panjang inflasi di Malaysia iaitu sebanyak 2.9% dipertimbangkan  nilai RM1639.00 pada tahun 2000 bersamaan dengan RM2114.31 pada 

tahun 2011! Interesting kan...bermaksud kuantiti barang yang boleh dibeli dengan wang 

sebanyak RM2114.31 sekarang sama dengan jumlah barang yang dibeli dengan wang 

sebanyak RM1639.00 pada tahun 2000! So kalau orang kata, sekarang gaji cikgu lebih

 besar...fikirkan semula! Kita sebenarnya telah ditipu oleh INFLASI! Sedihnya....

'Gaji baruku' pada 1.1.2000 ialah RM1639.00
Balik kepada cerita asal saya tentang gaji pokok RM1639.00 pada tahun 2000. Kalaulah pada tahun itu kita diberi opsyen; memilih untuk menerima gaji dalam bentuk wang kertas ataupun dinar...Yang manakah pilihan anda? Kalau saya, saya mesti pilih DINAR. Kenapa?

Mari kita tekan kalkulator!

Pada tahun 2001, harga 1 keping dinar ialah RM116.00

Berapa keping dinarkah bersamaan dengan RM1639.00?

RM1639.00 bahagi RM116.00 = 14 keping dinar...

Perbezaan gaji yang dibayar menggunakan dinar dengan wang kertas
Jika anda memilih menerima gaji dalam bentuk dinar pada tahun 2001 dan katakan selama 10 tahun bekerja tiada kenaikan gaji (statik? huhu...), maksudnya bilangan keping dinar yang anda terima setiap bulan tidak berubah selama 10 tahun, berapakah nilai sebenar gaji anda dalam kertas pada tahun 2010?

Sekali lagi, jom tekan kalkulator anda!
Merujuk kepada jadual di atas, 
Pada tahun 2010, 1 keping dinar = RM687.00
Maka gaji anda pada tahun 2010 jika anda masih menerima 14 dinar ialah....jeng..jeng ..jeng!
Gaji pokok anda pada 2010 = 14 keping dinar x RM687.00 = RM9618.00


1 Dinar keluaran Public Gold boleh dijadikan hadiah 


harijadi anak, isteri dan suami....Hadiah yang insyaAllah 


akan sentiasa bertambah nilainya!













berapa drastik nilai 1 dinar berubah sehinggalah ke hari ini, walaupun dalam dinar jumlah nya tidak berubah still 14 Dinar tetapi jika convert dalam ringgit bersamaan dengan RM9618.00....melebihi skill gaji pegawai Gred Khas C (Jusa C)! Haha!

Jadi, saranan saya adalah begini. Walaupun kita tiada option dibayar gaji menggunakan dinar,  menerusi kepintaran serta ilmu pengetahuan yang baru ini anda dapat mengubah simpanan/saving anda ke arah positif bukan negatif.
Ambil Contoh:
  • Encik Ronaldo dan isterinya Puan Ronaldos bersepakat membeli 1 Dinar setiap bulan  secara kongsi. (50% – 50% = seorang bayar lebih kurang RM400.00 sebulan, dapatla beli 1 dinar..).
  • Encik Romeo dan isterinya Puan Juliet baru bekerja. Cuma mampu simpan RM200.00 sebulan setiap seorang.. Solution:  Setiap 2 bulan beli 1 dinar..
  • Jika pendapatan anda lebih mungkin dapat beli 10 gram setiap bulan =)
  • Jika gaji anda seorang diri belum berkahwin – pandai-pandai la kira untuk saving masa depan.. Ilmu Asset vs Liabiliti perlu di dalami agar mudah saving..
Satu lagi yang menarik tentang emas adalah mengenai kos menunaikan haji.

Kos pergi menunaikan haji semakin meningkat...
  • Jika saving dalam tabung haji, setiap tahun saving dipotong zakat 2.5% tak kisah berapa nilai simpanan anda. Contoh: Simpan RM10,000.00 x 2.5% .. Zakat RM250.00
  • Tapi jika anda saving dalam emas fizikal.. Tinggalkan duit syarat pergi haji RM1,300 di dalam akaun tabung haji dan selebihnya beli emas fizikal. Dengan bajet RM9,000 anda dapat membeli 2 keping emas seberat 20 gram dan 1 dinar.
Persoalannya, adakah anda dikenakan zakat? Jawapannya sudah tentu tidak. Kerana syarat zakat emas tidak dipakai adalah jika melebihi 85 gram barulah anda dikenakan zakat emas. Suatu pengetahuan yang orang Islam sendiri tidak sedar dan tidak faham.
Adakah saya mengelakkan diri daripada membayar zakat? Jawapannya tidak! Zakat mensucikan harta kita...Ada masa, insyaAllah saya akan kongsikan pengalaman menarik saya dalam hal ini..
Now, cuba kita perhatikan harga emas pada 2 tahunyang lepas. Haaa...Mahal ka, murah?
Apabila saya ‘tawarkan’ kepada anda, 100 gram pada harga ini siapa nak...Majoriti anda akan angkat tangan kata nak beli ikut harga ini, bukan? Semua akan kata murah!
Tuan-tuan, beginilah mentaliti bagi mereka yang sudah faham akan harga emas. Harga 2 tahun lepas tak akan di jumpa lagi pada tahun seterusnya.  InsyaAllah 2 tahun lagi harga emas dijangka menjangkau RM250/gram dan harga 100 gram ini menjadi RM25,000. Pada masa itu, jika saya tunjukkan harga hari ini November 2011 sekitar RM19,300++ mereka akan kata Murahnya!Rugi tak beli awal-awal.. Hehe
Kesimpulan:
  1. Saving semakin kukuh jika simpan value dalam bentuk emas/perak..
  2. Anda dapat pergi menunaikan haji dengan lebih cepat kerana emas/perak kalis inflasi.
  3. Tabung Haji memberi subsidi kira-kira RM5,000 untuk seorang jemaah haji yang baru. Adakah anda pasti untuk 2-3 tahun akan datang Tabung Haji still memberikan subsidi kepada jemaah haji? Tepuk dada tanya selera.
  4. Jika duit cukup, beli je terus.. Compare dengan harga di www.fgajm.org.my . Harga di pasar lebih mahal dari harga di PG.
Otak anda sudah ada ilmu tentang EMAS!
Bertindaklah sekarang...Sila hubungi
019-8899467 / 019-8868494

4 comments:

jkkk said...

Kan best mun trimak gaji pakey emas..huhu :-)

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Mestilah best...sik nait gaji pun sikhal...janji bilangan dinarnya sama :)

Naharudin Mahzin said...

Kalau aku beli emas kat kedai emas..lepas tu aku simpan di rumah(berbahaya. Lepas tu 10 tahun kemudian nak jual kat mana ye? atau macam mana cara nak jual?

Aku anti propa jual emas said...

Dah jadi jutawan emas ke sekarang? Huh!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger